FUSILLI GORENG TOM YAM

ASSALAMUALAIKUM.........


langit berarak kelabu tatkala menulis blog tika ini..menandakan bila-bila masa sahaja menunggu titis-titis air gugur dari langit... cepatlah hujan turun... tidak sabar menunggu melihat rahmat Allah yang tidak terhingga ini.. alahai  jari -jemari ni terasa terlalu malas nak menaip tapi ku gagahi jua .... jom kita tengok resepi ini... sebenarnya resepi asal guna angel hair tapi wani ganti dengan fusilli sebab nak perhabis stok ... tak pernah wani bayang boleh benda macam ni  digoreng dengan tom yam... hihi ... tapi rupanya sedap..... cuma kat situ wani letak sayur mayur sikit ....udang besor2 tu wani kerat kecik-kecik...  ciput je nampak sebab buat makan sorang .... terima kasih sudi berkongsi resepi ini :))

FUSILLI  GORENG TOM YAM 

 


Bahan - Bahan
200 gram spaghetti angel hair, rebus hingga lembut, gaul dengan minyak zaitun ( wani guna fusilli )
1 genggam, udang kecik, cuci dan toskan
1 1/2 camca besar pes tomyam (
kak rose guna 1 kiub maggi tomyam)
1 biji bawang besar, cincang halus
2 ulas bawang putih cincang halus
1 biji tomato, cincang halus (
kak rose guna 6 biji cherry tomato )
2 helai daun limau purut
8 biji cili padi, cincang halus
Sos ikan secukup rasa
Sedikit gula
Hirisan daun bawang untuk hiasan (
x de, gantikan dengan daun sup)
Hirisan cili padi untuk hiasan
Belahan limau kasturi untuk hiasan
Minyak zaitun untuk menumis

 

 

Cara - Cara 
1. Panaskan minyak zaitun, tumis bawang putih, bawang merah dan tomato hingga layu dan tomato lembut. Masukkan cili padi cincang dan pes tomyam, kacau rata dan masak hingga rempah garing.
2. Masukkan udang dan sedikit air. Bila udang berubah warna, masukkan spaghetti, gaul rata dan tambah sos ikan secukup rasa dan secubit gula. Gaul hingga mesra. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api.
3. Hidang dengan menabur hirisan daun bawang dan cili padi. Perah jus limau kasturi sebelum dimakan, jika suka.

11 Comments

  1. Assalamualaikum Wani,
    macam-macam style masakan sekarang ni ye...banyak idea kreatif boleh dikongsi. Sedap tu kalau fusili goreng tom yam, wangi je baunya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam kak amie.. itulah kan ... banyak betol idea kalao kena dgn bahan tu x apa .. takot x kena dgn bahan x sesuai dgn rasa pulak makan hihi

      Delete
  2. semua bahan2 ni nani ada di rumah...tapi nak kene tengok kerajinan dulu di tahap mana. dahla esok ada report nk kene hantar. mlm ni boleh pulak berlenggang kangkung BW dapur org. hihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi x pe nani slow2.. ..lagipun senang je tapi kena rajin main potong bahan la ya ... haha utamakan kerja dulu yo... kalo dok main BW ni tak habis2 heheh...

      Delete
  3. Salam ziarah... I love pasta... masaklah apa pun suka benauuu.... :))

    ReplyDelete
  4. sedapnya..boleh guna angle hair jugak ye...sukanya rasa2 tomyam ni...tapi paste lak yillek..malasnya nak kekedai..huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh guna rasa tak kisah pon apa jenis pasta pon blh .... hihi x pe kena ada mood kerajinan datang baru blh pergi kedai kiki

      Delete
  5. Salam Wani,
    Waaaa ada fusili lak kat sini, ni yang tak leh tahan ni....mai la ajak akak makan sekali......

    ReplyDelete
    Replies
    1. WAssalam kak wattie ... alamak .. bukan setakat dah masuk dlm perot tapi dah habis jadi baja dah ni ki3..x pe la nanti wani ajak lain kali mkan 2gether2 ya.. ;p

      Delete
  6. pagi2 jenguk dapur wanie terus macam nk buat jer petang ni...

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post