ASSALAMUALAIKUM...
CARA-CARA
1. halia dan kunyit di tumbuk halus. seterusnya masukkan bawang merah dan tumbuk lagi separa halus.
2. panaskan minyak dalam periuk dan masukkan halba goreng sekejap bersama bawang putih yang diketuk hingga wangi, masukkan bahan-bahan yang ditumbuk tadi hingga naik bau dan seterusnya baru masukkan udang kering .. tumis lagi hingga nampak agak kering dan wangi baunya.
3. Masukkan kepingan nenas.kacau rata sekejap dan masukkan air secukupnya untuk kuah. setakat nenas tenggelam jer .. jangan banyak sangat air.
4.masukkan garam dan gula seimbangkan biar ada rasa masam masin manisnya.. biarkan mendidih sekejap. baru boleh tutup api.siap.
kat sini hujan lepas selang sehari cuaca panas.. hari ni dah pun 1 Julai tak lama lagi ramadan bakal menjelma..kemungkinan dalam kepala ni sudah buat list untuk senarai menu-menu berbuka kan.. :)...takut jugak buntu nak masak apa.. mudah-mudahan apa yang kita masak ni boleh ikut selera tekak family.. bercakap pasal pajeri ni resepi pajeri pun macam-macam orang buat dan yang ni dah berulangkali jugak wani buat pajeri nenas tumis air ni..sebab suka makan sekali dengan hirup kuah.. bonda lagi la suka kalau bab pajeri nenas lebih-lebih lagi yang berkuah dan tak ada santan .kali ini kongsi kat blog walau agak simple resepinya tapi bila lama tak buat memang tak cukup dibuatnya hihi. kalau nak dapat natural color warna kuning tu letak ler kunyit banyak-banyak..lebih pun tak apa ..kunyit kan salah satu herba..kalau tak , tak jadi sesuatu masakan tu.wani tak tumis dengan rempah pun. tapi kalau nak tumis kulit kayu manis, bunga cengkih semua tu lagi wangi la baunya...
BAHAN-BAHAN
8 keping nenas yang di potong separuh bulat
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih diketuk
1/2 inci halia
1 1/2 inci kunyit
1/2 sudu teh halba
2 sudu besar udang geragau
air secukupnya untuk kuah
garam dan gula
CARA-CARA
1. halia dan kunyit di tumbuk halus. seterusnya masukkan bawang merah dan tumbuk lagi separa halus.
2. panaskan minyak dalam periuk dan masukkan halba goreng sekejap bersama bawang putih yang diketuk hingga wangi, masukkan bahan-bahan yang ditumbuk tadi hingga naik bau dan seterusnya baru masukkan udang kering .. tumis lagi hingga nampak agak kering dan wangi baunya.
3. Masukkan kepingan nenas.kacau rata sekejap dan masukkan air secukupnya untuk kuah. setakat nenas tenggelam jer .. jangan banyak sangat air.
4.masukkan garam dan gula seimbangkan biar ada rasa masam masin manisnya.. biarkan mendidih sekejap. baru boleh tutup api.siap.
hai..assalamualaikum wani..
ReplyDeleteem, buat pajeri nenas pulak kali ni ya..ni kegemaran saya ni wani..suka sangat makan pejeri nenas ni..
hihi memang favorite..
Deletesalam
ReplyDeletesedap dimkn dgn nasi briyani..
Post a Comment