IKAN TEMPRA NYONYA

ASSALAMUALAIKUM.......

hari ni dah berapa syawal ni ehh .. tak ingat .. dah masuk minggu ketiga kan.. open house pun tak putus - putus lagi ni... dah la hari ni masak nya banyak betul .dengan makaroni bakar la , ikan tempra nyonya la .. tup...tup ...abah bawa balik nasi beriani ada open school kat sekolah kot .. bukan open house hehe...dengan lauk daging kurma la , ayam masak merah la dan dalca daging ... walahh makanan semuanya beroily.. takut ku tengok ..... kalau dah tahu macam tu tak payahlah nak menanak nasi buat lunch huhu... haahhh sekarang makanan banyak, siapalah nak makan banyak-banyak ni .... ish perut pun masih kenyang ,,, banyak betul makan nasi adeh.....

 oklah resepi ni dah banyak kali wani buat rasa dalam bulan ramadan baru-baru ini pun dah 3 kali buat ...sepanjang buat 3 kali tu asyik guna ikan bawal je .. yang last sekali tu guna ikan cermin... dah banyak kali buat pun tapi tak sempat-sempat nak letak resepi kat sini .... ya Allah memang sedap resepi ni ..dengan rasa kemasamannya, dari ikan tu berserta kuahnya sekali ..lebih-lebih lagi letak bawang putih goreng dan bawang merah goreng.... .yang kiub pati ayam tu wani letak ... wani buat biar berkuah sikit ..sedap hirup kuahnya tu beserta dengan makan nasi .. masuk sungguh ....  ikan yang  digunakan ialah ikan bawal memang masuk ikan bawal ni dengan resipi ni ,, ikan lain tak pernahlah wani cuba .. ikan ni bila digoreng akan menjadi agak hitam sikit sebab perap guna asam jawa dan garam... resepi ni wani ambil dekat blog kak ita... wani copy paste kat sini pulak ya kak ita... sedap resepi ni .. kalau sesiapa nak mencuba, boleh la mencuba sesuai kalau nak buat makan lunch ... 


IKAN TEMPRA NYONYA
Sumber:  Azlita aziz

Bahan - bahan 
4 ekor  ikan  selar  atau  ikan  kembung - di bersihkan ( wani guna ikan bawal)
Daun bawang
Garam
Gula
Asam jawa
Air secukup kegunaan
Minyak
Perencah pati ayam / Kiub pati ayam - Tak bubuh pun tak apa


Bahan A ( Di goreng garing )
12 ulas bawang merah _ d hiris
12 ulas bawang putih _ d hiris

Bahan B
5 - 8 biji cili padi
3 batang serai - di titik
2 biji cili merah - di potong menyerong


Lumurkan ikan bersama garam dan asam jawa. Goreng  dalam minyak yang banyak dan panas sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
Tumiskan bahan B sehingga wangi.
Kemudian masukkan air asam jawa, sedikit air, perencah pati ayam / kiub pati ayam, gula dan garam secukup rasa.
Setelah mendidih bolehlah di masukkan ikan goreng dan renih selama 5 minit di atas api kecil.
Masukkan 1/2 bawang merah goreng dan 1/2 bawang putih goreng. Gaul rata dan tutupkan api.
Semasa menghidang taburkan 1/2 lagi bawang merah goreng dan 1/2 bawang putih goreng di atas ikan. Taburkan daun bawang juga.


Post a Comment

Previous Post Next Post