DAISO

ASSALAMUALAIKUM..........





salam semua ..semoga kalian semua sihat di mana saja jua anda berada ..sekejap nak tulis ..sekejap tak jadi tulis .. wani sekarang berada di Kuala Lumpur.panasnya cuaca kat sini ..sehingga mencecah 38 celsius petang tadi ..terkejut wani dengar .itula wani cakap sekejap nak tulis sekejap tak jadi hi2.tekak ni asyik haus je sudah lama wani tidak bertemu dengan kawan wani disebabkan wani kena settlekan kerja pagi tu dalam pukul 1 lebih jugak wani sempat bertemu dengan kawan wani kat KL central je ..wani sempat pergi .. tak sempat nak jalan jauh-jauh.sudah lama tak berjumpa sejak bulan 1 lepas .ni baru ada peluang nak berjumpa ..begitu banyak cerita yang dikongsikan bersama. sebenarnya wani bukan nak cakap pasal ni sahaja .kadang-kadang wani termenung sendirian mengenangkan nasib rakyat sabah di sana .. sampaikan wani takut nak ambil tahu pasal berita di Sabah.. kalau diikutkan hati,wani macam tak percaya je benda macam ni boleh terjadi di negara kita. bilakah pertempuran sebegini akan berakhir makin lama makin teruk jadinya.itu yang membuatkan wani takut macam pemberontak tu sudah nekad untuk bertempur habis-habisan sudah ramai wira-wira kita yang terkorban demi mempertahankan negara.begitu besar jasa mereka semua .semoga Allah tempatkan mereka ke dalam golongan orang-orang yang soleh dan beriman dan semoga ahli keluarga mereka tabah menghadapi ujian hidup. Ya Allah, semoga semuanya ini akan berakhir, ku tak nak dengar lagi begitu banyak pertumpahan darah berlaku..

oklah wani beralih pula kepada topik yang ingin dibincangkan,bila terbelek gambar terjumpa gambar ni .wani pernah dengar cerita yang DAISO  tu memang jual murah giler barang.semua barangan dari jepun.. tapi adakah semuanya dari jepun hi2.. wani dah pergi kedua-dua tempat DAISO ni ..satu tempat dekat The Curve, dekat Damansara siapa kenal dan satu lagi dekat Mid Valley .kedua -dua tempat ni wani dah pergi .. itu pun ada orang tolong bawa.. nasib baik,, relief!.. kawan-kawan semua kalau nak tahu memang wani boleh pengsan bila masuk Daiso ni .. rambang mata dibuatnya because all items RM 5.00. luckily wani tak borong banyak-banyak, tapi memang ralit dibuai  mimpi jawabnya bila masuk DAISO ni,:D sebab semua benda nak kena sentuh .. gambar kat atas tu dekat THE CURVE..sebelah Tesco kedai DAISO kat Mid Valley 2 tingkat .lebih-lebih lagi bila pergi dekat baking section. semua barang nak ambil rasanya.  tak silap gambar ni wani pergi masa nak dekat CNY bulan 1 lepas.. itulah coretan wani buat masa ini.. wani rindu alam flora dan fauna yang wani tinggal dekat kampung,, ketenangan yang tidak dapat ditandingi dengan benda lain..selain alam ciptaan-Nya.. selamat malam semua ...




Post a Comment

Previous Post Next Post