GARLIC FISH

ASSALAMUALAIKUM.............


Salam semua .. ni wani nak war-warkan yang MASTERCHEF MALAYSIA yang  sudah bermula semalam dengan menampilkan 40 peserta yang terhebat MASTERCHEF...mereka semua berentap dalam menguasai ilmu kulinari yang terbaik..  tapi semalam 4 orang dah eliminated ... dan malam ni pun 3 orang dah terkeluar ..... nak buat macam mana kan mereka dah buat yang terbaik .. tapi juri akan memilih peserta yang terbaik untuk ke top 24. semalam, pertama kali ditayangkan adalah episod ujian kemahiran di mana peserta telah memotong bawang . nampak biasa kan .. kita pun boleh potong hihi.. tapi nak potong pun ada caranya bukan main potong je .. tengok Chef Yahya buat demo,, kesat peluh dulu macam nak terpotong tangan je... adoi.... potong bawang jangan kasar - kasar dan potongan bawang mesti lah halus. susah tu ... peserta pun asyik "menangis" je. malam ni pun masih ujian kemahiran iaitu asing putih telur dan kuning telur ..tanpa sebarang kuning telur atau kulit telur ada dalam bekas mangkuk putih telur tu.. bukan senang tu dah la nak pecah kan telur dalam suhu bilik..kuning telur tu lembik kan . kalau wani nak asing telur ni .. wani memang guna telur yang disejukkan dalam peti terlebih dahulu... kalau buat macam ni rasa fail la kot hihi.. tapi ada di antara peserta dah nak hampir penuh satu mangkuk dah .. tiba-tiba datang Chef Johari kata buat yang lain ... putih telur yang ada dalam mangkuk tu dibuang terus  ke dalam tong sampah .. kalau tengok dah jadi pembaziran dah .. sampai mak wani tegur aih kenapa la dibuangnya telur tu ... Allah tak suka pembaziran ni ..kenapalah pihak astro tak ambil simpan ke telur putih tu ,,, . itulah yang dicakapnya huhu.. nak buat macam mana mak..... situasi dalam pertandingan.    10 peserta yang tak berjaya asing putih telur dan kuning  telur akan melalui ujian nak buat  meringue pulak .. bukan main-main guna mixer .. kena guna handwhisk ... wani pun tak pernah pukul putih telur guna handwhisk hihi guna mixer ada la . susah betul cara mereka nak pukul putih telur tu macam kekok pun ada.. sampai Chef Yahya buat demo cara nak pukul putih telur dengan betul .. kedudukan tangan masa nak pegang handwhisk dan pukul... ada cara  tertentu..untuk malam ni peserta yang tak berjaya akan melalui 2 cabaran.. pukul putih telur dan pressure test.. kalau yang semalam satu cabaran je. makin mencabar pulak tengok MASTERCHEF MALAYSIA. sampai tengok tadi memang tak berkelip-kelip pun mata sebab asyik tengok masa cabaran pressure test oleh Chef Zubir... memang penuh keasyikan ...


Panjangnya bebelan di atas tulah kalau dah pekena demam MASTERCHEF melanda  ni hihi .. in pun bukan calang - calang masterchef ... MASTERCHEF MALAYSIA tu.MASTERCHEF di tanah air sendiri  ..oklah dah la penat dah wani menaip nak share resepi pulak .. ya ini dia GARLIC FISH ...... wani ternampak masa kak nor buat hari tu .. disebabkan  resepi dia sebut GARLIC wani memang terus ambil copy and paste .. sebab wani suka bau- bauan bawang putih ...  nampak dalam gambar tu dah terlebih pun ada sebab wani  tambah daripada yang asal...wani guna ikan bawal .. ikan bawal lagikk.. asyik-asyk ikan bawal je sure sedap menjilat jari..  ...  tapi ikan memang wani tak celup tepung sebab family tak berapa suka... so goreng macam itulah....terima kasih kak nor dan juga dari rumah MasDuniaku kerana sudi berkongsi resepi yang sedap ni ....  thanks for sharing :))



GARLIC FISH
SOURCE 2: MasDuniaku

Bahan :
1 ekor ikan talapia
garam secukup rasa
sedikit lada putih
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
minyak secukupnya untuk menggoreng ikan
Cara memasak :

