Telur Kukus Sri Rampai Mudah Dan Sedap

ASSALAMUALAIKUM.....



Salam maal hijrah buat sahabat-sahabat semua ..semoga rentetan kehidupan kita sentiasa diberkati Allah .. hari ni dah awal muharram sekejapnya masa, dah setahun berlalu ..dan hari ni permulaan baru dalam bulan islam dah bermula..bila mula dah bercakap pasal hujung tahun ni .

Baru la teringat yang diri ni dah makin lama makin bertambah umur.. termenung sejenak.... apapun, mudah-mudahan setiap apa yang kita lakukan apapun azam kita semoga Allah merahmati setiap apa jua bidang yang kita lakukan... di dunia dan akhirat aminnn..

Tiada apa -apa aktiviti menarik cuti-cuti ni ,semalam pergi shopping groceries,, top up barang dapur.. wani pergi dengan bonda .. bila tengok bonda wani asyik berhati-hati dah bila time nak pergi timbang barang.. 

Sekejap belek sekejap belek harga...kenapa la bonda pulak ni ..  dia nak berhati- hati dah tak nak jadi macam dulu ..ohhh wani baru teringat ada dulu,,, pekerja ingat  beli ikan selayang ,, pekerja tu pergi tempek harga ikan tenggiri kat plastik ikan selayang yang bonda beli... balik rumah baru perasan..  kat part timbang barang tu dia silap letak harga..tak pasal pasal kita pergi bayar barang orang...

Orang yang beli ikan tenggiri tu mungkin pekerja tu letak harga ikan selayang .. tak pasal pasal harga ikan dia pulak murah... kita pulak tak pergi double check.. kan dah terkena ... so kena berhati-hati la ya.. jangan jadi macam wani ni.. 


oklah ya ada masa terluang ni, wani nak tayangkan telur kukus ni .. dah lama simpan tapi tak sempat nak buat ... lately memang wani nak cari resepi kukus je.. wani sekarang ni macam dah takut takut nak makan.. maklumlah perut wani tak sihat .. masih lagi dalam proses merawat....

itulah yang wani dok asyik baking jer hihi... biarpun tahu badan tak sihat .. bila dah tabiat nak masak ni jadi macam ni la kan kita...

terima kasih buat kak nor yang sudi share resepi ni .. sedap sangat..wani suka makan gitu je.. menu yang agak simple... :). Resepi yang dah diolah guna 3 biji telur.


TELUR KUKUS SRI RAMPAI


Bahan - Bahan :
6 biji telur 3 biji
2 biji bawang merah ~ dipotong dadu 1 biji bawang besar didadukan
2 biji cili merah ~ dipotong dadu 1 biji hiris
2 biji tomato ~ dipotong dadu 1biji
1 tangkai daun bawang ~ dihiris daun bawang + daun sup
1 sudu teh garam secukup rasa
1 sudu gula 1/2 sudu kecil
5 sudu makan minyak masak 2 sudu besar
1/2 cawan daging ayam yg dicincang

Cara - Cara :
Masukkan semua bahan ke dalam telur yang telah dipukul dan gaulkan semua bahan hingga sebati.
Kemudian masukkan ke dalam acuan yg disukai yg telah disapukan minyak (k.nor sapu butter) dan kukus dlm pengukus yg dah dipanaskan selama 5 - 7 minit. k.nor lebihkan masa mengukus kepada 10 min sbb ada tambahan isi ayam dlm tu
3. Apabila masak, boleh dihidangkan semasa panas bersama nasi.

*yg berwarna merah yg K.Nor buat...



2 Comments

  1. Salam maal hijrah Wani... menarik nama telur kukus tu, moga hari ini ceria!

    ReplyDelete
  2. salam kak wani
    menarik sgt resepi ni...telur dikukus 1st time tgk ni...

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post