Resepi Muffin Oat Coklat Mudah

ASSALAMUALAIKUM.....



kesibukan melanda sikit dengan urusan.. nak terjah-terjah blog orang pun tak sempat , boleh postkan resepi ni pun dah ok dah ... emm lama dah tak buat muffin . dugaan nak buat muffin ni kan. dah banyak belajar dari pengalaman.bila fikir lagi susah dari nak buat cupcake tu sebab kalau tak ikut tips memang tak akan jadi la muffin. hari ini wani nak share speckled chocolate muffin. nampak bintik-bintik tak.. kalau depan mata wani memang nampak la.. kalau dalam gambar ni tak nampak la. ada bintik-bintik sikit. bagi wani dah sedap muffin ni ada gabungan coklat dan oats. muffin ni bagi wani best serve warm.dapat 14 biji muffin . hari tu buat ada lebih tak habis letak dalam peti tapi bila nak makan tu kena panaskan balik dan makan terus hihi..resepi muffins ni wani ambil dari buku..









Resepi Muffin Oat Coklat Mudah 

Bahan - Bahan 

50 gm oat segera 
275 ml susu
2 sudu teh esen vanilla
250 gm tepung gandum
1 sudu besar baking powder
½ sudu teh garam
110 gm gula halus  (  sis guna 80 gm )
150 gm chocolate masakan, diparut kasar atau dicincang halus
1 biji telur dipukul ringan
100 gm mentega dicairkan.

Cara - Cara 

  1. panaskan oven  ke 200 C. griskan muffin tin atau nak guna paper muffin pun tak apa.
  2. masukkan oats ke dalam satu mangkuk dan tuangkan susu dan esen vanilla. Kacau, kemudian bagi oats tu menyerap sementara itu, boleh prepare untuk bahan yang lain.
  3. masukkan tepung gandum, baking powder, garam dan gula dalam satu mangkuk yang lain.masukkan coklat yang diparut dan kacau rata.
  4. masukkan telur dan mentega yang telah dicairkan ke dalam campuran oats bersama susu  tadi, kacau sebati.
  5. masukkan campuran oats tadi semua sekali gus ke dalam bahan-bahan kering dan hanya kaup balik sekadar sampai adunan bercampur sahaja dan jangan terlebih kacau.. masih ada lumpy atau ketul-ketul  pun tak apa.
  6. sudukan adunan tadi ke dalam paper cup, bahagi sama rata dan bakar selama 18- 20 minit atau sampai  muffin tu naik dan berwarna keemasan.
  7. sejukkan selama 10 minit sebelum dipindahkan ke atas wire rack.
  8. hidangkan terus  ataupun sejuk.

Note: suhu biasa wani guna 150 C dan bakar dalam 30 minit . yang lain nak bakar ikut suhu oven masing-masing ya.
- muffin ni wani suka makan masa time panas-panas sebab tekstur muffin masa tu amat lah lembut sangat.





6 Comments

  1. salam Wani akak terbang awal hari ni sbb flight kosong hahaa sama lah kita bermuffin2 hari ni sedap tengok muffin cekelat tu akak muffin cheese pun sodap gak tukar nak..

    ReplyDelete
  2. Salam Wani,
    suka muffin yang montok2 cam tu...

    ReplyDelete
  3. teruja nengok mufin ni....nak cuba insyaAllah..

    ReplyDelete
  4. Suka tengok mufin coklat ni....gebu...pepagi mcm ni memang enak dihidang bersama teh panas.

    ReplyDelete
  5. rasanya banyak2 muffin memang sedap makan suam2 kan.. ni muffin sihat ni ada oats :-) sedap tuu

    ReplyDelete
  6. sedapnya wani..siap ada oat lg kan..lama akk x buat nuffin la..

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post