IKAN DAN AYAM PERCIK KELATE - MENU IFTAR 6TH RAMADHAN

ASSALAMUALAIKUM SEMUA.........


wahhh menu iftar masing-masing mengancam, wani je lambat terupload gambar .. ok hari ni wani nak share menu iftar wani bersama keluarga wani simple je dan ala kampung sikit ..waaa lambatnya nak publish untuk menu iftar yang keenam je ni .. tak sempat la masa semput huhu..  masa iftar hari keenam ni menu yang dihidang ialah ikan dan ayam percik kelate, acar masak, kerabu daun, dessert bubur kacang merah dan air sirap selasih je.. rata-rata ramai orang dah buat atau masak ikan atau ayam percik kelate ni kan.. tapi tak apalah wani akan share kat sini juga ... bukan senang nak buat ayam percik ni .. ini pun kebetulan sebab bulan puasa .. kalau tak memang kempunan la nak makan ayam percik ni... kebetulan hari tu nak buat 2 jenis percik ni iaitu ikan dan ayam ,,untuk ikan tu wani guna ikan cermin.. best jugak ikan cermin buat percik tapi tak kisah ikan apa pun janji percik ....kalau gambar tak clear tu maaf la h ya biasalah dah lewat petang ni nak snap gambar mood jadi kurang

semasa buat menu ni .wani baru balik shopping groceries kat mall dan terus get ready nak buat preparation untuk percik ni .. kebetulan wani balik shopping tu mak dah sibuk nak masak acar masak kegemarannya... nanti wani kongsikan jugak ya... memandangkan sejak berpuasa ni tekak ni asyik nak pekena denga rasa masam masin.. mesti kena ada .. kalau tak wani memang tak lalu makan la... nasib baik budu dah ada stok ni ..... hehe siapa suka budu angkat tangan .. ..rasa masam tu pembuka selera lebih-lebih bila kita dah seharian berpuasa .. entahlah .. takut wani seorang je atau ada juga orang lain macam wani ...

oklah nak buat percik ayam atau percik ikan tu senang je cuma marinate dengan halia, bawang putih dan garam yang telah ditumbuk lumat. rasa resepi ni paling ringkas la .. tak payah - payah pun ...cuma dari segi penyediaan nak membakar je guna arang hehe... untuk kuah pun simple je,,, simple je bagi orang yang dah biasa buat kan ... tapi tak apa wani akan kongsikan kat sini. wani terjumpa dekat myresepi .. pasal percik ni lebih kurang macam ni la resepinya .. tapi yang wani punya buat sikit je penduduk tak ramai.. kalau penduduk ramai tu boleh la ambil resepi ni ya ... ok check out what's the recipe

AYAM DAN IKAN PERCIK KELATE






Bahan-bahan ( Satu Keluarga )
  • Seekor Ayam
  • 1 liter santan
  • 4 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 3 Batang serai
  • 1 cm kunyit hidup (serbuk kunyit pun boleh jgk)
  • 1 sudu beras (direndam sekejap, dan ditumbuk hingga lumat)( wani ganti dengan tepung jagung )
  • 1 keping asam keping
  • 3 tangkai cili kering
  • Garam dan gula

Cara-cara

  1. Tumbuk 1 inci halia dan 2 ulas bawang putih bersama garam yang secukupnya. Perapkan bahan tersebut bersama dengan ayam (saiz ayam tu bergantung pada individu).
  2. Kemudian kukus ayam tersebut sehingga 3 suku masak. Kalau dah terlebih masak pun tak per jugak.
  3. Sementara menunggu ayam tu masak, blendkan bawang merah, bawang putih, halia, kunyit, cili kering tadi bersama.
  4. Masukkan kesemua bahan yang diblend, beras yang ditumbuk, santan, serai yang diketuk, asam keping, garam dan gula kedalam periuk. (Beras akan menyebabkan santan tu menjadi pekat dan berkeladak sedikit)
  5. Masak kesemua bahan2 tersebut. Semasa memasak bahan tersebut, perlu diingatkan supaya sentiasa mengacau sehingga mendidih dan sehingga naik minyak. Bila rasanya dah ok, bolehla tutupkan api.(Kalau guna santan kotak, memang takkan nak minyak walaupun kuah tu kering)
  6. Ayam yang siap dikukus tadi boleh la dibakar.. sehingga keperang-perangan. Bila dah perang, cucurkan kuah santan tadi keatas ayam tersebut dan bakar lagi. Kalau agak2 susah nak guna cara ni, bakar guna oven pun bleh jugak.
  7. Dah pun siap dan boleh la dimakan dengan nasi putih.
HAPPY TRYING AND HAPPY COOKING 
    NOTE: RESEPI NI AYAM TU WANI TAK KUKUS SEBAB LEPAS PERAP TERUS BAKAR ATAS ARANG,, SEDAPPP...

    Post a Comment

    Previous Post Next Post