SAYUR AIR BAYAM

ASSALAMUALAIKUM............

akhirnya, hari ini bermulalah cuti persekolahan selama 2 minggu for east coast only la yang bermula hari jumaat hehe.. jalan raya pun dah mula nak ada traffic congestion la kalo holiday season ni. maklumlah cuti sekolah, ramai ambil kesempatan nak keluar berjalan-jalan kan bawa family tersayang .lagipun cuti2 ni bermakna banyak la kenduri kahwin kan. jalan pun bertambah jam.  hari ni pun wani pergi shopping dengan ibu nak beli barang-barang dapur yang dah out of stock ni rasa-rasa dah keluar pepagi benar dah , sampai-sampai nak tengok tempat car park , aih dah penuh kiri kanan parking nya. tengok jam baru pukul 9 pagi. selalunya tak macam ni, ada lagi tempat kosong boleh park kereta. ingat rasa malas nak parking dalam mall ni tak nak sibuk2 himpit2 kat dalam, tapi terpaksalah masuk lagipun kat tempat parking mall ni belum ada kereta banyak lagi .

ok lah masuk dalam mall ni sebenarnya wani tak sabar2 nak pergi kat tempat sayur-sayuran nak beli sayur bayam merah tu dah lama tak pekena sayur air bayam merah tu dah rasa rindu. belilah la satu ikat nak lepas rindu. memang wani amat suka kalau bab2 sayur air ni tapi ikut jenis sayur air jugak lah. tak semua sayur air wani suka . kalau sayur air herba yang masukkan daun cekur manis lagi la wani suka. rasa-rasa orang lain pun dah tahu cara nak buat sayur air ni tapi wani buat ikut versi wani sendiri lah.simple lagi mudah. yang simple2 macam ni la sebenarnya orang nak kalau nak berbanding resepi susah hehe... tak apalah nak masukkan jugak entry ini.kepada yang belum tahu nak masak sayur air oklah ini resepi mudah dari wani ya :))


SAYUR AIR  BAYAM MERAH
prepared by : wani
resource: my own recipe

BAHAN-BAHAN
- 1 ikat sayur bayam merah ( dibersihkan dan dipotong2)
- 3 ulas bawang merah*
- 2 ulas bawang putih*
- 1 sudu teh lada hitam
- sedikit sos tiram
- sedikit garam
- sedikit ikan bilis

CARA-CARA
1. tumbuk lada hitam terlebih dahulu dan kesemua bahan yang bertanda * ditumbuk kasar
2. goreng ikan bilis terlebih dahulu dengan minyak yang sedikit dan bila dah nampak separuh garing ikan bilis tadi, boleh tumiskan bahan yang ditumbuk kasar tadi sehingga naik bau.
3. masukkan dalam satu cawan setengah air ataupun nak lebihkan air tu boleh bergantung tengok sayur bayam tu. tapi kalau air terlalu banyak tak sedap nanti hilang rasa dia tu.
4. masukkan batang bayam tadi dan masukkan sos tiram dan garam secukup rasa .tunggu sehingga ia mendidih lama sikit dan barulah masukkan daun bayam tadi.
5. kacau ratakan biar sebati. jangan lama sangat atas dapur nanti sayur tu terlalu lembik. siap boleh hidangkan
6. SELAMAT MENCUBA...................

1 Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post