Pada hari Selasa bersamaan 17 April lepas, Wani bersama team blogger pantai timur telah dijemput untuk sama - sama memeriahkan majlis "Business Appreciation Day" dan Sepetang di Holiday Villa Hotel & Suites Kota Bharu, Kelantan.Majlis ini bertujuan untuk memberi penghargaan kepada syarikat - syarikat korporat dan badan - badan kerajaan serta pihak media yang telah banyak memberi sokongan sepanjang hotel ini beroperasi.
Terima kasih Holiday Villa Kota Bharu di atas jemputan. Kami team blogger pantai timur berbesar hati menerima jemputan dari pihak Holiday Villa
Majlis sebenarnya bermula pada pukul 3 petang di Topaz Ballroom.Wani datang awal dan bertemu dengan Blogger Mek, Kemudian kami ke atas untuk sesi pendaftaran tetamu jemputan, baru berjumpa dengan Blogger Tie. Tetamu VVIP belum sampai lagi jadi kami sempat bergambar sebelum tetamu - tetamu yang lain sampai.
Dari kiri Blogger Mek, Blogger Wani dan Blogger Tie
Sementara menunggu ketibaan tetamu - tetamu jemputan yang lain, sempat juga meninjau sekeliling Topaz Ballroom. Wow ,,, Walaupun Holiday Villa Hotel ini bertaraf 4 bintang, tetapi ruang nya sangat luas macam taraf 5 bintang hotel. Ini memang datang dari kejujuran hati yang ikhlas hihi.. Sebenarnya ini kali kedua Wani melangkah masuk ke Topaz Ballroom, Kali pertama ada seminar di sini. Untuk kali kedua datang sebagai tetamu jemputan sebagai Blogger
Sungguh, kalau kalian melangkah masuk dalam Topaz Ballroom ini, kalian akan rasa kagum dengan ruangnya yang luas, elegan dan moden. Topaz Ballroom ini dapat memuatkan kapasiti untuk 250 orang. Memang sangat sesuai sekiranya ada majlis - majlis rasmi untuk diadakan di sini.
Dah panjang bercakap tentang Topaz Ballroom ini, jom kita meninjau suasana sepanjang majlis berlangsung.
Tetamu -tetamu jemputan pun dah sampai
Untuk pengetahuan semua, tetamu - tetamu jemputan yang hadir pada majlis tersebut terdiri daripada badan- badan kerajaan dan juga badan - badan korporat. Di antara yang hadir pada majlis tersebut adalah :
1. En. Hafiz Hazim, Pengarah Tourism Kelantan
2. En. Mohd Nik Faizal Nik Kamarudin, Pengarah Mida Kelantan
3. En. Shahrin Abdullah, Pengarah MIDF
4. En. Roslan Yaacob @ Omar dari Angkasa Kota Bharu
5. En. Mohd Shaufi, General Manager Holiday Villa Hotel & Suites
6. En. Hafez Munir Ahmad, Operation Manager Holiday Villa Hotel & Suites
7. Puan Hamisah Salleh, Timbalan Pengarah Pencegahan SPRM, Kota Bharu
Selepas opening show dari JASTERA, Majlis telah bermula dan diacarakan oleh emcee JAA JASTERA yang segak berbaju tradisional melayu. Bacaan doa dimulakan supaya majlis diberkati dan berjalan dengan lancar.
Sambil kami menjamu selera untuk Hi - Tea, majlis juga diselangi dengan pertunjukan busana pengantin dari Qaseh Bridal Inspire Bridal. Cantik - cantik semua baju pengantin.
Sepanjang majlis berlangsung, banyak maklumat yang Wani dapat tentang Holiday Villa Hotel ini. Kepada sesiapa yang ingin berkunjung ke Kelantan, jom pilih untuk menginap di Holiday Villa Hotel. Ini kerana banyak sangat keistimewaan yang disediakan di hotel ini.
Hotel ini berdekatan dengan kawasan tarikan pelancongan iaitu wakaf Che Yeh. Hotel ini bertaraf 4 bintang dan hanya 11 kilometer dari Lapangan Terbang Sultan Yahya Petra dan 5 kilometer dari Bandar Kota Bharu.. Tak jauh sangat dah. Hotel ini adalah bercirikan rekaan moden dengan kemudahan 108 bilik tetamu termasuk talian internet percuma. Internet laju kat hotel ini jangan risau, sebab Wani dah online guna WIFI hotel ini tak ada tersekat - sekat, Siap dapat buat LIVE lagi kat facebook sepanjang majlis berlangsung untuk berkongsi dengan rakan - rakan facebook.
