IKAN MASAK ASAM

ASSALAMUALAIKUM.....


emm mood tengah merudum..kat sini pun cuaca hujan. layan je resepi yang simple lagi cepat disediakan.

IKAN MASAK ASAM

Bahan

2 keping ikan tenggiri
[boleh gunakan ikan lain saperti selar/kembung/bawal]

Bahan Hiris
3 ulas bawang kecil
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 biji cili hijau
1 biji cili merah
1 labu bawang besar

Bahan Sos
1 cawan air asam jawa
[boleh gunakan cuka..2 s/b cuka + 1/2 cawan air]
1/2 s/k kunyit serbuk [sebagai warna masakan tu]
1 biji tomato buah [belah 4]
minyak
garam

Cara
1. Ikan dibersihkan dan gaulkan dngan kunyit & garam
2. Goreng sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
3. Tumiskan semua bahan yg dihiriskan.
4. Bila dah nampak layu sikit masukkan air asam jawa atau air cuka, tomato buah dan kunyit.
5. Bila dah mendideh masukkan ikan dan tutupkan api.
6. Sedap dimakan ngan nasi putih.

NOTA:
Kak liza selalu makan masa dalam pantang..cuma tambahkan lada hitam.

5 Comments

  1. sedap2 Wani akak suka ikan cenggini biasanya akak guna cuka je pun sodapppppppppp sangat,jadi ikan masak cuka la pulak

    ReplyDelete
  2. sedappp..mak akk suka sgt mkn ikan msk camnie..asal x der mood nie..alloolooo..:)

    ReplyDelete
  3. walalala... sedap sungguh masakan begini, makan masa tengahari time perut kosong, kuahnya tu pun dah cukup sodap!

    ReplyDelete
  4. Hi Wani, terima kasih mengunjungi laman web saya. Saya memang suka resipi yang sedap, simple and sihat untuk keluarga mahu pun kawan-kawan saya. Resipi ini agak sama dengan Acar Ikan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2 .thanks for dropping by here.. emm lebih kurang dengan acar ikan sebab rasa dia masam..:)

      Delete

Post a Comment

Previous Post Next Post