Lamanyaa wani tak berblog rasa dah nak hampir 2 minggu huhu rindunya kat blog bukan apa dah baru nak berjinak-jinak dengan blog jadi macam ni pulak …bukan wani busy .. laptop wani ni buat hal entah apa yang rosak.. sampai nak masak pun dah tak ada mood,,, kosong je minda….hehe.. semua koleksi resepi wani ada dalam laptop tu.. rugi rasanya tak buat softcopy letak kat lain dulu…
Oklah sekejapnya masa berlalu, bulan demi bulan dah nak penghujung bulan Mei ya, rasa macam nak undur masa ke belakang balik. Dari kita duduk membebel tak tentu pasal, wani nak tunjuk resepi yang wani dah buat pagi tadi iaitu “Apam Pelangi”. Resepi ni wani ambil kat myresepi, nampak macam kek tapi kenapa namanya apam jugak ya. Sebelum ni wani tak pernah buat sebarang jenis apam, tiba – tiba kebetulan nak buat apam ni sebab minyak jagung kehabisan stok, so tak boleh la nak buat kek lain, tengok2 resepi lain jawabnya apam la yang x guna minyak. Nak cuba baking lagipun tak pernah baking lagi apam ni. Mari kita tengok resepinya dulu ya..
Resepi Apam Santan Pelangi Kukus Mudah Dan Sedap
Bahan - Bahan
4 biji Telur
2 sudu teh ovalatte
1 sudu teh esen vanilla
300 gm tepung gandum
300 gm gula halus( wani kurangkan 200 gm rasa dah sedang ok dah )
250 ml santan
1 sudu teh baking powder
Pewarna
Cara-caraBahan - Bahan
4 biji Telur
2 sudu teh ovalatte
1 sudu teh esen vanilla
300 gm tepung gandum
300 gm gula halus( wani kurangkan 200 gm rasa dah sedang ok dah )
250 ml santan
1 sudu teh baking powder
Pewarna
1. Pukul telur,gula dan ovalatte hingga kembang
2. Masukkan santan dan esen vanila.gaul sebati
3. Masukkan tepung dan baking powder
4. Bahagi kepada 2-3 warna (ikut citarasa)
5. Tuang ke dalam loyang selapis demi selapis
6. Kukus sehingga masak.( wani kukus dalam 1 jam 5 minit,lepas tu cucuk dgn lidi nak tau dah masak ke tak )
yang wani hairan nya ni panggil apam jugak ke macam versi kek je ,,, sebab sebelum ni x pernah nak baking jenis kek macam ni ,wani tak tau nak cakap jadi ke tak "apam pelangi" ni nampak macam jadi ke boleh tukar nama " kek kukus pelangi", lepas tu satu lagi kepada sesiapa yang dah pernah buat apam ni dia memang bau macam tu ke , macam bau tak bau telur je, ke sebab wani letak santan ke sebab ovalette tu, ibu wani pun belum makan lagi masa bau tu dia dah tau apam ni letak santan hehe,,, pandailah ibu wani ni. tapi kalau kat kelantan apam ni dipanggil "ambun".
bagi wani, rasa dia oklah boleh lah hehe nak kata sedap tu, sedap la jugak. mari wani nak tunjuk masa before baking dan after baking, sebab seronok sangat buat layer by layer ni, tersangat la cantiknya macam nak bakar pun sayang ..
yang ni masa masih lagi dalam gegelangnya |
yeay dah buat corak !!! nampak cantik tapi kalo so many colors like rainbow wow lagi la fantastic !!!! so colorful gitu |
already after baking jadila macam ni. keapda sesiapa nak mencuba silalah mencuba ... selamat mencuba .. |
wow, cantiknya apam pelangi ni.
ReplyDeletesalam kenal, saya singgah dan follow krn kita punya minat yg sama. :-)
hehe terima kasih .. saya baru perasan komen huhu sory ya .. sebab sy ni baru je jinak2 dgn blog ... x pe boleh la kita berkongsi2 :)
ReplyDeletekalau nak ganti santan dengan susu cair boleh tak?
ReplyDeletesalam suara ::: emm tak tahulah pulak sy nak ganti santan dgn susu cair tu blh ke tak sebab x pernah buat ..huhu sorry ya ,,,
ReplyDeletecantik laaaa, ermmm teringin nk buat
ReplyDeleteCANTIK LH..BLH KONGSIILG RESIPI NTI
ReplyDeleteMUna: tak pe sila kongsi 2 cuba2 lah buat ya
ReplyDeleteovalatte tu apa? mana nak carik? sobs. saya budak baru belajar. ganti pakai eno boleh?
ReplyDeletesalam shat .. sory ya baru nak jenguk2 blog.... ovalette tu cake stabiliser nak bagi kek lembut ... kalo ada mana2 resepi guna ovelette ni nak bagi kek lembut la tu .. ovalette tu warna kuning keemasan ,,try google ya blh la tengok picture nya tu ..... eno tu tak tahu la h nak cakap sebab x pernah cuba ... kalau nak cari ovalette cr yg halal punya ya .. cap kijang ok dah ..:))
ReplyDeleteovallette ade yg tak halal jugak ker? klu brand nona tu ok ker?klu tahu brand aper yg tak halal bleh tak state kan?
ReplyDeletesalam ely:: emm sejak kebelakangan ni banyak produk2 terutamanya nak baking 2 cake kebanyakannya ada benda yg tak halal dimasukkan ... brand nona tu tak halal ... saya dah check kat direktori halal malaysia .. brand kijang dan nago je yang halal...cuba cari brand tu ya
ReplyDeletePost a Comment