SELAYANG GORENG SAMBAL TEMPOYAK

ASSALAMUALAIKUM.................


hari ni ada siapa2 masak tempoyak ke ...tempoyak.... tempoyak... siapa kata tempoyak busuk.. tempoyak tak busuk tau.... tapi itulah represents our malaysian food heritage... yang busuk2 ni lah yang special ... walaupun smelly tapi bila dah mixed with all the other ingredients.. maka terhasillah masakan yang mempunyai ciri-ciri keunikan tersendiri. ..if malay cuisine ,ni dah tak lari dari tempoyak ni.. nanti nak jumpa dengan mat saleh tanya .. do you like tempoyak ? alamatnya mat saleh garu kepala la .. tak tahu apa benda tempoyak tu..  haha.... kalau dah bagi bau rasa dah lari kot mat saleh tu sambil kata... ohhh it's too smelly ... and why even from fruits it's too smelly... .. sebab makanan kita tak lari dari fermentation process... kan betul kan ... siapa boleh jawab ... itu peram ini peram ... banyak celoteh la wani ni .. belum jumpa mat saleh dah cakap macam2.. kalau betul2 jumpa nanti .. dia tanya ohh i like this smell...haaa..    apa lagi ohh i'm so proud with  you and i can teach you how to cook tempoyak sambal belacan la :P....

sebenarnya, wani ternampak resepi ni bila  pergi terjah dekat dapur encik mat kita... mula-mula wani fikir entah macam mana rasanya.. walaupun wani memang peminat tempoyak .. tapi masakan tempoyak asyik ikan patin untuk ibu je... hehe wani tak makan freshwater fish.so, because of  being curious ,, wani cubalah resepi ini nak tengok hasilnya.. dan hasilnya memang sedap dari jangkaan wani sendiri. mak dan abah wani pun kata sedap..aroma daun kunyit tu yang buat masakan jadi sedap ditambah lagi dengan tempoyak  tu yang sedap.. alahai tempoyak dah nak habis ni hehe cepat mak musim durian banyak ni kita buat tempoyak la pulak.. ^^  mak cakap kalau ganti dengan ikan talapia ni mesti sedap ni rasa2 tempoyak .. hehe macam2 lah mak ni .. nanti la kita cuba dengan pelbagai jenis ikan pulak ya mak..

apapun thanks a lot to encik mat kita ..terimakasih kerana sudi berkongsi resepi .. wani nak copy paste kat sini pulak ya ... tapi resepi ni wani ganti dengan ikan selayang..boleh klik SINI. Tapi wani kurangkan cili tu ..banyak sangat nanti terover pedas lak... ikut citarasa masing2..

SELAYANG GORENG SAMBAL TEMPOYAK 
SOURCE :MAT GEBU@ DAPUR TANPA SEMPADAN 


BAHAN-BAHANNYA :-)
3 ekor ikan kembong hijau (boleh guna apa2 jenis ikan berdaging) ( Wani ganti dengan ikan selayang )
1 helai daun kunyit, hiris halus
2 batang serai, hiris serong, kasar
5 biji bawang merah*
1 biji kecil bawang besar*
2 ulas bawang putih*
1 inci kunyit hidup*
25 biji cili padi siam merah*
1 camca besar penuh tempoyak
3 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
1 cawan air

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan kembong disiang, cuci bersih, lumur dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Goreng embal2 (tidak terlalu garing), angkat dan toskan. Tumbuk lumat bahan2 bertanda (*), kemudian masukkan serai hiris serong dan tumbuk sekejap tapi jangan hancur sangat, biar kasar2..
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk tadi hingga harum, masukkan tempoyak, kacau dan tuang air. Tambah asam gelugor, garam secukup rasa dan secubit gula. Biar mendidih.
  3. Masukkan ikan dan hirisan daun kunyit, gaul rata dan masak hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas.

HAPPY TRYING AND HAPPY COOKING 

3 Comments

  1. Dtg dapur Wani jamu mata dgn ikan tempoyak... tempoyak wpun berbau masuk dlm masakan sedappp....dah tak tengok lauk lain.

    ReplyDelete
  2. Salam Wani,
    Sedapnya nampak lauk tu, terliur nampaknya. Tp akak kena surrender sebab tak makan tempoyak...

    ReplyDelete
  3. mamasyaa... a'ahh betul tu kan sedap menjilat jari hehe

    kak wattie : ohhh tak mboleh makan tempoyak ke kak.. huhu kasihan pulak ni mesti kes sebab berbau sikit hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post