SAMBAL KERING IKAN REBUS NENDA

ASSALAMUALAIKUM..............


Sambal kering ikan rebus ni dah biasa goreng jika ada lebihan ikan rebus ..selalunya ibu wani ni dia suka makan nasi dengan ikan rebus pun masuk selera …. Bila dia rebus ikan tu banyak sangat lama-lama bila kita asyik panaskan selalu … ikan rebus tu isi dia jadi pejal dan ada masam-masam la … jadi wani buatkan sambal kering ikan rebus ni best makan dengan nasi panas-panas …. Arwah nenek selalu buat sambal ikan macam ni … ibu wani ni dia banyak belajar masakan dari arwah nenek masa tinggal satu bumbung bersama mak mertua …. Maka diperturunkan resepi untuk menantu la pulak… resepi ni simple sangat tapi sedap makan dengan nasi panas… wani akan letakkan resepi kat sini pulak…. Nak buat sambal macam ni , ikan tu mesti direbuskan terlebih dahulu dengan garam dan asam keping,,,  kalau boleh biar lama sikit ,maksud sini biar lama bila kita asyik panaskan selalu ikan tu ,  biar isi ikan tu jadi pejal baru sedap
 SAMBAL KERING IKAN REBUS NENDA
SOURCE:  wani@galeriduniaku
BAHAN-BAHAN
8-10 ekor ikan yang telah direbus tak kisah ikan apa pun
1 lada merah
1 lada hijau
3 cili api
3-4 ulas bawang merah
Gula
Sedikit minyak untuk tumis 
CARA- CARA
1.      ikan tadi digoreng sehingga garing dan ambil isi nya sahaja
2.      lada merah, lada hijau, bawang merah, cili api dihiris
3.      panaskan minyak dalam kuali dan masukkan  kesemua bahan yang telah dihiris tadi
4.      bila dah naik bau dan nampak layu sikit, masukkan isi ikan goreng tadi dan ketuk-ketuk je dengan sudip tu nak bagi ikan tu hancur  sambil kacau –kacau..
5.      bila dah nampak hancur isi ikan tu , masukkan gula secukup rasa ,, garam tak payah dah sebab ikan tu dah ada masinnya.. kacau lagi sebati ..ikut suka nak bagi garing setakat mana.tutup api.. SIAP!!!!!!
 
 
NOTA
Kesemua bahan-bahan tersebut boleh diadjust ikut kesesuaian.. resepi ni simple sangat .. tapi best tau..
 

3 Comments

  1. Salam Wani :)
    tak pernah mkn apa lagi msk ikan rebus sambal kering..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam mama .. ye ke ..mama ,,wani pun x pernah tengok orang masak ni ... tapi ini dr resepi arwah nenen la

      Delete
  2. Wani,menarik la resepi u ni...tentu sedap sangat..

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post