Resepi Almond London Biskut | Tips Badam Rangup, Coklat Tak Melekat Dan Sama Saiz

Salam semua, Almond London antara biskut paling hot masa hari raya kan. Biskut yang bersalut coklat dan ditaburkan dengan taburan badam panggang.  

Siapa nak tolak biskut yang ada salutan coklat ni termasuk sis. 

 Resepi biskut almond london ni ikutkan banyak sangat orang kongsi resepi. Ada yang berbeza. Bagi sis lepas buat boleh masuk tekak ok lah tu kan. 

Yang penting badam kena rangup, cookies tu pun rapuh dan coklat kering dan tak melekat. Dalam banyak - banyak resepi Almond London, di bawah ini adalah salah satu resepi yang dah sis cuba. 

Biskut almond london

Biskut Almond London 

Bahan - Bahan
250gm mentega
150gm gula halus
450 gm tepung gandum
100gm tepung jagung
11/2 teh serbuk penaik
1 sudu teh emplex
1 biji telur gred B
1 sudu the esen vanilla

100 biji badam,dibakar
Cawan kertas secukupnya

Hiasan: coklat masakan, coco butter

Cara - Cara 
1. Ayak tepung gandum,  tepung jagung, serbuk penaik dan emplex. Ketepikan.
2. Pukul mentega dan gula hingga kembang dan gebu. 
3. Masukkan esen vanilla dan telur. Pukul lagi hingga sebati.
4. Pindahkan adunan mentega tadi ke dalam mangkuk besar. 
5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang lembut. Rehatkan doh selama 15 minit.
6. Ambil sedikit doh, bulatkan dan masukkan biji badam. Buatlah bentuk bujur.
7. Susunkan dalam dulang pembakar dan bakar selama lebih kurang 20 minit. Sejukkan
8. Cairkan coklat secara double boiler dan masukkan coco butter jika coklat terlalu pekat. 
9. Celupkan biskut dan letakkan dalam cawan kertas. Biarkan beku sebelum menyimpannya.

Sumber : https://resipicitarasawan.blogspot.com/2009/05/biskut-almond-london-chef-noraini.html

Resepi Ke 2 Almond London ( Boleh Hasilkan 100 - 110 biji Saiz Sama Besar ) 

Resepi Almond London ini dari perkongsian Puan Leina Qaliena

Bahan - Bahan 
250 gram pure unsalted butter
80 gram gula aising
1 biji kuning telur ayam
1 sudu teh esen vanila
1/2 cawan serbuk badam
3 sudu makan susu tepung
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh emplek
1/2 cawan tepung jagung
4 1/2 cawan tepung gandum

Bahan Coklat 
500 gram Beryls Milk Compound
1 sudu makan butter/minyak sapi/marjerin untuk setiap 500 gram coklat.
Kalau guna lebih ikut sukatan seperti di atas.

Bahan Salut Almond London 
Badam cincang secukupnya yang dipanggang seketika atau disangai untuk rangup

Cara Penyediaan
1. Sediakan bahan asas dulu, sangai tepung gandum, panggang atau sangai badam dan juga badam cincang. Ketepikan. 

2. Dalam satu bekas masukkan butter,gula aising,kuning telur dan esen vanilla. Tak perlu guna mixer tapi kacau dengan senduk kayu sahaa dah cukup. Tak nak biskut kembang.

3. Masukkan pula, serbuk badam, susu tepung, baking powder ,emplex  tepung jagung dan sebatikan. 
Boleh uli guna tangan.Barulah masukkan tepung gandum yang siap disangai sedikit demi sedikit.

3. Uli hingga adunan tak melekat di tangan dan boleh dibentuk serta tak berderai. Ambil doh dan lekatkan dalam sudu teh dan masukkan badam, tutup bahagian atas dengan doh. 

4. Susun dalam tray pembakar. Sambil tu boleh panaskan oven 10 minit pada suhu 170’C.
Susun cantik boleh bakar dalam oven pada suhu 165’C guna api atas bawah selama 25 minit ikut oven masing - masing. Sejukkan.

5. Menggunakan kaedah double boil, cairkan coklat bersama butter atau minyak sapi.

6. Celup biskut tadi ke dalam coklat dan barulah letak dalam kertas pembalut. Taburkan sedikit badam cincang. Sejukkan.

7. Bila coklat dah kering barulah susun dalam bekas.Guna kaedah macam ni,biskut almond london memang terbaik.Coklat tak melekat dan tak cair di tangan.

Tips Badam Rangup, Coklat Tak Melekat Dan Sama Saiz. 

1: Untuk dapatkan badam yang rangup, perlu jemur di bawah cahaya matahari selama 1 hari dan keesokkannya, bakar di dalam oven menggunakan api atas bawah pada suhu 100-110’C selama 20 minit. 

