ASSALAMUALAIKUM...
selamat petang semua.... yang ni pun gambar yang masih berbaki dalam folder ... ikan siakap kerabu mangga .. menyelerakan .. memang sedap ratah saja. dari dimakan dengan nasi ^^.. wani ternampak resepi ni dalam akhbar .. .. cubalah menyelerakan.. pelbagai variasi boleh dibuat dengan ikan siakap.. sesiapa yang jenis suka masam manis resepi ni lah jawabnya...

IKAN KERABU MANGGA
BAHAN-BAHAN
1 ekor ikan siakap
1 sudu besar sotong kering kisar
1 sudu besar ikan bilis goreng
1 sudu besar kacang goreng
1 biji pauh muda sederhana besar
Bawang besar hiris nipis - nipis
Cili padi potong nipis
Sos ikan
Jus limau nipis
Garam dan gula
CARA-CARA
1. IKAN dibuang belah tulang belakang, kemudian digoreng garing
2. Sementara itu, parut pauh muda, ketepikan.
3. Bawang besar dihiris nipis-nipis dan juga cili padi.
4. Campurkan parutan pauh muda, sos ikan, jus limau nipis, sotong kering kisar, ikan bilis goreng, kacang goreng, bawang besar dan juga cili padi.
5. Gaul mesra dan letak garam dan gula secukup rasa.
6. Hidangkan terus.
salam wani..
ReplyDeletepart mangga tu yang x tahan..terliur nengok..hihi..
salam bbwana... hihi memang best
DeletePost a Comment