Resepi Pajeri Nenas Simple Dan Sedap, Mudah Nak Buatnya

Resepi Pajeri Nenas Simple Dan Sedap, Mudah Nak Buatnya | Salam semua, sebut jer menu pajeri nenas memang dah sinonim menu untuk kenduri kahwin. Kalau kat kenduri kahwin acar nenas atau pun menu pajeri nenas mesti ada kan. Walaupun pelbagai versi resepi pajeri nenas dan cara masakan pun berbeza. Setiap negeri mesti ada resepi pajeri nenas tersendiri kan. Sis pun, sesekali kalau rindu dengan pajeri nenas rasa macam lama sangat dah tak makan, memang akan masak pun.

Kalau dulu, sis suka perhatikan bonda masak, dia memang rebus sekejap nenas. Kalau nenas tu masam sangat, memang rebus sekejap sebab nak keluarkan rasa masam. Pajeri nenas biasanya masukkan santan tapi ada juga yang tak masukkan santan pun boleh juga. Terpulang. Tapi kalau nak rasa lemak - lemak mestilah santan kena ada.

Sis pun dulu cuba - cuba masak ikut jugak resepi orang. Biasa kalau bonda sis masak ada dua versi. Yang letak kari ada santan atau masak pajeri nenas tak letak kari. Tapi kat sini, sis nak kongsi dengan korang resepi pajeri nenas yang simple.

Resepi Pajeri Nenas Simple Dan Sedap, Mudah Nak Buatnya

Kalau orang tanya pajeri nenas sesuai dengan lauk apa ya. Kalau di Kelantan sini, pajeri nenas kalau digandingkan dengan lauk bergulai contoh kerutuk daging, ayam kerutuk memang masuk makan dengan nasi. Sudah terbayang pulak pajeri nenas sebab lama dah tak masak pun. Ok, jom kita semak resepi di bawah ya.

Pajeri nenas ni lagi lama simpan lagi sedap kan, Contoh nya masak semasa waktu tengah hari. Kalau makan untuk malam lagi pajeri nenas tu dah rasa pun sebati. Itu yang kena masak awal ya kalau nak pajeri nenas lagi rasa sedap.

Resepi Pajeri Nenas Simple Dan Sedap, Mudah Nak Buatnya


Bahan - Bahan 
  • 3 keping nenas (yang di potong bulat)
  • 5 biji bawang merah - di tumbuk
  • 2 biji bawang putih - ditumbuk
  • 2 sudu besar serbuk kari - dibancuh dengan air
  • 1/2 sudu kecil serbuk cili giling - di bancuh dengan air
  • 1/2 sudu kecil gula
  • 150ml santan pekat
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 1 inci kulit kayu manis
  • 2 biji buah pelaga
  • Garam dan perasa
  • Sedikit air
Cara - Cara 
  1. Nenas di potong dua. (menghasilkan 6 keping) 
  2. Tumis bawang dan rempah 4 sekawan.
  3. Masukkan cili giling, kacau sehingga garing.
  4. Kemudian masukkan rempah kari.
  5. Bila sudah garing masukkan santan. Kacau sehingga naik minyak.
  6. Masukkan nenas. Tambah air jika terlalu pekat.
  7. Perasakan garam dan gula.
  8. Masak sehingga nenas lembut, dan tutup api.
  9. Sedap di makan dengan nasi putih, nasi minyak dan nasi tomato.
  10. Selamat mencuba!
Harap korang dapat cuba resepi pajeri nenas simple dan sedap ni. Mudah jer nak buatnya.


Post a Comment

Previous Post Next Post