BISKUT NESTUM

ASSALAMUALAIKUM.........



apa khabar semua? masih lagi dalam mood beraya lagi ?  dah pun hari ke 6 Syawal .. masa sungguh mencemburui kita nampaknya.. hari demi hari Syawal berlalu... tapi  suasana raya masih lagi meriah ...ambil kesempatan ini untuk ziarah - menziarahi sanak -saudara... hubungan yang jauh pun boleh didekatkan pada bulan Syawal ini.. tak semestinya bulan Syawal, bulan- bulan yang seterusnya pun jalinan erat keluarga tak akan putus ya .cuma bulan Syawal ni istimewa sikit... selamat hari raya sekali lagi wani ucapkan kepada semua ... sejak 2-3 hari kebelakangan ni pun jalanraya pun still jam.. maklumlah sambil-sambil beraya sana -sini ambil peluang buat kenduri.. SELAMAT PENGANTIN BARU juga kepada bakal-bakal pengantin yang akan melangsungkan perkahwinan nanti.nasib baik wani dah slow-slow mood nak menaip tu datang sikit-sikit.. oklah bila dah menaip tu, maknanya nak kongsi satu resepi biskut yang sangat sedap. orang lain dah lama post cookies raya sebelum Syawal .. wani pulak post lepas raya.. .. ..oklah tu janji masuk blog ini sudahh ...tahun ni tak banyak buat cookies raya. 

biskut nestum ni wani ternampak di blog kak yatie... emm memang tak rugi mencubanya. rapuh je .. wani sapu kuning telur je ...bentuk biskut pun dah jadi 2 bentuk sebab kes malas nak buat seorang sebab dah tahu lambat kalau bab terap2 cookies ni..hihi...  jadinya adik wani tolong ,,, wani buat shape love , dia terap guna shape bunga ^^... gambar kat atas tu yang sebelum bakar.. resepi ni wani buat 2 adunan jugak.  terima kasih kak yatie sudi berkongsi .. :)) gambar kat bawah ni selepas bakar.



BISKUT NESTUM
SOURCE: SINAR KEHIDUPANKU

Bahan-bahan
  • 260 gm mentega
  • 40 gm shortening
  • 100 gm gula kaster
  • 2 sudu teh esen vanilla
Bahan B
  • 280 gm tepung rose (kalau takde, boleh ganti dngn tepung gandum)
  • 40 gm tepung jagung
  • 100 gm nestum dikisar halus
Hiasan: Kuning Telur dan Nestum
Cara-Cara
  1. Panaskan oven pada suhu 150C.
  2. Pukul bahan A hingga berkrim. Masukkan bahan B dan uli hingga menjadi doh.
  3. Canai dan terap dengan acuan. Sapu dengan telur dan tabur nestum diatasnya.
  4. Susun di dalam dulang pembakar yang telah digris terlebih dahulu. Bakar pada suhu 150C selama 25- 30 minit (Yatie bakar dlm 35 minit, bergantung pada oven masing2 ya)
  5. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.
NOTE:
- wani bakar dalam suhu 150C dalam 22 minit.

Post a Comment

Previous Post Next Post