Kalau nak sangai ( goreng tanpa minyak pun boleh ). Fungsinya untuk jadikan badam rangup dan kehilangan air.

2. Pilihan coklat masakan untuk dicelup adalah Beryl’s Milk Compound yang akan dicampurkan dengan sedikit minyak sapi sahaja. Coklat ni memang sedap sebab dah dicampur susu dan tak pahit.

3. Untuk dapatkan saiz biskut almond london yang sekata, boleh tengok cara penggunaan sudu sukatan 1/2 teh. Boleh cari di Mr Diy atau kedai bakeri ya atau boleh beli SINI

Cara Betul Cairkan Coklat Dengan Kaedah Double Boiler 

Nak cairkan coklat ni ada caranya. Kalau yang baru belajar nak cairkan coklat tak ikut langkah yang betul memang coklat akan meragam jadi keras dan macam - macam. 

Jom sis tunjuk cara yang betul. Yang penting kena ada peralatan yang sesuai dan cukup nak cairkan coklat. 

Gambar di bawah ni contoh macam mana kedudukan periuk dan bowl tu. 

double boiler

Bahan - Bahan 
Periuk
Stainless steel bowl
Spatula
Coklat compound ( beli yang dalam bentuk coin senang terus tak payah cincang dah ) => SINI
Air 
Kain lap
Piping bag ( jika perlu ) 

Cara - Cara 
1. Masukkan air ke dalam periuk separuh penuh.
2. Coklat compound kalau beli yang coin terus masukkan dalam stainless steel bowl. Kalau beli yang bentuk bar, kena cincang dulu ya. 
3. Setelah air mendidih, langkah penting TUTUP API terlebih dahulu. Baru letak stainless steel bowl yang ada coklat di atas periuk tadi. 
4. Untuk coklat putih dan coklat milk, lepas tutup api biarkan sekejap periuk tu, baru letak bowl tu atas periuk tadi. Suhu lebur coklat milk lagi rendah nak banding dengan dark coklat. 
5. Kacau dengan spatula hingga semua coklat cair. 
6. Nampak coklat semua cair, baru angkat bowl dari periuk. Boleh dah nak celup biskut tadi. 
7. Kaedah ini hanya sesuai dengan coklat compound. Standard kalau bab coklat ni, kebanyakannya guna coklat compound. 

Kalau korang nak mudah, boleh guna set ni periuk sekali dengan bowl terus untuk cairkan coklat. Boleh tengok sini => Stainless steel double boiler melting pot

Do & Don't Semasa Proses Mancairkan Coklat 

Do
1. Pastikan semua peralatan (stainless steel bowl & spatula) bersih dan kering.
2. Gunakan stainless steel bowl yang bersaiz lebih besar dari saiz periuk supaya bowl tidak terendam dalam air. 
3. Bowl mesti menutupi keseluruhan periuk untuk mengelak titisan wap air masuk ke dalam bowl.
4. Cairkan coklat di atas wap air, bukan di dalam air panas, dasar bowl tidak boleh terendam dalam air panas, tutup api ketika cairkan coklat.
5. Jika hendak mewarnakan coklat, gunakan pewarna berasas minyak (oil based)

Don't 
1. Tidak tutup api ketika cairkan coklat.
2. Rendam bowl di dalam air panas atau bowl di atas tidak menutupi keseluruhan periuk di bawah.
3. Coklat terkena atau tercemar dengan titisan air atau wap air.
4. Menggunakan pewarna water based.
5. Tutup stainless steel ketika coklat masih panas, ia akan menghasilkan wap air yang mungkin menitis ke dalam coklat dan merosakkan coklat.

Apa Yang Akan Terjadi Jika Tidak Cairkan Coklat Dengan Betul ?  

1. Coklat yang dicairkan mengguna kaedah yang betul akan cair sepenuhnya, licin dan berkilat.
2. Coklat yang rosak, berketul-ketul dan agak pekat.
3. Coklat yang rosak tidak sesuai lagi digunakan untuk membuat coklat kerana sukar untuk mengeras dan susah dikeluarkan dari mold, tetapi jangan dibuang kerana ia masih boleh digunakan untuk membuat coklat ganache, kek, biskut dan sebagainya.

Sumber : https://www.vanillakismis.my/ramai-salah-buat-ini-cara-betul-cairkan-coklat-kaedah-double-boiler-barulah-hasil-coklat-cantik-berkilat/





2 Comments

  1. tak brkesempatan lg nk buat almond london..akan try juga 1 day....

    ReplyDelete
  2. Lama tak buat biskut almond ni. Dulu msa sekolah menengah, rajin buat bila nak dkat raya 😅

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post