PAJERI TERUNG (VERSI 1) - MENU IFTAR 10TH RAMADHAN

ASSALAMUALAIKUM................

alhamdulillah ya untuk hari ini dah cukup kita 11 hari berpuasa ,,, sekejap rasanya ,,, hari demi hari dah masuk puasa yang ke-12.. tak lama lagi dah mula la sibuk-sibuk prepared for Eid,, la kan .. semoga kita semua diberi kekuatan oleh Allah untuk meneruskan ibadah berpuasa kita ya,.... menu iftar ke-9 wani tak sempat nak snap picture nya sebab dah gelap.. tapi semalam abah jadi tukang masak special hehe... bukan senang nak tengok abah wani sibuk-sibuk di dapur .. time ramadhan ni la ...dia dok sibuk didapur nak menyediakan juadah berbuka....mestilah nak resepi yang boleh membangkitkan selera makan kan. menu untuk berbuka kan .tapi tak sepanjang ramadan la .. kadang-kadang wani yang sediakan juadah berbuka ... ..apa ibu wani? ibu wani rehat-rehat je .. buat yang simple2 .. wani je yang masak susah2 ;P perasan sorang....... sebelum ni pun memang abah dia suka memasak.. anak sulung la katakan.. minat memasak tu diperturun dari arwah nenek... alhamdulillah nasib baik la abah suka masak dan wani pun suka masak juga hehe.... semalam abah masak IKAN PARI BAKAR PORTUGIS....


 oklah untuk menu iftar ke -10 hari tu, kebetulan ada terung 3 biji dan ibu pula request nak masak pajeri terung... tekak wani sebenarnya tak makan sangat terung ,, bila buat pajeri macam ni bertambah pulak makan terung hehe.. ibu pula dah sambar 3 ketul sekali makan,,, dia takut sebenarnya nak makan banyak2 ,,sebab makan terung2 ni akan jadi angin dalam perut ,, tapi makan jugak... tak apalah ibu sekali sekala makan. tapi wani tak letak udang kering  ya sebab ibu tak boleh makan ..rasanya kalau letak udang kering ni lagi la sedappppp....sebenarnya pelbagai variasi masakan berasaskan pajeri terung ni .. macam-macam orang buat ... tapi wani nak cuba satu-satu .. yang mana lebih sedapnya .. yang wani masak ni pun dah sedap.. tapi tak apa boleh cuba yang versi lain pulak... resepi ni asalnya untuk pajeri nenas tapi wani gantikan nenas tu dengan terung je .. semua bahan yang lain adalah sama. terung tu wani potong belah 2. ada setengah orang potong 4 tapi tak putus sehingga kat hujung tangkai tu .. terpulang kepada citarasa masing- masing. penggunaan santan ni bergantung kita nak setakat mana kuah tu.. kalau nak kuah lebih boleh tambah lagi tapi wani suka kuah dia pekat biar bersalut dekat terung tu... kerisik tu wani letak sikit je ...  kes malas nak hidang terus direct ambil picture dari periuk hehe.. comot jer ..


PAJERI NENAS HANIELIZA
SOURCE:DARI DAPUR WANITA

 

Bahan A 
1 biji nenas, potong kecil ( wani guna 3 biji terung )
3 cawan santan pekat dari 1 biji kelapa
4 sudu besar minyak
2 sudu besar gula merah/putih2 sudu besar kerisik
Garam secukup rasa

Bahan B – bahan tumbuk
1 inci halia
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu besar udang kering

Bahan C 1 inci
kulit kayu manis
6 sudu besar rempah kari ikan, bancuh dengan air ( untuk terung ni wani guna 2 sudu besar rempah kari ikan )

Cara Menyediakannya
1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bahan tumbuk, kulit kayu manis dan rempah kari yang digaul dengan air.
2. Masukkan kerisik dan nenas. Kacau supaya rempah tidak melekat pada periuk.
3. Masukkan santan dan garam serta gula merah/pasir. Masak hingga kuah pekat dan naik minyak.

Nota: Selain daripada nanas, terung panjang, terung peparu, mangga atau buah kedondong juga boleh digunakan untuk masakan pajeri.





2 Comments

  1. Assalam wani,
    salam ramadan buat wani & family ya..
    shabsuka tu bila2 boleh cubalah ya....
    sedap pulak nampak pajeri terung wani ni..

    ReplyDelete
  2. salam ziarah

    tmbh ikan bilis sedappp......

    dh follow jom follow qhaifanurin.blogspot.com

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post