ASSALAMUALAIKUM......
sudah lama draft tapi entry lain yang keluar .. tatkala wani menaip kat sini, terbayang di mata wani kali pertama wani melihat Kaabah. Ya Allah, terasa rindu untuk ke sana lagi..bila menjejakkan kaki di Masjidil Haram, mata ni mencari-cari di mana Kaabah. hati wani dah dup ..dap...dup.. dap... berdebar rasanya nak melihat Kaabah buat kali pertama... jalan.. jalan..jalan... masih lagi pandangan mata wani nampak jemaah yang berasak-asak untuk masuk dan keluar di pintu King Abdul Aziz.. bila laluan di depan dah jelas.., barulah wani ternampak bangunan yang berbentuk segi empat tepat dan diselubungi dengan kain hitam di tengah-tengah dataran yang luas. Ya Allah,,, tetamu mu sudah datang ,,, sebelum wani turun untuk menuju ke dataran yang luas di situ, kami tiga beranak menadah tangan dan berdoa .selesai sahaja berdoa, kami turun anak tangga lalu menuju ke rukun hajar aswad untuk permulaan tawaf pertama sehingga cukup tujuh kali keliling.
Firman Allah Ta’ala yang bermaksud: “Allah telah menjadikan Kaabah, rumah suci itu sebagai pusat bagi manusia.” (Surah Maa’idah: 97)
Semasa tawaf, wani sentiasa berpegang dekat abah, mak pun sama tapi kena berlapik la. Dengan jemaah-jemaah lain yang sentiasa berhimpit-himpit bila berjalan dan tidak kurang juga saling bertolakan antara satu sama lain …wani sentiasa berwaspada takut berpisah lebih-lebih lagi memandangkan masalah kaki mak kenalah berjalan perlahan-perlahan. Paling tidak pun kami keluar dari laluan tempat yang sesak tu sikit ..pergi ke laluan yang lapang sikit .. jauh pun tak apa asalkan kita berasa tenang bila berjalan ..yang penting bahu kiri kita selalu mengadap Kaabah . jangan beralih sedikit pun… kalau pergi ke laluan tempat sesak kemungkinan bahu kita bergerak disebabkan tolakan dari orang belakang. Ada satu hari, entah kenapa hari tu tak ramai jemaah yang melakukan tawaf, tapi ramai jugak la jemaah di laluan kawasan Hajar Aswad. Kalau kat kawasan situ memang jemaah berebut-rebut untuk mengucup Hajar Aswad..beruntung kepada jemaah yang berusaha sampai untuk ke sana.bila wani berpegang kuat dekat tangan abah, tiba-tiba abah berjalan menghala sikit ke arah laluan untuk ke Hijir Ismail.kami jarang nak lalu ke arah laluan dekat Hijir Ismail sebab laluan tu memang sesak sebelum ni.masa tu wani terbau wangi yang amat sangat.. terdetik dalam hati,semasa kita berihram mana boleh pakai bau wangi-wangian.. itu adalah salah satu larangan ketika berihram.apabila selesai tawaf, wani bagi tahu mak… rupa-rupanya bau wangi itu datang dari Hajarul Aswad.Hajarul Aswad ni biasanya dilumur minyak wangi oleh jemaah-jemaah yang lalu di situ..biasanya mereka bukan untuk mengerjakan Tawaf, sebaliknya hanya berusaha untuk pergi mengucup Hajarul Aswad sahaja. jadi jemaah yang berihram perlu sentiasa berhati-hati apabila hendak mengucup Hajarul Aswad takut dikhuatiri dilumur dengan minyak wangi… kalau tak dihilangkan segera bau wangi tu, dam boleh dikenakan.
