KURMA DAGING

ASSALAMUALAIKUM...........


tahukah anda semua 'kurma' ini berasal dari mana. mesti ramai yang tak tahu ataupun yang dah tahu.masakan "kurma" sebenarnya berasal dari negara india. malah masakan ini banyak menggunakan rempah ratus kebanyakannya berasal dari india.. masakan melayu memang banyak pengaruh daripada negara india kan. sikit-sikit letak rempah ratus .. wangiiiiiii je.. kebanyakan masakan india ni dia banyak menggunakan "braising technique"iaitu menumis reneh iaitu memasak bahan yang bercampur sedikit air dengan api perlahan.. sebab itulah nak masak kurma ni asyik nak mereneh je .. lambat sikit ....sebabnya nak suruh semua bahan-bahan yang telah dikisar semua tu sebati dalam daging... adoi panjang betul permulaan nak buat entry kurma daging .. macamlah orang lain tak pernah masak kurma daging ... hihihi.. itu saja permulaan ,,wani sebenarnya tak tahu asal kurma ini dari mana .. rupanya dari india... ;p...

kurma daging ni memang antara favorite wani dan family .. dah banyak kali buat ...masuk kalau makan dengan nasi putih, acar mentah, dan ikan kering lagiii... wahhh masuk sungguh .. eh ada orang tak minat dengan ikan kering ke ... wani kalau jenis gulai- gulai macam ni tak kisahlah kerutuk daging ke, kerutuk ayam ke , kurma ayam atau daging ke. .... menu ikan kering mesti ada hihi.... bila search-search kat internet wani perhatikan macam-macam cara resepi mereka semua ... ada yang letak belacan, ada yang letak lengkuas itu resepi dari Terengganu ..... kurma daging terengganu  ada rempah khas .. betul ke tak tu KAK NOR .. kalau la kak nor terbaca entry ni ...:)  itulah wani cakap pelik... tapi wani rasa itu terpulang kepada resepi yang telah mereka cuba .. mungkin itu resepi dari keluarga mereka.. atau dari mana-mana sajalah .. dan semestinya rasa masakan tersebut mempunyai keunikan tersendiri... kita mana tahu kan...

oklah hari ini wani nak kongsi resepi kurma daging ikut cara wani masak.. kalau dah satu family dah kata sedap .. oklah tu .. tak salah kita nak berkongsi kan. kalau nak masak jenis masakan kurma macam ni baik gunakan daging musir .. lembut sikit bila masak dan bila nak makan .. aih kalau daging berurat aka daging import ni susah sikit nak empuk tu takut liat pulak nanti .. tercabut gigi :D... dan satu lagi biasanya kalau orang dah pro masak ni .. dia tak main sukat-sukat pun resepi ni pakai main campak je... itu bagi yang dah pro masak.. terutamanya penggunaan bab santan... kalau dulu, wani sukat-sukat jugak bila dah pro ni main ikut letak je agak dah ok dengan anggaran daging / ayam yang dimasak tu kira oklah .. ehh .perasan macam pro sangat ..huhu taklah jugak sekarang ni bila dah lali masak...  tak sukat-sukat santan tu...dah ikut kepakaran tangan ni je masak...  tapi kat sini wani letak juga sukatan untuk santan dan bahan- bahan lain... untuk daging kurma ni, wani suka kuah dia pekat dan menyaluti daging sikit dan bukannya cair sangat. jom tengok resepinya:


KURMA DAGING
SOURCE: DARI DUNIA DAPURKU



BAHAN A
1/2 KG LEBIH DAGING - 620 GM DIPOTONG SEDERHANA SAIZ
3 BIJI UBI KENTANG  ( DIBELAH 4 )
3/4 CAWAN AIR ASAM JAWA (NAK BAGI MASAM LETAK BANYAK SIKIT ASAM JAWA )
4 ULAS BAWANG MERAH ( WANI GUNA BAWANG MERAH YG BESAR TU TAPI BUKAN BESAR SANGAT LA SEDERHANA BESAR JE )
3 ULAS BAWANG PUTIH 
1 INCI HALIA
1 3/4 SUDU BESAR REMPAH KURMA ( DICAMPUR DENGAN SEDIKIT AIR )

