ASSALAMUALAIKUM......
Dah masuk 2 minggu puasa dah .. .. sekejapnya masa berlalu rasa macam baru 1 ramadan berpuasa ..rasanya time nih dah boleh putar lagu raya kan.. ^^... budak-budak kat kampung wani ni pun dah mula main mercun. sana sini bunyi BOOM...BOOM.. BANG...BANG... baru je 15 minit berbuka dah mula bunyi mercun dah... alahai.... rasanya dah ramai orang buat biskut raya ni...tengok kat blog pun dah ramai orang tayang biskut raya ni.. wani pasal biskut raya tu tengok kalu jadi planning nak buat jadi la ....adeh macam buat alasan je.. hari ini pun wani nak share satu kerepek yang mudah dibuat. wani ambil dari blog Cikgu Nani yang jauh di seberang laut.bila ternampak dah berkenan nak buat kerepek yang mudah ni... kulit popia pun dah lama beli cuma nak start tu entah bila ... nampak je leceh nak buat .. tapi bila makan je sekejap je sambil tengok tv. wani buat bukan untuk raya pun..tapi ada assistant bab gulung2 neh tak larat nak buat seorang hihi ajak adik perempuan masuk dapur jap ..nasib baik ler boleh tolong.... wani buat 1 paket yang ada 50 keping kulit popia tu.. dapatlah cukup-cukup 2 balang kuih raya tuh ... sedap ni tau tak rugi mencubanya..habuk-habuk tu yang sedap.. terima kasih nani...:))

Resepi Popia Nestum Mudah
Bahan - Bahan :
1 cawan nestum
1/2 cawan susu tepung/horlicks
1/2 cawan gula
Kulit popia secukupnya
*sedikit tepung gandum + air untuk dijadikan gam (dikacau
pekat macam orang buat cekodok tu)
minyak untuk menggoreng
Cara - Cara
1. Tarik kulit popia selapis demi selapis (jangan sampai koyak
pulak).
2. Gulung bermula dari bucu yang tajam sehingga hujungnya.
3. Lekatkan bucu yang hujung dengan air tepung gandum.
4. Panaskan minyak dalam kuali, gunting serong2 kulit popia
gulung tadi ke dalam minyak panas.
5. Goreng sehingga garing dan toskan minyak.
6. Sementara itu, mesin gula, nestum, horlicks atau susu tepung
sehingga hancur.
7. Masukkan ke dalam bekas yang besar.
8. Gaulkan kulit popia garing ke dalam serbuk nestum gula tadi
hingga rata.
9. Simpan kerepek di dalam bekas kedap udara supaya tahan lama.
Sedapnya popia begini.... suka serbuk nestumnya tu, makan tak sedar habis setapau!
ReplyDeleteWah sedapnya..sy suka gak kerepek popia ni...pernah buat yg sira pedas..sebalang pun blh abih dlm satu hr..hehe
ReplyDeleteini kalau bagi sebalang tau2 aje dah habis. nani pun dah lama beli kulit popia. tapi belum buat lagi. kena ada angin rajin nak buat baru jadi ni.
ReplyDeleteassalam wani, akk pun baru selesai buat kuih ni, sedapkn. akk main hentam je boh nestum anak n gula je
ReplyDeletesedapnya..kalau letak horlick lagi best nih...kita tak pernah buat popia ni...malas sebenarnya nak gulung...hehehe
ReplyDeleteNice blog :)
ReplyDeletesalam kenal sobat :)
di tunggu kunjungan balik.nya ya !terimakasih ...
mna lg sdap....ltak susu tepung @ holick?
ReplyDeleteletak dua dua lagi sedap... :)
DeletePost a Comment