TART NENAS NYONYA


ASSALAMUALAIKUM...............



Salam ramadan yag ke 27 semua ... debaran aidilfitri semakin terasa ni . kaum hawa pun dah makin sibuk kat dapur la ya. nak dekat raya ni ..bagi yang nak pulang ke kampung ..selamat pulang ke kampung ... berhati- hati di jalan raya.  hemm sunyi nya malam ni. hari ni pun petang tadi hujan renya- renyai je, semalam dah pun hujan. pagi tadi pun langit mendung je  tak terbit matahari dilindungi sayap oleh malaikat , angin sepoi - sepoi bahasa..daun -daun pokok pun melambai-lambai lembut ...  sejuk je persekitaran .. mak wani dah ramal semalam nya malam lailatul qadar. wani kepenatan yang amat hari ni sebab seharian dok kat dapur nak menyiapkan tart nenas kegemaran family  dah la buat seorang diri.. ini pun terjaga sebab dah tidur awal tadi huhu...penat sampai lenguh sendi-sendi ni.  ingat petang tadi nak masukkan entry ni tapi line macam siput je berjalan. lagipun masa tight sangat petang tadi dah la line buat hal ... adik wani seorang je baru sampai pagi semalam pukul 10 pagi naik flight. yang 2 orang lagi belum sampai lagi ...


 berbalik kepada resepi ini, bila tengok kak ita buat biskut ni dan kak ita cakap biskut ni rangup dan cair je dimulut ... wani dah cop nak cuba resepi dari kak jee ni ...hasilnya memang sedap ,, rapuh dan cair je di mulut kalau boleh nak sekali telan tak boleh nak bite sikit-sikit nanti berderai la jawabnya hehe.. tapi adunan ni bila wani dah campur-campur semua masih berderai lagi adunan tu tak boleh nak terap so wani tambahkan lagi marjerin tu sampai la ia boleh diuli... entah la tapi tak apa boleh tambahkan marjerin tu ya .. wani guna marjerin je.. hehe..kak ita dan kak jee buat versi terap dengan acuan .. wani malas nak menerap so buatlah versi roll tart... itupun jenuh nak menghabiskan adunan tu sebab wani buat 2 kali adunan... jem nenas wani buat sendiri sebab wani tak suka guna yang ready made tu ... tak berapa sedap ...maknanya semua tart nenas ni home made la punya pasal... inti nenas pun masih banyak lagi yang berbaki ni ..esok pun nak buat lagi ... alahai tak habis-habis dengan tart nenas .. sampaikan nak masak pun tak sempat .. ibu wani yang masak. tart nenas ni memang kegemaran family .. jangan -jangan biskut ni yang habis satu balang dulu kan hehe...

oklah ya wani copy paste resepi kat sini.. kak jee minta izin share ya ... resepi ni wani ambil dari blog kak ita tapi resepi ni dari kak jee. biskut ni sedap  dan rangup dan cair je di mulut..kepada sesiapa yang sudi nak cuba tu ,,resepi ni amatlah direcommendkan ya ..









TART NENAS NYONYA

By: Kak Jee
Adunan dapat anggaran 35 - 40 biji

300 gms tepung gandum
4 sudu besar tepung jagung
3 sudu gula ising
200 gms butter
2 kuning telor sahaja

jem nenas

Ayak tepung gandum, tepung jagung dan gula ising ke dalam bekas. Kemudian masukkan butter yang telah dipotong dadu. Kalau guna unsalted butter, masukkan secubit garam.

Ramas tepung dengan butter guna hujung jari hingga berderai (rub-in method). Kemudian masukkan telor dan satukan menjadi doh.

Canai jadi setengah inci dan turap guna acuan atau cutter . Untuk lebih mudah agar tak melekat2 lapik dengan plastik semasa mencanai doh. 1 keping plastik 4 segi potong jadi sekeping besar. Oleskan atas plastik dgn sedikit minyak. Letakkan doh di tengah plastik dan lipat plastik dan kayu canai tu gelek atas plastik.
Kemudian terap adunan tadi dgn terap tuk buat tart. Kalau adunan melekat kat alat penerap tu. Beruskan sedikit alat tu dgn sedikit minyak masak. Ini dapat mengelakkan adunan dari melekat2.
Kalau nak ikut cara kak jee yg lebih mudah boleh tgk kat SINI
Susun adunan yg telah di canai atas loyang pembakar.
Ambil jem nenas dan gentel bulat2 sebesar guli. Letakkan atas doh yg telah di terap tadi. Buat hingga habis.
Kemudian bakar adunan ni dalam oven yg bersuhu 170C selama 20 - 30 minit atau sehingga masak.
Setelah masak keluarkan dari loyang dan letak atas redai hingga sejuk. Simpan dalam bekas kedap udara.





Post a Comment

Previous Post Next Post