YOGURT CHIFFON CAKE

ASSALAMUALAIKUM ........


entry lepas wani bercerita pasal kek karamel untuk hari jadi bonda wani, entry kali ni pun wani nak bercerita pasal kek lagi.. iaitu yogurt chiffon cake..kebetulan nak buat kek chiffon ni sebab wani ada terbeli plain yogurt memang hajat nak buat benda lain memandangkan sikit je nak guna , wani terfikir nak buat apa lagi dengan yogurt ni .. bila terfikir nak buat kek chiffon guna yogurt ni ,wani terus google, ternampak la kek chiffon yogurt rumah kak nor@ secubit garam  tapi kak nor buat dia guna blueberry yogurt .wani guna ikut resepi asal plain yogurt .cari punya cari resepi nasib baik la masih ingat kat mana.. sebab kadang-kadang wani online sekejap guna lappy sekejap guna PC..so folder untuk simpan resepi tu jadi ada 2 part ..ada simpan di lappy ada simpan kat PC.. ai susah la sikit huhu nasib baik ingat kat mana link yang diambil tu... jadi resepi ni wani ambil dari rumah kak nor dan link resepi asal dari rumah kak yani .. terima kasih untuk kedua-duanya yang berkongsi.



 wani suka buat kek chiffon ni sebab adunan untuk bahan kuning telur, gula, minyak, jus lemon, yogurt semua tu hanya kacau sebati je tak payah nak pukul lebih- lebih .. semua proses kek chiffon macam tu .. setakat pengalaman wani buat kek chiffon la.cuma putih telur tu kena pukul biar kental dan kaku.. kek chiffon ni sangat lembuuuuuutttttt ..moist je kat dalam. mungkin guna yogurt ni menjadikan tekstur kek sangat lembut .. tapi hati-hati  lepas je masak kek ni terus telangkupkan bagi mengelakkan tekstur kek jadi turun .. nanti dia jadi penyet la ya kalau tak buat terus. wani cuba nak sisipkan elok-elok tapi bila keluar jadi macam tu la kejadiannya.. sebab tak ada spatula khas.kek chiffon ni yang lembut sangat sampai nak potong pun macam dah kena gergaji kayu hihi.. kena slow-slow, belakang depan, belakang depan .. lain kali boleh mencuba dengan yogurt pelbagai rasa lak.. resepi kat bawah .. selamat mencuba bagi yang ingin mencuba :)...buat followers yang follow blog wani, wani akan slow-slow blogwalking ya memandangkan line internet masih lagi dalam peringkat down .. .





YOGURT CHIFFON CAKE 
SOURCE 1: KAK NOR@ SECUBIT GARAM
SOURCE 2: Kak Yani

Bahan-bahah:
4 biji telur
60g gula kastor
110g yogurt
20g jus lemon ( wani guna jus limau nipis, lemon tak ada stok )
2 sudu besar minyak masak
40g tepung gandum
40g tepung jagung ( corn starch)
1 sdk baking powder

Cara-cara:-
  1. Asingkan putih dan kuning telur.
  2. Pukul telur putih dengan setengah daripada gula sehingga kembang/bertanduk.
  3. Dalam mangkuk lain, campur telur kuning dengan separuh daripada gula tadi,minyak masak,jus lemon dan yogurt. Dengan menggunakan hand whisk kacau sehingga sebati.
  4. Ayak tepung gandum, tepung jagung dan baking powder ke dalam no.3. Kacau sehingga sebati.
  5. Masukkan no.4 ke dalam no.2 . Kacau dengan kaedah kaup balik.
  6. Masukkan adunan ke dalam loyang chiffon. Bakar dalam suhu 170 degree selama 40 minit.
  7. Setelah masak, keluarkan kek dari oven. Terbalikkan yang kek tadi. Biarkan sejuk.
  8. Bila dah sejuk bolehlah dikeluarkan dari loyang.
Note:  - masa pukul putih telur ,wani ada masukkan cream of tartar nak
             mengelakkan meringue terlebih pukul.
          - wani buat no 3 terlebih dahulu barulah buat no 2. 
         -  wani bakar ikut suhu oven 150 C dalam 42 minit. 


9 Comments

  1. waw..cantik kejadian kek chiffon tu...suke la kalau kek jadi tinggi..sedap wat minum petang ni..

    ReplyDelete
  2. nani book mark dulu lah resepi ni. macam senang. jeles tengok kek kak wani. gebu betol.

    ReplyDelete
  3. wahhhh gebunya...sungguh jeles melihatnya..hehhehe..resepi kalau dari kak yani memang best..tak rugi cuba..:)

    ReplyDelete
  4. nampak gebusla kek chiffon ni wani...sedapnya kalau dpat merasa ni...hehe

    ReplyDelete
  5. salam wani..zila keep resepi nie jgk..tertarik sgt lgpun ada lbihan plain yogurt dirumah tue:)

    ReplyDelete
  6. gebusssnye kek chipon tu...mnarik tgk...mesti sedap ni..

    ReplyDelete
  7. Wahhh cantik dan soft je nampak kek ni...yummy!

    ReplyDelete
  8. Salam Wani,
    Takpa Wani, walking pelan pelan, kita semua faham. Kek ni satu jer akak belum berjaya lagi, pernah buat sekali dulu, tp kek zooommmmm menjunam menyembah bumi, sebb lambat telangkup atas redai...huhuhu langsung tak buat dah sampai hari ni.....

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post