KARI SARDIN

ASSALAMUALAIKUM........


salam hari khamis semua  ..dah hari khamis pun detik demi detik sekejap sungguh masa berlalu .... wani ada terbaca dalam majalah ada syair pepatah arab mengatakan " jika hendak berbuat baik, sangatlah mudah... cuma maniskan wajah, lembutkan lidah "..jadi apa ya maka lembutkanlah lidah kita ya ..maksud di sini lembutkan lidah kita bila bercakap... sebabnya ialah raut wajah dan mainan kata-kata lidah itu memainkan peranan besar mencetuskan gelombang untuk mengekalkan suasana baik dalam pergaulan ataupun mengubahnya.. tapi kat dunia maya ni .. penulisan kita tu menjadi ukuran sejauh manakah tahap perangai orang  itu.. ini tak .dalam penulisan suka menghamburkan kata-kata kesat ..buat fitnah .. walaupun tidak dari lidah kita .. tapi itu dari hati kita .... maka sucikanlah hati kita terlebih dahulu,.... jagalah hati ....oklah cukuplah tazkirah hari ini..

jom kita berbalik kepada resepi yang nak wani kongsikan iaitu kari sardin..macam-macam cara orang buat guna ikan sardin ni... ... kari sardin ni special sikit sebab letak serbuk kari ikan ..memang sedap sangat !!!... confirm bertambah nasi makan !!!... wani ada buat olahan sikit..sikit je sebab wani masukkan sos ikan sardin ..dalam resepi,,, beliau tak cakap ..so don' t waste your food ya ..Allah marah :)) so kita guna sos itu .. tak ada lah beza sangat ..lagi sedap adalah !!! baca note kat bawah resepi tu .... TERIMA KASIH SUDI BERKONGSI :))



KARI SARDIN

Bahan-bahan:
1 tin ikan sardin - toskan sosnya ( wani guna 1 tin 425 gm tu hihi siap timbang lagi ya )
2 tangkai daun kari ( 1 tangkai pun tak sampai )
3 biji ubi kentang - dipotong 4 atau 6 ( wani guna 1 biji je )
2 biji buah tomato - dibelah 4 atau 6 ( wani guna 1 biji tomato )
5 biji cili padi hijau ( wani ketuk )
2 sudu besar asam jawa diramas dengan 1 cawan air
1 sudu kecil tumis ikan ( tak letak )
garam dan gula secukup rasa

bahan2 kisar:
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
4 sudu besar rempah kari ikan ( wani letak 11/2 sudu besar je nampak macam banyak sangat 4 sudu besar ..nanti terlebih bau kari pulak )

cara:
  • panaskan minyak di dalam periuk
  • tumiskan bahan2 kisar dan tumis ikan sehingga wangi
  • masukkan daun kari dan kacaukan rata
  • kemudian masukkan ubi kentang dan gaulkan sebati
  • masukkan pula air asam jawa dan kacaukan rata
  • masaklah sehingga ubi kentang lembut
  • selepas itu barulah dimasukkan ikan sardin dan kacaukan perlahan2 supaya ikan tidak pecah/terburai
  • akhir sekali masukkan buah tomato, cili padi, garam dan gula secukup rasa
  • kacaukan rata
  • padamkan api dan sedia dihidangkan bersama2 dengan nasi putih
NOTE:
- sos ikan sardin dimasukkan sekali selepas air asam jawa dan air diletakkan ..
- wani ada letak sedikit air tak nak bagi pekat ..lagipun nak ada kuah sikit ..kacau sebati and then terus masukkan cili padi diketuk ...  kacau sekejap then masuklah ikan sardin tu .. serve right away with hot rice ... sedap tau  ^^

8 Comments

  1. salam kak wani.. kalau ada lebih, esok dpt cicah ngan lempeng. dpt lempeng kelapa lagi sedap nih!

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam tun ... hihi tu la cicah lempeng ni pun sedap

      Delete
  2. asslm Kak Wani...wah bestnya kt sini ade kari sardin...jom Qh nak tumpang mkn kat sini bleh...tp nk cicah dgn lempeng...hihih...demand la pulak kan..

    ReplyDelete
  3. Salam Kak Wani..sedap plak nampaknya kari sardine ni..selalu main tumis pedassss je sesekali cuba kelainan Ok gak ni...

    ReplyDelete
  4. Kalau ada roti arab atau roti jala memang mantap betul..sedap wo..

    ReplyDelete
  5. hadoi...agak2 makan dengan roti jala pon boleh masuk je kan? sardin ade je...tukang nak buatnya tak berapa nak ada..huhuh

    ReplyDelete
  6. QH ;;wassalam QH ...sila..sila.. jemput..jemput ramainya orang nak cicah dengan lempeng ni awat pulak ...

    sue: salam sue ... sebelum ni selalu buat tumis pedas jugak , bila terjumpa resepi ni tengok nampak best je

    rahel ..: ish jangan sebut roti jala nanti dok terbayang2 huhu

    nani: masuk je nani dgn roti jala tu ... hihi ... masak je nani sardin tu buat cara ni pulak ... ;p

    ReplyDelete
  7. wani..kita pun kalau malas2 suka masak kari sardin...lagi pun kalau ada lebih boleh buat cicah ngan jemput2..heheheh

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post