ASSALAMUALAIKUM.......
Inilah dia daging kerutup yang biasa wani buat... selalunya tak letak kerisik...sebab wani masak sampai pekat sikit kuah dia tu .. tapi kalau letak kerisik rasa kuah tu lebih terserlah ... resepi ni sebenarnya belajar dari ibu.
Inilah dia daging kerutup yang biasa wani buat... selalunya tak letak kerisik...sebab wani masak sampai pekat sikit kuah dia tu .. tapi kalau letak kerisik rasa kuah tu lebih terserlah ... resepi ni sebenarnya belajar dari ibu.
lebih kurang sama dengan yang biasa wani buat...cuma tak letak kerisik. gula merah tu wani ganti dengan nisan. dan wani ada masukkan ubi kentang. daging kerutup ni sedap makan dengan nasi panas ... kalau cicah dengan roti lagi la sedap... wani lebih suka kalau kerutup ni esok pagi baru makan.. hihi.. lagi terasa kesedapannya tu sebab semua rempah-rempah masuk kat dalam daging tu .. betul kan..
Resepi Daging Kerutup Kelantan
Bahan - Bahan1 kg daging
1 biji kelapa [3 cawan santan]
3 s/b kerisik [1/2 biji kelapa digoreng dan kisar]
3 s/b rempah kerutub
2 s/b gula merah
1 inci kulit kayu manis
3 s/b minyak
1/2 cawan air asam jawa
garam
Bahan Mesin
15 tangkai cili kering
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia
3 cm lengkuas
Cara - Cara
1. Daging dipotong jangan terlalu kecil atau besar. Basuh dan toskan.
2. Bancuhkan bahan mesin dengan rempah kerutup.
3. Panaskan minyak dan tumiskan kulit kayu manis.
4. Masukkan bahan mesin yg telah dibancuhkan tadi. Kacau rata sehingga naik minyak dan wangi.
5. Masukkan daging dan kacau rata.
6. Masukkan santan, air asam jawa dan gula & garam.perlahan api.
7. Biarkan reneh sehingga pekat dan naik minyak semula.
8. Hidangkan dengan nasi dhall atau nasi minyak/tomato.
Nota:
1. ikut cara wani masak, untuk step nombor 6 ni tu biasa air asam jawa wani letak masa lepas masukkan daging yang dah digaul rata dengan bahan tumis tu, biar mendidih lama sikit hingga turun air daging tu dan masa tu juga nak tunggu proses daging empuk sebelum masukkan santan. masa masukkan air asam jawa tu juga masukkan terus garam. selepas daging empuk barulah masukkan santan.
2. kalau nak sedap lagi letaklah serai dititik lepas masukkan santan .. itu pun terpulang dan biasa wani letak kalau ada kat dapur ..
Wani
ReplyDeleteRahel datang pepagi naik basikal..nak ambik kerutub daging sikit untuk lunch nanti..boleh ek??
rahel: hihi adoi datang naik basikal nak ambil kerutup je jauhnya tu ,, nape la x naik flight je ;p.... dah habis licin dah ni hihihi
ReplyDeletesedapnyer kerutup daging.. cicah ngan roti arab kan. hehee
ReplyDeleteesok sabtu..bolehlah masak terutub ni..tengok tuan tanah punya, ngences jadinya..
ReplyDeletealahai wani akak dah pernah buatlah tag tu..tq yer sudi jemput
ReplyDeleteizah: hihi nanti nak kena buat roti arab la pulak ni ..
ReplyDeleteucu: hihi biasa2 je kejadiannya ni mana air tangan ucu lagi la berbaloi2 hasilnya..
kak ina: ohh ye ke x pe .. ok sama2 :))
Post a Comment