Dengan tagline " Let Us manja U", hotel ini menawarkan pelbagai kemudahan dan servis untuk keselesaan pengunjung sepanjang menginap di sini. Secara ringkasnya, antara kemudahan hotel yang disediakan di sini ialah :
1. 108 bilik
2. Lagenda Restoran
3. Gimnasium
4. Spa / Sauna
5. Surau
6. Bilik meeting
7. Topaz Ballroom
8. Topaz Lounge
Dan juga jangan lepaskan peluang untuk melawat tempat - tempat menarik di sekitar hotel ini. Di antara tempat yang wajib berkunjung di sini adalah :
1. Pasar malam Wakaf Che Yeh
2. Gelanggan Seni ( Pusat Kebudayaan )
3. Pasar Siti Khadijah terletak di tengah - tengah bandar Kota Bharu
4. Zon bebas cukai di Pengkalan Kubor dan Rantau Panjang
5. Melawat Wat Photivihan iaitu patung buddha baring kedua terbesar di asia dan juga patung budhha duduk di Tumpat.
6. RTC di Tunjung
Selain itu, Hotel Holiday Villa juga telah mengadakan "special promotion" bersempena pilihan raya umum nanti, Mesti ramai yang jauh - jauh nak balik kampung nak mengundi kan.
Sepanjang majlis tersebut, kami juga dihiburkan dengan tarian tradisional melayu dari JASTERA. Dah lama tak tengok tarian LIVE depan mata. :).
Masa untuk Lucky draw, majlis dimeriahkan lagi dengan cabutan bertuah oleh Emcee JAA JASTERA. Tapi, Wani tak ada rezeki untuk cabutan bertuah, tahniah untuk Blogger Mek menang cabutan bertuah untuk penginapan di hotel ini
Di akhir majlis, kami sempat berkenalan dengan Executive Director hotel ini, iaitu Encik Wan Sazril B. Dato' Wan Zaid.
Bergambar kenangan bersama dengan PR Yatt yang cantik dengan dress labuh putih. Akhir sekali, jutaan terima kasih kerana sudi menjemput kami team blogger pantai timur untuk memeriahkan majlis ini. Semoga perkenalan ini dapat mengeratkan silaturahim antara pihak Holiday Villa dan juga blogger.
Video pendek sekitar majlis "Business Appreciation Day" yang lepas.
Oh ya sebelum terlupa, bersempena dengan ketibaan bulan ramadan tidak lama lagi, Hotel Holiday Villa juga akan menyediakan juadah untuk berbuka puasa. Banyak lagi Wani nak cerita kan, nantikan next entri, apa hidangan istimewa yang akan dihidangkan untuk berbuka puasa nanti dan apa tema untuk juadah tahun ini.
Untuk maklumat lanjut mengenai hotel ini, kalian boleh rujuk details di bawah:
Alamat
PT 968 Jalan Kuala Krai, Wakaf Che Yeh,
15150 Kota Bharu,
Kelantan.
Tel
(609) - 747 4004
Fax
(609) - 747 3003
Email : rsvn@holidayvillakb.com
ada baca pasal ni di blog mek.
ReplyDeletebest la ada grup blogger.
bleh sama2 gi event. bagus!
Seronok tengok show diorang haritu
ReplyDeleteseronok dapat jumpa sesama blogger
ReplyDeleteIbu zaid singgah lalu blogwalking di blog sis wani. Wah bukan main grand lagi kan
ReplyDeleteMemang good pr yatt yg sentiasa update onfo kat blogger dan perkenalkan blogger pada pihak management. Memang recommended untuk stay di holiday villa
ReplyDeletemeriah program tu.. best tengok tarian lama dah tak tengok hahaha. selalu dapat jemputan gak g hotel masa duk kelate dulu
ReplyDeletewah meriahnya event dia.. untung dpt join kan..
ReplyDeletekalau ke sna boleh la try survey2 vila ni
Post a Comment