ASSALAMUALAIKUM,,,,
salam semua
dah habis beraya ke semua .. mesti penuh daging korban dalam freezer kan.. banyak nya orang dok pakat tayang menu dengan daging korban... wani pun dok tengah fikir nak masak apa dengan daging ni ..tapi makan daging banyak2 ni sakit gusi huu.. risau kalau gigi main sakit..nampak gaya kena pergi klinik gigi hii
kali ini tayang menu yang tersangat mudah.. puding roti.. tak adalah yang lebih mudah nak buatnya.. tapi tak tahu la nak panggil bingka ke puding macam bingka pun ada jugak.. dah banyak kali dah dok bereksperimen dengan periuk noxxa buat bingka ni.. dah macam-macam bingka dah buat ... hari ini nak share bingka roti noxxa dulu
resepi asal bingka roti pandan dan letak 4 biji telur , kali pertama wani buat dulu wani siap blender semua dengan roti2 sekali nak bagi halus la ... jadinya tekstur bingka agak lembik sikit.. wani lebih suka tekstur keras2 sikit, so gunalah 2 biji telur.. tapi kali ni tak guna blender.. main koyak2 pulak roti.. roti ni wani panggang sekejap nak ambik bau macam roti panggang hii.. tak adalah special sangat cuma bau panggang roti tu je.. warna pun berubah sikit keperangan muda.. kalau sesiapa lebih suka tekstur lembik disyorkan guna 4 biji telur ikut resepi
kat bawah ni biarlah gambar berbicara bermula dari kiri ke kanan. nak taip panjang lebar pun arahan dah ada dah.. wani guna gula pasir ..sebab tu kacau dulu dengan susu cair sehingga sebati baru masukkan telur/ kalau makan dengan kastard mesti sedap tapi tak buat ..takut penghuni rumah tak berapa nak ngam kalau jenis ada sos2 hii
memang sekejap bakar dalam noxxa, tak macam dalam oven.
Resepi Bingka Roti Mudah Dan Sedap Noxxa
BAHAN - BAHAN
10 keping roti keping putih
400 ml santan ( wani ganti dengan susu cair )
3/4 cawan gula halus
Segenggam kismis
4 biji telur ( wani guna 2 biji )
1 sudu teh garam
1 sudu teh pes pandan ( tak letak )
Pewarna hijau ( tak letak )
CARA-CARA
1. Koyakkan roti dan ketepikan ( wani panggang sekejap sehingga keperangan muda kedua - dua belah )
2. Satukan santan, garam, gula, pes pandan dan telur. kacau sebati
3. Masukkan roti dan kismis. rendam dalam 5 minit
4. Sapu innerpot dengan minyak dan tuangkan adunan,tutup periuk dan alihkan tombol ke "steam" dan tekan mode "steam" selama 25 minit. Semasa dalam tempoh steam, bunyi bip akan berbunyi sehinggalah masa tamat. Jadi, abaikan bunyi tu. Jangan risau.

5. Selepas masa tamat, ia akan auto "reheat", terus offkan dan biarkan sekejap dalam periuk. Kemudian bolehlah angkat innerpot keluar dari periuk untuk elak lagi hangus.
6 Sejukkan dulu baru boleh potong
Nota
1. Wani steam dalam 26 minit.
2. Selepas bunyi bip tanda masa dah tamat, biarkan bingka dalam periuk lebih kurang 5 - 10 minit sebelum buka tudung, biarkan wap- wap kat dalam tu masakkan bahagian atas. lepas tu buka tudung dan terus ambil inner pot kat dalam tu dan sejukkan kat luar. Nanti suam - suam sikit boleh terbalikkan dalam pinggan. ( jangan tinggal inner pot dalam periuk takut terlebih hangus bahagian bawah bingka sebab piring kat dalam periuk tu masih lagi panas )

3. Peringatan ya bahagian atas tidak lah garing sebagaimana kita bakar dalam oven, tapi keseluruhan bingka masak
Wow! Mesti sedap bingka roti nih. Pm akak laju-laju untuk harga istimewa: 019-2494819 tq
ReplyDeletePost a Comment