TERSEREMPAK DENGAN DATO CHEF WAN

ASSALAMUALAIKUM......




cerita dah lapuk tapi nak taip jugak buat lah sebagai memori sebab bukan selalu nak jumpa orang yang kita admire kan hihi.. cerita ni al kisah nya masih di bulan puasa bulan lepas lagi .. hari tu on the way drive nak shopping barang dapur.. emm mujur lah jalan tak jam.. tiba di persimpangan selepas je traffic light, tiba-tiba ada polis trafik lalu menghalang kereta kat depan dalam hati wani dah sah ada kereta sultan nak lalu kot.. selepas lama menunggu tu, wani tengok berderet-deret bus sekolah lalu.. habis semua datang dari daerah mana kat kelantan ni .sebab wani cam kat nama sekolah kat bus tu la.. tengok kat dalam macam budak sekolah rendah je semua.. tak nampak pun macam budak sekolah menengah... alamak dalam hati dah berdetik ni nak pergi mana ni bus-bus ni semua .. lama kan hala masuk kat mydin mall jugak la ya .. jadi memang sah la semua bus tu menghala ke mydin mall.. ni mesti ada event apa-apa ni .. ya la takut jam jalan pulak..

ini la bas budak-budak sekolah tu semua .. dah tertulis kat banner tu SIINAR KASIH AIDILFITRI  JOM SHOPPING


dah terlebih cerita pasal budak sekolak pulak.. budak-budak ni alahai kecik-keciknya sampai siap demam pun datang jugak kasihan pulak.. .. nampak air muka mereka gembira maklumlah ada baju baru , kasut baru , songkok baru, selipar baru ..kan .bila wani tanya "adik sekoloh mano" malu-malu pulak nak jawab... cerita pasal Dato Chef Wan tu, bila wani dah siap shopping, pergilah tunggu kat ruang depan tu.. sekejap.. lepas tu terasa nak pergi toilet .. bila wani jalan melepasi kat food court mydin tu, wani ternampak macam kelibat Dato Chef Wan.. eh betul ke ni ..ke silap pandang.. mata terkebil-kebil lagi takut silap pandang hihi ya la.. seumur hidup tak pernah terlintas dalam kepala nak jumpa Chef Wan secara live..kalau tak datang cooking show dia atau ada event apa-apa ke..adeh.. tup..tupp... tak expect jumpa depan mata wani sendiri..sini sana wani dah dengar orang berbisik ."eh Chef Wan ke tu"..  Chef Wan ni memang idol chef wani dah lama dah zaman remaja lagi..tu la macam teruja sangat bila dapat jumpa .. nasib baik tak terlompat-lompat... masa tu ramai wanita-wanita tengah kerumun dia maklumlah ramai peminat  wanita mungkin tengah ambil autograph kot.. wani terfikir jugak buat apa dia datang sini maklumlah masa tu bulan puasa ..ke ada kaitan dengan SINAR KASIH AIDILFITRI JOM SHOPPING dengan budak-budak sekolah tu ke..

pekerja-pekerja mydin pun sibuk nak bergambar jugak ni..


bila dah keluar dari toilet, wani ingat dah hilang dah kelibat dia ..sebab malas dah nak masuk dalam orang ramai sangat tambah lagi dengan budak sekolah... intai-intai sikit takut ada lagi kat situ,, rupanya ada ..sebenarnya cuba nak ambil gambar dia ... dapatlah sekeping dua dari dekat ... untuk kenangan sendiri tak ada pulak sebab sikit-sikit ada je orang dekat dengan dia .. wani yang datang sikit-sikit ni  nak dekat .. tak berani pulak hihi.. lepas tu ada pula seisi bergambar dengan budak-budak sekolah tu.. sambil tunjuk shopping bag masing-masing...begitulah al ceritanya.. nampak macam sekejap Chef Wan kat sana, lepas seisi bergambar tu dah naik kereta pergi dah..

5 Comments

  1. salam lebaran wani, wahh bestnya dapat jumpa chef wan ye, akak pun mmg minat sgt kat dia...hihihii

    ReplyDelete
  2. Waaa bestkan dapat jumpe chef peberet kite! Kitepun penah jumpe Chef Zam tapi mase tu dia masih montel lagi. Senyum je dia jalan dengan seluar pendek dia sambil nguyah keropok hahaha... (mase tu dlm kete jadi xleh la nak brenti heee)
    My latest Entry :)
    MyChef's Gourmet Blog Challenge: Pau Ayam Kalio

    ReplyDelete
  3. slamat hari raya wani:)
    alahaiii bestnya...akk pun minat kt dia jgk :)..ramai btl org kan.

    ReplyDelete
  4. he he hehhh.... seronokkan kalau jumpa idola kita secara tiba-tiba!

    ReplyDelete
  5. wah mesti bestkan dpt jmpa dgn chef tnama tu...npe xamik gmbo dekat2 dgn chef wan tu :)..QH minat jugak dgn chef wan tu..

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post