Resepi Nasi Goreng Kampung Simple Tapi Padu – Confirm Jadi!

Salam semua, nasi goreng sememangnya antara hidangan kegemaran ramai, bukan sahaja di Malaysia tetapi di seluruh Asia. 

Ia adalah satu menu yang sangat fleksibel. boleh dimakan pada bila-bila masa, sama ada untuk sarapan, makan tengah hari, atau makan malam. 

Yang paling best, nasi goreng ini juga sesuai untuk dijadikan penyelamat bila tak tahu nak masak apa, terutama bila ada lebihan nasi semalam di dapur.

Cara memasak nasi goreng kampung dalam kuali dengan api besar

Kalau kita perhatikan, setiap negara dan budaya ada versi nasi goreng tersendiri. Di Malaysia, kita ada nasi goreng kampung, nasi goreng cina, nasi goreng pattaya, dan macam-macam lagi. 

Di Indonesia, mereka ada nasi goreng Jawa dan nasi goreng special dengan keropok dan ayam. 

Di Thailand pula, terkenal dengan nasi goreng nanas yang ada kombinasi rasa manis dan pedas.

Nasi Goreng Kampung Simple 

Kali ini sis nak kongsikan resepi nasi goreng kampung pedas yang mudah dan sangat sedap. 

Rahsianya terletak pada belacan yang menaikkan aroma dan rasa. Itu je rahsia nasi goreng kampung. 

Kalau tak letak macam kurang bahan je. Lagi satu daun kangkung. Kena letak ya. Wajib. Tak letak macam kurang sesuatu pulak.

Paling penting, resepi ini tidak menggunakan bahan-bahan yang susah dicari, jadi sesiapa pun boleh cuba buat di rumah.

Sis kalau buntu nak makan apa waktu lunch terus terfikir nasi goreng sebab dah jadi satu menu. Tak payah fikir lauk apa. 

Nak makan petang pun panaskan nasi goreng tu jugak sebab masak lebih. Kalau korang seorang yang sibuk atau suka masakan yang cepat siap, resepi ini memang untuk korang.


Resepi Nasi Goreng Kampung Pedas

Bahan - Bahan
  • Nasi putih secukupnya 
  • Ikan bilis secukupnya 
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 ulas bawang merah
  • 5 batang cili padi campur merah dan hijau
  • 1 inci belacan
  • 1 biji telur
  • Garam secukup rasa
  • Sayur kangkung ni ikut suka nak letak banyak mana 

Untuk Lauk : 
Kalau nak letak udang ke sotong ke itu atas pilihan 

Cara - Cara 
1. Tumbukkan bawang putih, bawang merah, cili padi dan belacan.
2. Panaskan minyak dan goreng ikan bilis yang telah dibasuh sehingga garing. Angkat dan ketepikan sekejap
3. Tumis bahan yang telah ditumbuk hinnga naik bau sampai tumisan masak.
4. Masukkan udang dan sotong, goreng hingga masak.
5. Masukkan telur, kacau seketika lalu masukkan nasi yang telah dihancurkan.
6. Masukkan sayur kangkung. Gaul rata nampak sayur kangkung dah layu boleh tutup api.
7. Boleh perasakan dengan garam secukup rasa. Kena hati - hati sebab belacan dah masin.

Nota : 
1. Jika suka dengan aroma ikan bilis, tak perlu letak pun lauk lain. Sis pun lebih suka ada ikan bilis goreng je. 

2. Nasi putih tu sis masak dalam 2 pot beras


Tonton video ini untuk lihat cara memasak nasi goreng kampung


10 Tips Nasi Goreng Kampung Sedap & Beraroma

1. Gunakan Nasi Sejuk / Nasi Semalam
Kalau guna nasi panas, nasi akan jadi lembik dan melekat. Nasi sejuk lebih kering, jadi bila digoreng, setiap butir nasi jadi berasingan dan tak melekit.

