ASSALAMUALAKUM.....
kari ini sangat sedap ..sebelum ni memang pernah masak kari tapi tak pernah la masukkan diced tomato selepas tumis naik bau tu.... wani potong ayam dalam ketulan kecil-kecil sebab buat kari ni nak buat cicah dengan roti canai segera hihi segera je dah lama dah roti canai tu dok bertapa dalam fridge .. tu ada semangat nak buat kari ayam ni ... mak wani dah cakap sedap... siap kata kalau ada roti jala kan best .. huhu tak ada masa la mak nak buat roti jala... nanti lain kali kita buat ya ... resepi ni wani ambil kat dapur kak izah... minta mohon share kat sini pulak ya ..TERIMA KASIH buat semua yang berkongsi :))
KARI AYAM TOMATO

RECIPE : E-Na
SOURCE: Mas
SOURCE: IZAH MUFFIN LOVER
Bahan :
6 Ketul ayam
2 biji tomato
200ml santan pekat
400ml air
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 1/2 sudu besar rempah kari ayam dan daging Adabi (di bancuh dgn air)
1 sk serbuk cili giling (optional) wani letak
1 biji kentang (di belah 4) wani cincang dadu
1 kuntum bunga lawang
1 inci kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
2 kuntum bunga cengkih
sedikit gula
garam dan perasa.
Cara membuatnya :
Sebiji tomato di potong dadu kecil dan sebiji lagi di belah 4.
Bawang merah, bawang putih dan halia di blend/ tumbuk sehingga hancur.
Tumis bawang dan rempah 4 sekawan (kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih) sehingga naik bau / kekuningan.
Masukkan serbuk cili yg di bancuh dgn sedikit air dan kacau sehingga garing.
Kemudian masukkan rempah kari dan kacau sehingga naik minyak.
Masukkan sebiji tomato yg dipotong dadu. Kacau sehingga hancur.
Masukkan ayam dan kacau sekejap.
Masukkan air dan biarkan mendidih sehingga ayam empuk.
Kemudian masukkan santan dan ubi kentang.
Perasakan gula dan garam
Bila kentang telah masak masukkan tomato yang di belah 4.
Biarkan mendidih sebentar dan angkat. Selamat mencuba!
TIPS : Untuk mendapatkan kari yang merah cantik berminyak:
Semasa menumis pastikan rempah kari dan serbuk cili betul2 masak,wangi, garing (jangan sampai hangit) barulah dimasukkan tomato.
NOTE: wani masukkan belahan tomato lepas tutup api kacau sikit hingga masuk dalam kuah tu .. tak nak tomato tu terlalu masak ..
wani ada masukkan sedikit air asam jawa ..
dapat cicah dengan roti canai dan roti jala memang sedap wani...
ReplyDeleteAssalamualaikum Wani,
ReplyDeletelama kita tak masak kari, sedap masakan kari kan...
nak pula masa perut lapar, berpinggan-pinggan nasilah jawabnya masuk perut!
akak mmg kalau buat roti jala dengan kari ni la slalu nyer. mmg mabeles kan kari ni.. kira sapa2 baru nak belajo mengkari tu boleh la try resepi ni. ;-)
ReplyDeleteWani...sama la macam k.amie, lama dah x mengkari...kalau mengkari esoknya wajib buat roti canai kalau rajin,kalau malas, lempeng pun sodap!!! heehee
ReplyDeletetun pun nmpk kari ayam ni terbayang2 roti jala. mmg kuah wajib bila menjala.
ReplyDeleteWaa..menyelerakan betulll..wajib cuba ni.
ReplyDeletedah terbayang pulak kalo makan ngan roti jala...(eh? apsal ayat same ngn kak tun ni?)...
ReplyDeletewani,,kalau letak tomato puree pun sedap jugak wani..baru2 ni kita buat..hehehhe..sedapnya..kita memang suka kari..:)
ReplyDeletePost a Comment