Talapia dibersihkan dan diperap dengan asam jawa @ jus limau nipis ( boleh letak daun dan batang kesum @ daun pisang yang diramas2 dalam rendaman keli tu sekali ) dan sedikit garam selama 5 minit untuk hilangkan hanyir, cuci bersih dan perapkan sekali lagi dalam 5 minit dan cuci kembali dan toskan.
Lumurkan talapia dengan garam dan serbuk lada putih hingga rata .
Satukan tepung gandum dan tepung jagung dan salutkan talapia dengan campuran tepung tadi.
Goreng talapia hingga garing dan masak.
Angkat dan toskan.
Letak dalam pinggan hidangan.

Bahan Sos :
1/4 cawan sos tiram Maggi
3 sudu besar sos plum
sedikit kiub ikan bilis
1 sudu kecil madu - tak letak pun tak pe
4 ulas bawang putih - cincang halus
cili padi - ikut pedas dicincang halus
1/2 biji bawang besar - potong bulat2
1 tangkai daun bawang - potong2
sedikit gula dan garam jika perlu
sedikit air panas
Cara memasak :

Tumis bawang putih dengan api perlahan hingga wangi dan masukkan bawang besar, cili padi, kacau sebati.
Masukkan sos tiram dan sos plum, kacau lagi, kemudian masukkan sedikit air panas , madu, sedikit gula dan kiub ikan bilis, kacau lagi.
Rasakan dan jika ok masukkan daun bawang, kacau sebentar dan tuang sos atas talapia tadi.
Sedia dihidang...



6 Comments

  1. salam wani.. k.nor pun tengok smlm dan kata benda yg sama cam mak wani.. sayangnya telur yg dibuang sampai bermangkuk2 gitu.. apa salahnya bg jer mangkuk baru ke atau letak semua putih telur yg dah tak diterima tu dlm bekas lain.. membazir betul la kan..

    sedap garlic fish resipi mas ni kan wani :)

    ReplyDelete
  2. Salam Wani..akak pun suka garlik fish..sedap..lagi2 klu ikan bawal..memang ngam betul masak garlik..huhuhu..

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum wani...
    nampak listblog wani kat bloglist rahel.. terus klik.. ooo kat sini ade kesah selebriti chef ye.. adoiiii nape diorang buang telur putih tu kan.. bape banyak dah bazir.. kalau nak wat marigue tu pun nak guna telur putih gak.. lepas tu telur kuning buang.. mmmm.. kalau simpan kan leh guna utk wat dua2 benda.. kan kan..

    hmmm ape pun sedapppnye ikan tu.. lagi wangi la guna bawang putih.. elok nak buang angin tu... kan

    ReplyDelete
  4. nani tak beli mixer lagi. sebelum ni kalau buat meringue memang pakai hand whisk...10-15 minit memukul. rasa macam nak tercabut je tangan ni. hihih

    terliurnye tengok ikan ni...makan ratah pon sodap...

    ReplyDelete
  5. Aslmkum Wani...

    bila baca kisah Wani tulis ttg masterchef Msia...alahai ruginya tak dpt tengok. sama mcm masterchef Australia...buat meringue guna handwhisk tp tu peringkat penyingkiran...yg lambat tersingkir.
    sedap nampak hidangan ikan wani...pedas2 manis...
    re;Wani, ttg kerepek coklat tu...adunannya tak lembik sgt...lebih kurang mcm adunan karipap...bila gulung boleh potong tp kena pegang adunan kemas2 utk mudahkan potong.

    ReplyDelete
  6. kak nor : aa tu la kan . ramai orang kata mcm tu membazir je .... klo tak sedekah la kat orang lain hihi.. thanks kak nor ya .. resepi ni memang sedap.

    kak rahel: ikan bawal memang masuk betul .. kalo guna ikan lin pun rasa masuk jugak la kan..

    kak jassnani: hihi kalo dah masterchef melanda mcm tu lah tak berkelip-kelip mata dok depan tengok .. sebab mcm kita je yang tengah masak hih... teruja tengok peserta...

    nani: wah nani hebat tu guna handwhisk .. nanti kak wani nak practice guna hand whisk cam mana

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post