HALIA MADU PANAS

ASSALAMUALAIKUM.......


salam semua dan  selamat pagi .. sejak update resepi mini bread pudding pepagi buta satu malam yang lepas, ni baru nak jenguk dapur maya ni .. nak gi jalan-jalan sekejap kat dapur kawan-kawan pun tak sempat ... hari ni ada masa sikit .. .lepas postkan menu ni nak pergi tengok dapur- dapur orang sekejap .. nak jengah dah berasap ke belum.. ;D..biasa minum air herba kan ... ini pun salah satu ni wani minum ... ingat nak jadikan amalan nak minum air ni ...  air halia madu ni memang bagus untuk buang angin... .. wani memang ada masalah angin dalam perut .... makanan pun nak makan ada berpantang jugak... tak boleh nak minum teh susu,, kalau tidak perut meragam ....sayur-sayur sejuk  seperti terung, labu, kacang panjang dan  segala jenis sayur yang orang kelantan kata "bok-bok" wani tak boleh makan .. macam terung tu la cuba ketuk-ketukkan ia kan macam ada bunyi kat dalam tu .. macam tu lah perut bila ada angin.. buat masa sekarang ni masih buat rawatan urut la dari semasa ke semasa ..bila rasa perut tak sedap ..macam-macam la sakit kepala datang ...  cepat-cepatlah nak pergi jumpa tukang urut... tapi tukang urut tu kata wani pelik tak macam orang lain ... kalau orang lain bila "medu angin" ni datang,,,, nak berjalan pun tak larat,,, sampai terketar-ketar pun ada ,, tapi wani ni tidak ....alhamdulillah...walau apapun kena buat jugak rawatan .. walaupun perut ni tak boleh nak detect ada angin ke tidak ...   emmm  sabar la dengan ujian Allah berikan ... hambamu ni tabah... oklah ya mari tengok resepi yang wani ambil dari rumah juicy cafe .. terima kasih ..


HALIA MADU PANAS
SOURCE: JUICY CAFE

Bhn2..
100 gm halia - buang kulit - cuci - potong kecil ( wani buat 50 gm je itupun rasa dah macam 4 orang nak minum )
2 cwn air ( wani guna 1 cawan air )
3 sdb madu 

Cara2nya..
1. Kisarkan halia yg telah dpotong kecil bersama air.
2. Tapiskan dan ambil air halia.
3. Masak atas api hingga air halia mendidih.
4. Tuangkan sedkt air halia dan ambil 2 sudu besar madu dan tambahkan air panas, kacau biar siap utk diminum panas2.


11 Comments

  1. wahhhh..kita nak cuba la wani..nak buang angin..hehehe

    ReplyDelete
  2. Assalammualaikum...wani sihat? akak biasa minum yg peket punya tu, malas nak numbuk2 ni..

    ReplyDelete
  3. rasanya bole minum ni sebab dah dicampurkan dengan madu...bole cuba nanti

    ReplyDelete
  4. Assalam Wani,
    sedap sebenarnya halia madu panas tu... masa kecik2 dulu selalu Kak Amie buatkan untuk ayah, tapi sekarang ni tak larat nak buat, simpan stok teh halia madu je... kalau nak minum, terus koyak paket masukkan dalam air panas, adalah rasa halia dan madu sikit2... rajin sungguh Wani sediakan ye...syabas!

    ReplyDelete
  5. Wani,klu tengah demam minum halia madu memang cepat baek punya,gue suka ni.

    ReplyDelete
  6. Salam Kak Wani..he he ni kalau minum pepagi sebelum gi kerja, mesti tak senang duduk kat opis...

    ReplyDelete
  7. assalam wani..
    teh halia ni bagus untuk buang angin..especially lepas urut badan ...ada yang terlepas dengan angin2 sekali..hehe..thnks dear for the wishes tu ya..

    ReplyDelete
  8. huhuh.....tak penah try pulak buat mcm ni...mesti rasa panas2 je badan lepas minum ni

    ReplyDelete
  9. ooo..kene rebus air halia tu...simpan dlm peti sejuk boleh tak? tak larat..

    ReplyDelete
  10. ooo..kene rebus air halia tu...simpan dlm peti sejuk boleh tak? tak larat..

    ReplyDelete
  11. sejuk pun x pe sedap sikit

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post