TOFU BERSOS TIRAM CENDAWAN

ASSALAMUALAIKUM..........


Alhamdulillah ,, cuaca hari ni mendung je tak panas..taklah berpeluh-peluh sangat nak buat kerja hari ni. hari ni wani ingin berkongsi satu resepi iaitu TOFU BERSOS TIRAM CENDAWAN. wani jumpa resepi ni dekat myresepi website. masa tu saja terklik resepi ni.sebab tajuk resepi tu dah menarik minat wani sebab wani memang suka dengan apa-apa jenis cendawan.lagipun resepi nya memang simple lagi dengan penggunaan serbuk lada wahhh dah dapat imagine dah rasa dia macam mana bila tengok resepi ni dah mouthwatering dah ni .

. .. . wani ni memang peminat cendawan tegar la haha........ dan satu lagi penggunaan tofu dalam resepi ni. kalau nak tahu wani memang peminat tofu juga hehe.. masih ingat lagi masa menuntut di universiti dulu wani selalu beli tofu telur ni dekat Arked Meranti. banyak betul mereka masak tofu telur ni dengan pelbagai variasi masakan . ada tofu yang dah dicelup tepung jagung dan digoreng ada yang tofu ni jadi sambal pedas la ada yang di masak berkuah la ...macam2 lagi.wani kalau dah teringin nak makan memang selalu beli.  kalau nak tahu masa tu tofu telur yang telah dikerat setengah tu harga dia dah 50 sen. mahal tuu.... kalau sekarang tak tahulah berapa.terasa rindu dekat Arked Meranti .. macam mana la keadaan sekarang ya ..

ok now we check out what's the recipe.. thanks for sharing this recipe... it's so tasty... i like the taste and the aroma but the most important the aroma of oyster mushroom it's the main ingredients here ya i used oyster mushroom .. because it's has been added with white pepper powder but i substituted with black pepper powder ..it's ok la as long as it is pepper powder right ?? ^^.


TOFU BERSOS TIRAM CENDAWAN
SUMBER: MYRESEPI 


Bahan-bahan ( 3-4 orang makan )

  • 3 keping tofu lembut (soft tofu) - dipotong 4
  • Tepung jagung
  • 2 sudu makan sos tiram
  • Cendawan butang - dipotong
  • 1/2 batang lobak merah - dipotong mengikut suka (bulat, batang mancis etc)
  • Sedikit serbuk lada putih
  • 1/2 biji bawang besar - dipotong halus
  • 2 ulas bawang putih - diketuk
  • Garam + gula secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng dan menumis.
  • Air secukupnya

Cara-cara

  1. Panaskan minyak untuk menggoreng. Ambil sedikit tepung jagung dan letak didalam bekas. Ambil tofu yang telah dipotong tadi dan salut dengan tepung jagung. Buat satu persatu dan berhati-hati sebab tofu ni sangat lembut. Goreng tofu tadi dan angkat bila sudah kekuningan. Letak dalam bekas.
  2. Panaskan sedikit minyak untuk menumis. Tumis bawang merah + putih hingga wangi.
  3. Masukkan cendawan. Goreng sekejap. Masukkan sos tiram, serbuk lada putih dan lobak merah. Goreng lagi.
  4. Ambil 1/2 sudu kecil tepung jagung. Bancuhkan dengan sedikit air. Masukkan kedalam bahan yang digoreng. Tambah air jika kuah terlampau pekat.
  5. Biarkan kuah mendidih sebentar dan rasa. Tambah garam + gula mengikut citarasa. Tutup api.
  6. Tuang kuah tadi ke atas tofu yang telah siap digoreng dan diletakkan dalam bekas. Untuk tofu rasa rangup, tuang kuah pada tofu hanya apabila anda sedia untuk makan. 

  HAPPY TRYING AND HAPPY COOKING

Post a Comment

Previous Post Next Post