dengan keadaan musim panas di Kota Mekah banyak menguji kesabaran kami, pernah wani tengok penanda suhu dekat pintu King Abdul Aziz, suhu di sana mencapai sehingga 39 darjah dan mungkin lebih dari itu lagi .musim sejuk di sana adalah pada bulan Disember nanti.walaupun musim panas, tak putus-putus jemaah mengunjungi Kaabah serta melakukan Tawaf hanya kerana ingin mencari keredaan Ilahi.sepanjang melakukan tawaf di sana,bagi negara dari Asia Tenggara wani hanya berjumpa dengan jemaah dari Singapura dan Indonesia je.bagi wani, ini adalah hubungan yang paling istimewa di antara seorang hamba-Nya dengan Rabbi.. jalinan kasih yag terbina ini lagi mendekatkan diri kita dengan-Nya..oklah setakat itu sajalah nanti kita sambung ya :))
berada di depan Multazam di antara Hajar Aswad dan Pintu Kaabah ..tempat mustajab doa.. nampak payung hijau tu ..kat situlah tempat Hajarul Aswad |
sudah lama draft tapi entry lain yang keluar .. tatkala wani menaip kat sini, terbayang di mata wani kali pertama wani melihat Kaabah. Ya Allah, terasa rindu untuk ke sana lagi..bila menjejakkan kaki di Masjidil Haram, mata ni mencari-cari di mana Kaabah. hati wani dah dup ..dap...dup.. dap... berdebar rasanya nak melihat Kaabah buat kali pertama... jalan.. jalan..jalan... masih lagi pandangan mata wani nampak jemaah yang berasak-asak untuk masuk dan keluar di pintu King Abdul Aziz.. bila laluan di depan dah jelas.., barulah wani ternampak bangunan yang berbentuk segi empat tepat dan diselubungi dengan kain hitam di tengah-tengah dataran yang luas. Ya Allah,,, tetamu mu sudah datang ,,, sebelum wani turun untuk menuju ke dataran yang luas di situ, kami tiga beranak menadah tangan dan berdoa .selesai sahaja berdoa, kami turun anak tangga lalu menuju ke rukun hajar aswad untuk permulaan tawaf pertama sehingga cukup tujuh kali keliling.
Firman Allah Ta’ala yang bermaksud: “Allah telah menjadikan Kaabah, rumah suci itu sebagai pusat bagi manusia.” (Surah Maa’idah: 97)
Semasa tawaf, wani sentiasa berpegang dekat abah, mak pun sama tapi kena berlapik la. Dengan jemaah-jemaah lain yang sentiasa berhimpit-himpit bila berjalan dan tidak kurang juga saling bertolakan antara satu sama lain …wani sentiasa berwaspada takut berpisah lebih-lebih lagi memandangkan masalah kaki mak kenalah berjalan perlahan-perlahan. Paling tidak pun kami keluar dari laluan tempat yang sesak tu sikit ..pergi ke laluan yang lapang sikit .. jauh pun tak apa asalkan kita berasa tenang bila berjalan ..yang penting bahu kiri kita selalu mengadap Kaabah . jangan beralih sedikit pun… kalau pergi ke laluan tempat sesak kemungkinan bahu kita bergerak disebabkan tolakan dari orang belakang. Ada satu hari, entah kenapa hari tu tak ramai jemaah yang melakukan tawaf, tapi ramai jugak la jemaah di laluan kawasan Hajar Aswad. Kalau kat kawasan situ memang jemaah berebut-rebut untuk mengucup Hajar Aswad..beruntung kepada jemaah yang berusaha sampai untuk ke sana.bila wani berpegang kuat dekat tangan abah, tiba-tiba abah berjalan menghala sikit ke arah laluan untuk ke Hijir Ismail.kami jarang nak lalu ke arah laluan dekat Hijir Ismail sebab laluan tu memang sesak sebelum ni.masa tu wani terbau wangi yang amat sangat.. terdetik dalam hati,semasa kita berihram mana boleh pakai bau wangi-wangian.. itu adalah salah satu larangan ketika berihram.apabila selesai tawaf, wani bagi tahu mak… rupa-rupanya bau wangi itu datang dari Hajarul Aswad.Hajarul Aswad ni biasanya dilumur minyak wangi oleh jemaah-jemaah yang lalu di situ..biasanya mereka bukan untuk mengerjakan Tawaf, sebaliknya hanya berusaha untuk pergi mengucup Hajarul Aswad sahaja. jadi jemaah yang berihram perlu sentiasa berhati-hati apabila hendak mengucup Hajarul Aswad takut dikhuatiri dilumur dengan minyak wangi… kalau tak dihilangkan segera bau wangi tu, dam boleh dikenakan.
panas terik di luar dengan suhu boleh mencecah 50 C. |
Assalammualaikum wani, dpt cium hajar aswad tak? Dulu akk takde bau wangi, bila cium rasa sejuk je. Kelakarnya hajar tu tinggi, akk terpaksa jengkit utk cecah muka dlm tu...hihi..
ReplyDeletewassalam kak zana.. ohh x mencapai kemampuan wani nak pergi sana huhu.. tak apalah wani tengok dari jauh dah bersyukur sangat2... jika diizinkan Allah untuk ke sana lagi ... wani nak pergi kucup hajar aswad tu...
DeletePost a Comment