ASSALAMUALAIKUM.......
salam ahad dan salam berhujung minggu ..alhamdulillah syukur berkesempatan untuk menaip dekat blog walaupun badan ni memang kepenatan amat sangat .. the last working trip in Perak walaupun memakan masa hampir dalam 2 jam untuk pergi dan balik pun sama jugak tapi amat terasa penatnya, wani sampai kat office hampir pukul 2:30 pagi lebih dekat KL. disebabkan gara-gara kenderaan yang kami naiki kehabisan minyak dan kami terpaksa menunggu untuk membeli minyak petrol dekat petrol station berdekatan. syukurlah segala kerja disana sudah settle. walaupun banyak perkara yang berlaku dalam minggu lepas .. kita lupakanlah ,, mulakan hari yang baru.. masa dekat Perak, wani tak berkesempatan nak berjalan-jalan, habis kerja sampai ke malam, lepas tu balik kerja singgah dekat gerai-gerai di dataran ipoh untuk makan je sebelum balik dekat homestay. jadinya tak ada apa benda nak diceritakan.. ohh cuma masa untuk memilih menu makan malam ada menu special la bagi wani iaitu menu nasi goreng ayam penyet. first time wani makan nasi ayam penyet yang bergoreng .. biasanya nasi ayam penyet yang putih tu je .. sangat sedap sebab sambal yang dia buat tabur atas ayam tu menepati selera... rasa macam bau udang kering ...harga pun dalam Rm 5.50 .. normal price la tu.kali kedua wani order,wani ingatkan masih lagi nasi goreng ayam penyet dekat gerai yang sama tapi rupanya tersilap gerai.. yang wani order tu nasi goreng ayam penyet dia kurang sikit tapi makan jugak sebab perut lapar kan..
kalau tengok gambar kat atas tu ambil dari mr google depan bangunan ni lah ada gerai-gerai yang menjual beraneka jenis hidangan untuk santapan malam. wani sampai tak tahu nak makan yang mana satu..lagi satu kat belakang bangunan nilah terletaknya Hotel Syuen, tempat office wani ada event.wani ada tanya pekerja dekat hotel tu.sejarah Hotel Syuen.. bila dengar dia bercerita dah hampir 20 tahun hotel ni dan dah nak buat anniversary. Hotel Syuen tu hotel pertama di Perak.. terkejut wani.. wani tengok kepada design tu dah tau hotel tu penuh dengan ciri-ciri reka bentuk klasik.macam rekabentuk bangunan rumah orang putih. walaupun ada jugak wani tengok siling atas tu ada dah bocor sana sini.. maklumlah dah lama dan mungkin pihak hotel kena buat maintenance dari semasa ke semasa. ke semua gambar tu dari mr google ... tak sempat nak ambil gambar pun.. itulah cerita serba sedikit yang wani tahu pasal hotel ini..tapi kan hotel ni macam seram sejuk sikit sebab kesemua lampu samar-samar je .. sebab event yang wani handle tingkat 10 tu sangat sunyi sikit.. sampai mengantuk pun boleh dibuatnya..
wani rasa hari keempat wani berada di sana, masa tengah late dinner dekat Dataran Ipoh, ada co-workers wani perasan dia cakap macam Pak Nil (Aznil Haji Nawawi ) je kat belakang tu, bila wani toleh ke belakang a'aahh memang Pak Nil.. dia berjalan ke depan dan lalu dekat meja kami. kami pun tegur dan salah seorang daripada kami nak bergambar dan Pak Nil cakap ..sekejap lagi ya, saya nak ke belakang sebab masa tu dia macam mencari sesuatu. pergi balik.. pergi balik..sampai kami habis dinner pun dia tak muncul mungkin dah terlupa agaknya sebab dia datang sini mesti ada tugas kan. itu kali pertama wani bertembung dengan Pak NIl ^^.. macam- macam benda yang kita tak jangka pun akan terjadi.
tempat homestay wani banyak jiran-jiran orang cina. dekat Taman sri Cempaka tak silap..menurut kawan wani yang memang asal Perak kat area perumahan sini memang ramai orang cina. dua-dua jiran sebelah rumah tu memang ada bela anjing ..biasanya bila balik kerja malam, mulalah menyalak anjing tu dalam 2- 3 hari jugaklah... bila dah hari keempat tu dah mula senyap.. agak-agak ambil masa jugak la nak kenal.. maklumlah bila nampak stranger ni orang yang dia tak pernah nampak la katakan..setiap pagi, on the way nak ke Hotel Syuen, wani ada nampak sekumpulan warga tua cina dekat gelanggang bola... sedang senam aerobik.. ataupun mungkin tengah buat tai chi.. pemandangan yang jarang sekali wani tengok hihi.. biasanya mereka datang berbasikal.. kat area situ jugak wani terjumpa satu restoran yang memang tuan punya restoran asal kelantan.. sebab nama restoran tu dah mula start dengan Tom Yam tapi tak ingat dah apa lagi kat belakang .. masa menu malam tu wani order tom yam.. dah terasa lama sangat tak makan tom yam...
beralih pula untuk hidangan lunch, bagi kami lunch biasa-biasa sahaja macam yang kita masak hari-hari.. sampai macam tu cakap hihi.. dessert pun biasa-biasa sahaja. dekat Hotel Syuen, Perak ... berbeza pula di Hotel Grand Paragon, Johor.. wani teruja tengok plating bahagian dessert ..sangat kreatif, asyik dibuatnya tengok satu-satu kalau nak makan kesemuanya memang tak termakan la.. cukupla ambil makan yang termampu jer.. potongan pun very tiny slice cake ..sekali makan masuk mulut.. macam gambar kat bawah..nak makan lama-lama pun banyak kerja lagi dibuatnya ... so makan pun rushing jugak nak buat macam mana pentingkan kerja dulu..
wani bertolak balik ke KL dalam pukul 10 pm.. bila dah separuh perjalanan, kami singgah dekat R&R Tapah. mula-mula tu tak nak makan .. bila fikirkan perut ni dah mula berkeroncong ..memang kena isi jugak.. jalan-jalan tengok makanan wani pun ambil keputusan nak order nasi ayam.. tengok ke dalam gambar tu kemain cantik.. ingatkan sedap.. tapi tak berapa sedap sangat huhu .. the taste was so bland..hambar je ... begitulah serba sedikit cerita yang boleh wani coretkan kat sini. walaupun sekejap wani berada di sana, bagi wani itu pengalaman yang tak ternilai lah.. bila wani tengok suasana bandar Ipoh, wani teringatkan suasana dekat Bandar Kota Bharu, Kelantan.. perjalanan kami setiap pagi ke Hotel Syuen taklah terlalu lama sebab jalan tak jam sangat. banyak tempat lagi yang wani perlu explore sebab kedatangan wani ke sini bukan untuk bercuti tapi atas urusan kerja.

Post a Comment