KERABU PUCUK PAKU

ASSALAMUALAIKUM semua .......


sebelum nak mulakan apa - apa coretan pasal resepi yang nak dikongsi .. wani nak tanya dulu ada sesiapa yang lain tak boleh nak komen kat blog wani ke ... wani dapat tahu yang salah seorang rakan blogger wani iaitu kak wattie ,, dia cakap dia tak boleh nak komen kat blog wani ni haaaa.. kenapa la pulak .. ai wani takut somebody hacked this blog .. runsing wani dibuatnya ... kak wattie ,, wani pun tak tahu macam mana boleh jadi macam ni ... runsing wani sebab sebelum ni wani ada pernah dengar seorang blogger masakan ..terpaksa create blog lain sebab blog dia yang dulu tak boleh nak masuk dah ... kasihan pulak .. blog yang dulu terbiar macam tu aje ... banyak juga  koleksi resepi-resepi kat sana ... ya la kan ... dah lama kita himpun resepi-resepi kat blog kita,  kalau tiba-tiba buat hal la pulak macam tu ..rasa usaha tu dah sia-sia pulak huhu...

oklah, ini pun kes gambar yang terperap dalam folder,,, lepas pandang-pandang satu-satu ternampak resepi ni belum pos lagi kat blog ... kerabu pucuk paku yang biasa wani buat ... wani, kalau dapat pucuk paku .. memang jawapan dia buat kerabu la .. memang dah lama sangat tak makan kerabu .. ini pun pucuk paku yang orang bagi .. rezeki hari tu ..kerabu ni elok makan terus sebab dia letak santan kan .. tak boleh nak simpan lama-lama.. kalau nak simpan boleh , simpan sekejap je dalam peti ... .. jom ya semak resepinya .... ini resepi wani sendiri, biasa-biasa ibu buat macam ni lah letak santan.. kalau tambah lagi budu .. lagi kick hihi.. orang kelate tak lari dengan budu doh !!!!! :D



KERABU PUCUK PAKU

BAHAN-BAHAN
1 ikat pucuk paku ..
2 ekor ikan lolong dibakar ( nak guna ikan lain pun tak apa.. wani guna 2 ekor je , sebenarnya lagi banyak isi ikan ni lagi sedap tapi tengok kepada sukatan bahan tu ya )
4 ulas bawang merah
6 biji lada hitam kalau nak lebihkan pun tak apa..
3 sudu besar kerisik ditumbuk halus
garam dan gula secukup rasa
santan secukupnya

CARA- CARA
1. pucuk paku dihiris serong-serong buang batang nya yang keras ,dicelur hingga lembut dan ditoskan.
2. ikan diambil isinya dan ditumbuk halus .. ketepikan.
3. bawang merah ditumbuk bersama - sama dengan lada hitam .. ketepikan. .
4. kerisik ditumbuk halus ..ketepikan ..
5. sediakan mangkuk besar letak pucuk paku yang telah ditoskan tadi dan masukkan isi ikan , bawang merah yang telah ditumbuk bersama lada hitam dan juga kerisik .. gaul-gaul hingga sebati ..
6. masukkan garam dan gula .. secukup rasa...gaul rata dan  lepas tu boleh masukkan santan .. santan tak guna banyak sangat .. nak bagi kerabu tu lembap sikit.. sebab susah wani nak bagi sukatan ...ya tengok dalam gambar kat atas ,,
7. gaulkan sehingga sebati dan HIDANGKAN !

5 Comments

  1. Assalam Wani,
    Amie pernah makan kerabu begini semasa berterawih di surau sekolah kami, yang buatnya kawan dari Kelantan, sedap sangat sampai kami pakat2 minta resepi daripadanya...
    ikan lolong tu ada nama lain tak...ikan apa ye Wani., ikan kembung ke atau ikan selayang?

    ReplyDelete
  2. salam wani....bestnya kerabu pucuk paku ni, lbh kurang resepi arwah ma Liza...dah lama tak buat...

    ReplyDelete
  3. Salam tuan rumah..nampak sedap n menggiurkan kerabu tu..dah lama tak merasa pucuk paku..rindu..

    ReplyDelete
  4. Salam wani..baru sekejap tadi dalam kul 7 ada 1001 rasa Baba's kat TV1..dia pun buat kerabu pucuk paku campur daging..kak mieza ingat nak cuba esok..tgk2 kerabu tu dah ada kat umah wani..kira kak mieza kenen kat sini je la ye..heheh

    ReplyDelete
  5. kak amie : ikan lolong tu ikan yang mata besar tu ..cuba kak amie search kat google ... ada orang kata nama lain, ikan uji rashid hihi sebab mata nya besar ... terima kasih kak amie .. kalo dah kat sedap tu memang sedaplah :)

    liza: oh ye ke ... memang sedap cubalah buat akan timbullah kenangan balik...

    rahel : kat sabah tu kan banyak sayur -mayur .... cuba la resepi pucuk paku ni hihi

    kak mieza: ohh kak mieza kalu dah berkenen kat sini .. cepat2 la buat .. nanti ternampak resepi pucuk paku lain ... terkenen yg lain pulak hihi...

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post