Salam semua, kuih loyang ini adalah kuih tradisional yang digoreng dengan menggunakan acuan khas.
Apa lagi orang panggil kuih ni selain kuih loyang adalah kuih ros ataupun kuih sarang tebuan.
Ke ada orang panggil kuih goyang ke biasa kalau kat Kelantan popular dengan nama kuih sarang tebuan.
Tak pernah dengar orang panggil kuih loyang. Ini kali kedua buat kuih loyang ni. Kali pertama buat guna santan dan gula je.
Yang versi kedua ni campur macam-macam rempah. Taklah too sweet sangat. Bau rempah-rempah sikit.
Dah lama nak rasmi acuan kuih loyang yang mak beli masa singgah kat pasar payang, Terengganu sejak tahun lepas lagi.
Kalau buat kuih loyang ni teringat dekat arwah nenek. Selalu setiap tahun masa nak raya memang dia selalu buat kuih loyang ni bagi dekat cucu-cucu.
Lepas tu kirim balik kat kampung mak satu lagi.
Masa zaman budak, selalu tengok arwah nenek goreng kuih loyang dekat dapur kayu luar rumah.
Zaman sekarang susah dah nak tengok dapur kayu.
Bukan senang rupanya ya asyik berdiri tepi dapur.
Berbalik kepada resepi ini kuih loyang ni memang rangup ada bau rempah tak ada manis-manis sangat. Boleh buat snack sambil-sambil tengok TV tapi apa yang penting untuk adunan
Tak boleh nak cair sangat atau pekat sangat. Kena sedang-sedang elok. Kuih loyang memang sambil letak dalam minyak tu sambil kena goyang.
Tapi sekiranya bila tengah goreng rasa macam kuih tak nak lekang dari acuannya.
Ambil lidi cucuk sikit-sikit kat tepi-tepi acuan tu sampai dia lekang sikit. Bila dia dah nampak nak lekang tu goyang-goyang sikit, nanti dia akan tertanggal dari acuan.
Untuk santan tu tak habiskan semua. Boleh 2 kali goreng bila letak dalam minyak. Nak ambil celup banyak kali takut acuan tu tak sempat panas .
Resepi Kuih Loyang Pedas Atau Kuih Ros Rangup Sukatan Cawan
3 1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan cili kisar (boleh lebihkan jika suka)
2 cawan santan (1 kotak santan + air )
2 biji telur
1 sudu besar jintan manis * ( guna serbuk jintan manis )
1 sudu besar jintan putih * ( guna serbuk jintan putih )
8 ulas bawang putih *
2 sudu besar udang kering *
1 sudu besar gula & garam secukup rasa
Cara-Cara :
1. Tumbuk bahan bertanda * hingga lumat
2. Satukan semua bahan dan kacau sebati (santan jangan masuk semua takut tercair )
3. Panaskan minyak rendam acuan kuih loyang ke dalam sehingga panas
4. Bila dah panas, celupkan acuan ke dalam adunan hingga paras ketinggian ( jangan celup hingga habis)
5. Celup beberapa saat kemudian goyangkan perlahan hingga kuih tanggal dari acuan
6. Biar acuan terendam ke dalam minyak beberapa ketika barulah ulangi langkah seterusnya
Tips Untuk Menghasilkan Kuih Loyang Yang Sempurna
Nak buat kuih loyang ni ada tips ya, bukan main goreng je. Sebab kuih ni guna acuan kena celup dalam minyak ni memang kena hati - hati sikit.
2. Sediakan 2 kuali/periuk. Satu kuali dengan minyak gorengan , satu periuk dengan sedikit minyak untuk rendam acuan.
3. Pastikan celup dulu acuan kuih loyang ke dalam minyak yang panas dalam periuk sebelum dicelup dalam adunan kuih ros.
Ini bagi hasilkan bentuk yang cantik dan mudahkan kuih dikeluarkan daripada acuan.
4. Lepas kuih loyang dah tercabut dari acuan, rendam semula 1-2 minit dalam periuk kecil bagi panaskan acuan tersebut.
4. Lepas kuih loyang dah tercabut dari acuan, rendam semula 1-2 minit dalam periuk kecil bagi panaskan acuan tersebut.
pandai wani buat kuih loyang ni, akak mmg fail kuih2 cmni..tp makan mmg laju...hihihhihi
ReplyDeleteSalam Wani...pandainya awak buat kuih loyang tu..Rahel sendiri tak pernak buat lagi..selalu beli je.
ReplyDeletekuih ni kalo makan, ralit betol...sedar2 aje tinggal habuk2 yang dh pecah tu...kalo nani makan ni, mesti nk cabut sekeping2 kelopak dia tu..hehhe
ReplyDeletepandainya dia buat kuih ni..kita beli acu je..kekeke..rasmi belum lagik..hehehe
ReplyDeleteAssalamualaikum Wani,
ReplyDeleteKuih goyang mmg fav akak sejak kecil. Dulu bila dekat2 nak raya, arwah ibu selalu sediakan, akak pun tumpang sebok sekaki jugak....heheh
Hari ni try test letak komen, harap2 berhasil sbb akak tukar Firefox....
wassalam kak watie .. alhamdulillah dah berkurun tunggu komen kat entry ni .. hihi ... terhasil la jugak ya ,,,, hihi nostalgia sungguh sal kuih loyang ni ya ..
DeleteWaniiii.......finally....alhamdulillah
ReplyDeletesalam wani..wow menarik resepi ni...x pernah makan kuih loyang savoury... agak2 rasanya lebih kurang kuih gunting ke... nampak sedap.. klo dekat dah wat muke x malu mintak setupperware..ehehe
ReplyDeletesalam sha.. memang menarik resepi ni rasa savory sikit ... kuih gunting tu rasa pernah makan ... tapi dah lama x makan tak ingat rasa dah hihi.. meh la nak bagi 10 tupperware x pe lagi ... tapi jauh sangat nak baginya ..
Deletepenahb buat dulu asyik melekat je.. fedup dah
ReplyDeleteAssalamualaikum, sheila suka sangat kuih loyang ni!
ReplyDeletesheila nak minta izin amik resepi wani ye. tq. sila singgah blog sheila kalau free :)
Post a Comment