BAKED MACARONI

ASSALAMUALAIKUM........





selamat pagi dan selamat berhujung minggu ... hari ni tayang resepi makaroni bakar. olahan daripada resepi wani ambil dekat dari kak norlie iaitu KEK UBI KENTANG BAKAR.  masih lagi sukatan sama cuma ubi kentang tu wani masukkkan sebiji je yang telah dilenyek halus.tak berapa gemar jugak nak masuk banyak-banyak. dan wani tak masukkan cream mushroom chicken soup kalau family kecil memang sesuai dah ni ..wani buat ni.. bakar pagi .. elok-elok sampai malam dah habis dah hihi.. tak nak jugak buat berlebihan nanti tak habis . tapi jangan nak memandai nak tambah makaroni lebih ya  macam sikit tu je gm nampak tapi bila masuk bekas nak gaul agak banyak jugak ler dapat. tapi 100gm tu dah ngam-ngam dah nak makan. wani guna loyang empat segi  5 inci. kalau dulu ingat buat macaroni tak turut resepi, wani pergi tambahkan macaroni tu sebab nampak macam sikit :D..tengok-tengok banyak nyer dapat.kita nak buat sikit je. apapun sekarang macaroni selera orang putih dah tukar jadi selera tekak melayu pulak.. macam-macam style macaroni sekarang. ^^. terima kasih buat kak norlie juga tapi wani dah olah style wani sikit :))..



BAKED MACARONI
SOURCE: DARI DUNIA DAPURKU

BAHAN-BAHAN
100 gm macaroni ( direbus al dente )
1/2 inci halia ( dicincang )
1 biji bawang besar ( didadu) kalau besar guna half je
2 biji lada besar ( merah + hijau )
2 ulas bawang putih ( cincang)
2 sudu besar serbuk kari
garam dan gula secukup rasa
shitake mushroom 10 biji ( hiris nipis-nipis )
daun bawang dan daun sup secukupnya
telur gred A 3 biji
1 biji ubi kentang sederhana ( direbus dan dilenyek halus )
daging kisar 200gm

CARA-CARA
1. makaroni direbus al dente, jangan terlebih lembik
2. tumis bawang besar, halia, bawang putih dan lada merah & hijau hingga wangi dan layu.
3. masukkan daging kisar dan gaul rata sekejap baru masukkan serbuk kari , kacau hingga sebati.
4. masukkan shitake mushroom, garam dan gula. kacau mesra dan rasakan.
5. bila dah rasa ok, tutup api dan masukkan bahan yang digoreng tadi ke dalam 1 bekas lain dan masukkan ubi kentang yang telah dilenyek halus. gaul rata.
6. kemudian masukkan macaroni dan daun sup @ daun bawang.
7. kemudian pecahkan telur satu persatu ke dalam macaroni tadi dan gaullah dengan rata.
8. masukkan ke dalam loyang yang telah dialas dengan aluminium foil.
9. bakar pada suhu 170 C dengan api bawah 30 minit kemudian api atas 30 minit + 10 minit sehingga masak

NOTE: - .untuk api atas, masa 30 minit pertama, lepas 15 minit, wani dah mula tutup dengan aluminium foil tak nak bagi  hangus cepat.wani buat tambahan 10 minit sebab nak bagi garing sikit kat atas  tu.

4 Comments

  1. Salam Wani, kalau tak ada sayur mesti anak saya suka ni...boleh buat nanti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak letak sayur tu x pe kot terpulang la atas cita rasa... :))

      Delete
  2. salam syg wani..
    amboii rajin sungguh nie..nk mintak tp sure dh habis nie..:)..kecurr jew tgk tau:)

    ReplyDelete
  3. salam ukhwah,
    sedap dan menyelerakan..

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post