sudah lama mengidam nak makan sotong goreng ,,, cuma tak berkesempatan nak cari resepi sotong goreng yang terbaik di dunia hihi... sotong dah lama terperap dalam peti ...ingat dulu masa student U, kalau dah puas makan kat cafe kolej masing- masing ,, memang akan pergi... merempit dengan kawan pergi menjelajah ke cafe kolej-kolej lain. aih wani tak merempit ya .. kawan wani yang merempit .. wani tumpang membonceng je hihi... dah la jauh punya cafe nak cari memang world class sotong goreng tepung terdapat kat Kolej 9. nama je kolej 9 dulu tapi sekarang dah tukar nama.... . selalunya beratur panjang gara-gara nak ambil sotong goreng tepung ni hihi.. lebih-lebih lagi kalau yang baru selepas digoreng .. boleh la pilih yang mana sotong besar-besar .. hihi ketawa jahat... kalau yang dah lama digoreng tu, sotong memang berminyak sangat .. mungkin sebab goreng dalam kuantiti banyak lepas tu letak berlonggok-longgok macam tu .. mana la tak berminyak kan .. sebab itulah sedap ambil time panas - panas... ..boleh pilih-pilih hihi.....
teringat memori dulu .. jauh betul kafe kolej ni macam nak lintas benua .. ;p... tapi apapun janji dapat makan apa yang diidamkan.. sanggup beratur panjang-panjang pun tak apa.. :D.. oklah sekarang pun bermacam-macam versi sotong goreng tepung macam ni . terasa ingin mencuba kerana dia cakap rangup .. memang crispy time panas-panas tu..dan rasa macam gebu-gebu sikit .... enak dicicah dengan sos ... so, nak sediakan ini .. tengok-tengoklah stok sos cili la tu ya... sebab nak makan gitu je tak rasa apa.. walaupun dah letak garam ..tapi takkan nak letak banyak-banyak .tapi no worries .. memang tasty . terima kasih sebab sudi berkongsi ,, wani copy paste kat sini pulak.. besar gedabak punya sotong sebab potong besar-besar....
SOTONG GORENG TEPUNG RANGUP
Bahan-bahan:
Sotong - bersihkan kemudian Tos airnya sampai kering
1 cawan tepung **
2 sudu besar tepung jagung**
1/2 tsp baking soda**
sedikit garam**
2 biji bawang putih. ketuk dan cincang halus**
1 biji telur + lada Sulah - di pukul
Cara membuatnya:
- satukan bahan yang bertanda **
- Golek-golekkan sotong dalam tepung. kemudian celup dalam telur.
- Kemudian angkat dan golek2kan semula kedalam tepung tadi hingga menyaluti seluruh bahagian sotong.
- Goreng dalam minyak banyak. angkat bila kekuningan.
- jangan goreng terlalu lama. ini akan mengakibatkan sotong menjadi liat.
Assalammualaikum Wani
ReplyDeleteSedap sotong tpg ni mkn cicah sos. anak2 berebut...
re; kalau tak da yg bantu mmg pengsan nak buat semua...nanti tetamu sampai tuan rumah masih kelentang kelentung di dapur..hi..hi..
Post a Comment