sebelum wani memulakan apa - apa penulisan dekat blog ini. Sebelum ni dah ada blog nya disebabkan tak aktif sangat dah lama sangat password pun tak ingat entah ke mana hehe. so create la blog yang baru, harap - harap berkekalan la ya. Timbulnya nya minat nak berblog ni disebabkan tengok kawan- kawan kat myresepi postkan resepi- resepi yang dah mereka cuba buat kat blog. nampak kemas, cantik, tersusun rapi mengikut kategori resepi. Lagipun boleh la kita simpan resepi-resepi yang dah kita cuba buat kan.Tak rugi punya. Lagipun minat wani dalam membaking dan memcooking ni dah meluap - luap. wani suka sangat pasal masak- masak ni. Boleh mencuba masakan - masakan baru. oklah dah panjang ni bercerita, jom tengok apa yang wani nak perkenalkan bagi first entry kat blog ni iaitu ROTI ARAB. wah !!! ROTI ARAB yang mula- mula jadi pengenalan fisrt blog ni.Resepi ini diambil kat myresepi.Abah wani pun puji meleret siap kata boleh jual lagi. Roti Arab ni wani goreng masa waktu pagi sampai ke malam pun masih lembut lagi. Kredit to myresepi. this recipe is very delicious. the texture inside is so soft even though they looked brownish but not burnt ya. I LIKE ! LIKE!!!!
Roti Arab / Arabic bread
Bahan-bahan ( 16 biji )
BAHAN A :
1 peket (11gm) yis mauripan
1 Sb gula
1/4 cawan air
BAHAN B :
500 gm tepung gandum
1 sk garam
1 sb gula
2 sb marjerin @ mentega
200 ml susu cair
minyak utk menggoreng
Air secukupnya -masukkan sikit -sikit semasa menguli.
1. penyediaan yis (bahan A):masukkan yis dlm mangkuk + gula + air dan kacau. tutup dan biarkan sebentar.yis yg elok ia akan berbuih.
kemudian masukkan susu.sambil tu tambah air sedikit2.uli hingga jadi doh. Doh harus lah lembut dari doh roti canai.tak perlu uli hingga licin spt buat roti2 lain.tak mengapa jika adunan melekat ditangan,jgn tambah tepung.
tutup dengan kain lembap dan perap selama 1 jam
ini hasilnya yang dah diperap.. jadi double size.
selesai perap,tumbuk2 kan doh utk mengeluarkan angin dan bahagikan kepada 16 ketul.buat bulat2.jadilah macam gambar diatas ya.
yang ni bila dah dicanai. jangan terlalu nipis sangat ya.
bila selesai semuanya boleh digoreng.semasa menggoreng simbah2 kan minyak ke atas roti dan ia akan mengelembung.api jgn terlalu kuat sbb jika minyak terlalu panas roti x sempat kembung.alih2 kan roti dan masak hinga kekuningan.angkat dan toskan.siap utk dihidang.kat sini tak ada gambar yang digorengnya tak sempat nak snap sebab kedua-dua tangan guna.lagipun roti ni cepat kembung takut terhangit nanti hehe...
HASILNYA:
Enak dicicah dgn sambal sardin,ikan bilis,kari ayam & daging.SELAMAT MENCUBA..!
Post a Comment