SIRA UBI KELADI..

ASSALAMUALAIKUM........


 ....apa khabar semua ?semoga semuanya sihat .. dah lama blog ni menyepi.  memang wani tak sempat nak bersantai-santai nak buka blog. dengan kekangan masa dan dengan perancangan dalam meniti roda-roda kehidupan ini.semoga semuanya rancangan berjalan dengan lancar .kita sudah merancang hanya Allah jua yang menentukan adakah rancangan kita baik atau tidak .jika berlaku sebaliknya .. hanya sabar dan redha dengan ketentuan ilahi dan Dia lebih mengetahui segalanya untuk memberikan yang terbaik kepada hambanya.. kita hanya redha , sabar dan tabah menghadapi apa yang Allah  tetapkan .. kerana untuk hidup di dunia ini memerlukan keredhaan dari Allah.

oklah ,this is a delayed post.. i've just scrolled down dan terjumpa draft yang belum dipost duh ! menu ni sekali petik jari je sekejap je orang dah ingat ,,, wani memang a big fan of yam.. tapi wani suka buat rebus je dan last sekali buat kan syrup untuk ubi tu jadi caramelized... usually my mum preferred to cook yam added with coconut milk.tapi wani lebih suka direbus macam tu je..  healthy food la konon :P.. oklah senang sangat resepi ni ..

SIRA UBI KELADI

BAHAN- BAHAN
500 gm ubi keladi
3 sudu besar gula ( adjust mengikut kesesuaian masing -masing )
1 helai daun pandan
3 kuntum bunga cengkih

CARA-CARA
1. ubi keladi dikupas kulit dan dipotong dalam potongan yang agak lebar. (ubi keladi tak perlu dibasuh untuk mengelakkan lendir nya keluar )
2. didihkan air dalam periuk dan masukkan ubi keladi tadi rebus sehingga empuk. ( jangan overcooked sangat ).
3. bila dah empuk,angkat dan toskan.sementara dalam periuk lain letak 3 sudu besar gula, daun pandan dan bunga cengkih dan sedikit air sekadar untuk melarutkan gula atau buang dari air rebusan ubi tadi sikit; tunggu sehingga mendidih dan terus masukkan kepingan ubi keladi yang di tosskan tadi.
4. bila ubi keladi dah nampak agak caramelized bolehlah tutup api .. dan hidanglah masa panas-panas tu .sedap !.. cubalah.. ringkas dan mudah...

Post a Comment

Previous Post Next Post