BAHAN B 
1 BATANG KULIT KAYU MANIS
2 KUNTUM BUNGA CENGKIH
2 BIJI BUAH PELAGA
2 KUNTUM BUNGA LAWANG

BAHAN C
NISAN/ GULA MELAKA - 1/2 KERET
11/4 CAWAN SANTAN
GARAM SECUKUP RASA

CARA-CARA
1. BAWANG MERAH, BAWANG PUTIH DAN HALIA DIKISAR HALUS. PANASKAN MINYAK DI DALAM PERIUK DAN MASUKKAN BAHAN B TUMIS HINGGA NAIK WANGI DAN SETERUSNYA MASUKKAN BAHAN-BAHAN KISAR BESERTA DENGAN REMPAH KURMA YANG TELAH DICAMPUR DENGAN SEDIKIT AIR. TUMIS SEHINGGA NAIK MINYAK ATAU NAMPAK BERSINAR TUMISAN TU.
2. APABILA BAHAN TUMIS SUDAH BERSINAR , TERUS MASUKKAN DAGING DAN GAUL SEBATI. TUTUP PERIUK DAN RENEHKAN SELAMA 5- 7 MINIT. DALAM TEMPOH TERSEBUT, KACAU SEKALI SEKALA. MASA NI LAH AIR DAGING TU TURUN. MASUKKAN JUGA GARAM SECUKUP RASA.
3. SELEPAS TEMPOH RENEH TERSEBUT, MASUKKAN AIR ASAM JAWA DAN UBI KENTANG. TUTUP SEKALI LAGI DAN RENEH LAGI DENGAN API SEDERHANA BESAR. MASA NI NAK TUNGGU PROSES DAGING EMPUK. RENEH LA DALAM 7- 10  MINIT.BUKA SEKALI SEKALA UNTUK KACAU..  SAMBIL TU BOLEH LETAK NISAN KE DALAM PERIUK.
4. BILA KUAH TU NAMPAK AGAK PEKAT SIKIT DAN DAGING PUN DAH  EMPUK, MASA NI KALAU TAK MASIN LAGI BOLEHLA TAMBAH KAN GARAM SEDIKIT ...BOLEHLA MASUKKAN SANTAN DAN KACAU SEKALI SEKALA DAN RENEH SEKALI LAGI UNTUK KUAH KURMA BETUL-BETUL PEKAT JIKA INGIN PEKATLAH.
5. SIAP MASAK DAN HIDANGKANLAH !!!!!!
           

NOTA:

1. part penting  nak tumis semua bahan kisar tu pastikan tumis betul-betul masak dan naik minyak dan bersinar lagi  kerana jika bahan tumisan tak dimasak dengan sempurna.. masakan tersebut boleh jadi cepat basi terutamanya masakan bergulai macam ni .. ini ibu wani yang selalu pesan hihi wani sentiasa ingat
2. penggunaan santan- kalau tengok kat resepi tu wani letak cuma 11/4 cawan santan je ... itu bergantung lah kalau nak kuah banyak sikit tambah la santan tu ... yang wani masak ni kuah memang akan jadi pekat .. sebab nak pekat. bila baru saja masak,, masih nampak banyak lagi kuah tu bila dia dah sejuk nampak surut sikit kuah tu. dan menyaluti daging. :)

3 Comments

  1. Assalamualaikum Wani,
    Bestnya kurma ayam, lama akak tak buat, cicah ngan roti pun sedap gak ni..

    ReplyDelete
  2. as-salam
    dah lama tak buat kurma ayam..terliur gk tgk ayam kurma ni..

    ReplyDelete
  3. Assalammualaikum Wani

    Lama tak singgah blog Wani.moga sihat ceria. lauk kurma daging ni antara menu utama kalau ada xtvt mkn2 di sini.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post