ASSALAMUALAIKUM ...................
SIAKAP BAKAR BEREMPAH HARUM
SOURCE: DAPURKU SAYANG
bahan-bahan :
macam mana ya puasa kawan-kawan semua.. hari ni dah pun masuk hari yang ke14 kita berpuasa.. sekejapnya nya masa hari demi hari ..tak lama lagi dah nak masuk 10 hari ramadhan..masa ni masing-masing dah bersedia untuk menantikan kedatangan malam lailatul qadar kan..semalam kan masa iftar ibu terpandang bulan, cantik bulan tu rupanya dah bulan purnama ya hari ini genap la 14 hari ..... tak lama lagi bulan tu nak jadi bulan sabit nak dekat raya dah hehe ... .. sebenarnya wani spending time sikit masa sikit nak update blog ... untuk menu iftar hari ke-13 ni menu utama berbuka puasa adalah SIAKAP BAKAR BEREMPAH HARUM ..bila wani dah jumpa resepi ni wani dah agak mesti sedap resepi ni sebab letak daun limau purut, belacan lagi bunga kantan lagi , rempah kari ikan lagi dan macam-mcam lah .. memang wani cakap full of aromas la masakan asia.... dah lama simpan baru nak buat nasib baiklah sedap ada selera nak buat berbuka puasa ... kalau meratah saja ni lagi sedappp... kalau nampak dalam picture tu nampak burnt sikit ...tapi rencah dia tu kalau burnt pun sedap lagi ...sebenarnya wani bakar agak lama sikit sebab nak suruh air ikan tu kering sikit ,,, wani tak suka kalau ikan tu nampak berair....
selepas dibakar ,,wahh memang harum tau wangi semerbak .. nampak hangit kan.. tapi hangit dia tu sedap hehe. wani bakar lama sikit |
resepi ni wani ambil dekat dapurku sayang@ blogspot .. terima kasih ya sebab sudi berkongsi.. abah dan ibu wani berselera nya makan masa berbuka semalam .... mereka kata sedap sebab bau rempah-rempah harum kan... abah cakap dah tak ada rasa bau ikan pun .... wani lagi la happy tengok mereka makan penuh selera... alhamdulillah :)).. mari tengok resepi nya ya .. wani copy paste kat sini...memang sedap tau .. tak rugi mencubanya ...cubalah ya. untuk resepi ni semua bahan tu wani tambah .. dan bila masak rencah dia ni nampak banyak.. so ,,wani lumurkan semua kat ikan tu ... lepas tu abah tanya banyak ke tak rencah dia ni .. kalau sikit-sikit, rencah tu tak sempat nak masuk dalam ikan ... rencah banyak la lagi sedapp.. pandailah abah wani ni .. jadi hasilnya memang sedap lahh hehe
sebelum dibakar... penuh je daun limau purut dan daun kunyit tu, tapi selepas dibakar dah hilang dah tinggal aroma je :D |
SIAKAP BAKAR BEREMPAH HARUM
SOURCE: DAPURKU SAYANG
bahan-bahan :
- 1 ekor ikan siakap (dibersihkan)
- 1 helai daun kunyit (diracik/dihiris halus)
- 2 helai daun limau purut (diracik halus)
- 3 biji bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 1 batang serai
- 1 helai daun limau purut
- 3 kelopak bunga kantan (dihiris terlebih dahulu)
- 1 sudu makan cili giling (boleh ganti dengan cili api jika suka)
- 1 sudu besar rempah kari ikan
- 3 sudu makan air asam jawa
- 1 sudu besar kicap pekat
- sedikit belacan bakar
- 1 inci halia
- 1/2 inci lengkuas
- gula dan garam secukupnya
- sedikit air
- Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar hingga terbit bau. Tutupkan api.
- Sementara itu, sediakan kertas foil dan dulang pembakar. Letakkan ikan di tengah-tengah kertas foil. Tuangkan kesemua perencah tadi di atasnya. Taburkan hirisan daun limau purut dan daun kunyit dan balut dengan kemas. Perapkan sebentar lebih kurang 15 minit.
- Kemudian bakar ikan sehingga masak.
HAPPY TRYING AND HAPPY COOKING
Post a Comment