2. Tumis Sambal Belacan Dahulu
Rahsia utama nasi goreng kampung sedap terletak pada sambal belacan. Tumis bawang merah, bawang putih, cili padi, dan belacan sampai naik minyak sebelum masukkan nasi. Ini akan buat aroma lebih kuat dan rasa lebih power.

3. Gunakan Ikan Bilis Goreng Rangup
Ikan bilis bukan sekadar topping, tapi salah satu bahan utama. Goreng ikan bilis hingga rangup, ketepikan dulu, dan campurkan di akhir masakan supaya masih ada tekstur rangup bila makan.

4. Pakai Cili Padi untuk Rasa Pedas ‘Kick’
Nasi goreng kampung mesti ada cili padi! Lagi banyak, lagi kaw! Kalau nak kurang pedas, boleh blend cili merah besar dengan bawang untuk dapat rasa pedas yang lebih mild.

5. Guna Kuali Besar & Api Besar
Kalau nak nasi goreng yang ada ‘wok hei’ (bau berasap macam nasi goreng kedai), gunakan kuali besar dan api besar. Kacau cepat supaya semua bahan sekata tanpa hangus.

6.Masukkan Sayur Kangkung atau Sawi
Sayur ni bukan sekadar hiasan, tapi beri rasa seimbang pada nasi goreng. Kangkung lebih popular sebab beri aroma kampung yang klasik, tapi boleh juga guna sawi kalau tiada.

7. Tambah Kicap atau Sos Ikan (Tapi Jangan Banyak)
Nasi goreng kampung tak guna banyak kicap macam nasi goreng biasa. Kalau suka sedikit rasa manis, boleh letak sikit je kicap manis. Untuk versi lebih umami, tambah beberapa titis sos ikan.

8. Jangan Letak Terlalu Banyak Bahan Basah
Kalau letak bahan berair seperti sos cili atau kicap terlalu banyak, nasi jadi lembik dan hilang tekstur sedap. Gunakan sos dengan berpada-pada supaya nasi kekal berderai dan kering.

9. Pecahkan Telur di Tengah & Gaul Perlahan
Kalau nak telur bergaul sekata dengan nasi, pecahkan di tengah kuali dan biar masak sekejap sebelum kacau rata. Ini bagi tekstur lebih berbeza dalam nasi goreng.

10. Hidang dengan Telur Mata & Timun
Nasi goreng kampung klasik selalunya dihidang dengan telur mata dan timun sebagai pelengkap rasa. Telur mata separuh masak memang terbaik bila dimakan bersama nasi goreng panas.

Kesimpulan 

Nasi goreng kampung memang antara menu yang paling mudah, cepat, dan sedap untuk disediakan. 

Dengan bahan asas seperti nasi sejuk, ikan bilis goreng, cili padi, dan sambal belacan, kita dah boleh hasilkan nasi goreng yang beraroma dan penuh rasa. 

Kunci utama untuk mendapatkan nasi goreng kampung sedap ialah menggunakan bahan berkualiti, memasak dengan api besar, serta memastikan nasi tidak terlalu lembik supaya teksturnya kekal sempurna.

Kalau korang peminat nasi goreng tegar, wajib cuba resepi nasi goreng kampung ini di rumah! 

Tahap kepedasan mengikut citarasa sendiri dan tambah bahan kegemaran seperti ayam, daging, atau udang untuk variasi yang lebih menarik. Kita yang masak dia kan. 

Kalau korang dah cuba resepi ni, Jom kongsikan pengalaman di ruangan komen. Nasi goreng kampung memang simple, tapi kalau ada tips tambahan, jom kongsi sekali. 

Selamat mencuba dan selamat menjamu selera. 

5 Comments

  1. saya dah cuba , jadi juga rasanya mcm dekat kedai ..

    ReplyDelete
  2. saye baru aje nk try entah 2
    jadi ke

    ReplyDelete
  3. Saya baru jee cuba alhamdulillah rasa nya sama macam makan di kedai mek klate . sedap la terima kasih kak wani..

    ReplyDelete
  4. Mohon Copy .. Untuk Share Kepada Kekawan :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post