BLUEBERRY CHEESE CAKE

ASSALAMUALAIKUM........



Jumaah barakah everyone ... diharap semuanya sihat dan cuti pun dah bermula ...ramai warga kota balik kampung sempena chinese new year ni..semoga perjalanan selamat sampai...berbalik kepada resepi dah banyak kali buat memang tak ambil resepi lain dah cuma kelainan letak blueberry buat swirl kat atas tu... tu jadi blueberry cheese cake.. resepi sama je .. hihi dah addicted dengan slice cheese cake ni...diharap pembaca jangan jemu baca ..tapi makan nya memang tak jemu lah..   cream of tartar is out of stock so wani substituted dengan lime juice 2 teaspoons...memang bila nak buat meringue masih kena pakai assistant... takut tak jadi.. .ok happy holidays everyone !!! have a safe journey .. to those who balik kampong...


SLICE CHEESE CAKE 
Sumber: KAK NOR @ SECUBIT GARAM

Bahan-bahan
4-5 keping slice cheese
200 ml susu segar
70 gram butter atau marjerin
70 gram tepung gandum (diayak dahulu)
70 gram gula
4 biji telur saiz M 
beberapa titik esen vanilla

Cara-cara
- potong atau siat slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar
- kemudian masukkan dlm periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. kacau sentiasa.
- masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.
- asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue.
- didalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese tadi, - masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul
- akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. masukkan adunan kek di dalam acuan .
- bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit, gunakan acuan kek berukuran 20cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie, untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya.
- hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja. kek ini lembut dan ringan. tak rugi

2 Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post