ASSALAMUALAIKUM.....
bertemu lagi untuk kisah sambungan masa wani di Mekah Al-Mukarramah.masih lagi belek-belek gambar yang mana tak post lagi dan yang boleh dibuat tajuk entri .. susahnya nak upload gambar... sebab line tak berapa elok huhu.. kali ini wani nak bercerita sedikit tentang kedatangan wani dekat ladang unta ni .. bukan dalam jadual pun nak melawat ladang unta. sebab perjalanan wani sebenarnya untuk pergi ke tempat miqat di Masjid Hudaibiyah sebelum tawaf ...semua tu hanya kebetulan je datang ladang unta ni.. bila tengok driver bus perlahan -lahan masuk ke selekoh kanan jalan, wani pelik, kenapa berhenti kat sini tengok kiri kanan tak ada pun masjid. yang nampak hanya unta dalam satu kandang... dan suasana sayup mata memandang ..bukit-bukit pasir.. wani sekarang berada di tengah-tengah ladang unta.
bila tengok bukan untuk rombongan bus wani saja yang ada juga rombongan dari para jemaah yang lain.. situasi dalam bus yang wani naik, semua dalam keadaan terkejut kenapa singgah kat sini.. bukan ke perjalanan kita untuk ke tempat miqat bukan untuk singgah kat ladang unta??? bila ada orang bertanya dekat mutawwif, baru cakap nanti takut tak sempat nak melawat sebab dalam jadual dah tertulis untuk melawat ladang unta. bila bus berhenti ada jugak jemaah yang turun untuk melihat lebih dekat lagi unta yang pernah menjadi kenderaan nabi Muhamaad saw. wani sebenarnya nak turun, bila fikir yang diri ini dah ada wuduk, tak jadi pulak sebab takut terpijak najis unta. bila pintu bus terbuka .. bau dekat luar tu dah boleh masuk.. memang sangat kuat baunya tu wani turun sampai dekat pintu bus je.. tak nak berjalan jauh .. ayah dan bonda wani tak nak turun ,tengok dari dalam bus ok dah boleh nampak.wani sedih tengok unta ni bila tuan nya pukul-pukul dengan rotan nak suruh bergerak... itu yang nampak bekasan rotan dekat badan unta,suasana di padang pasir yang kering kontang dan berdebu macam rasa pelik keadaan macam ni unta boleh hidup.. tapi itulah kebesaran Allah menciptakan unta untuk yang habitat mereka adalah di padang pasir,,
wani tak lama dekat ladang unta ni sebab kesuntukan masa untuk pergi ke tempat miqat.. ada di satu sudut, ramai jemaah tengah beli susu unta. Selepas tu, bas yang kami naiki terus pergi meninggalkan ladang unta menuju ke Masjid Hudaibiyah.sampai saja di Masjid Hudaibiyah, wani terkejut terlalu ramai para jemaah.bus yang diparking di tepi jalan kalau tengok sayup mata memandang. suasana yang begitu ramai di masjid di tambah dengan gerai- gerai berdekatan dengan masjid membuatkan para jemaah susah untuk berjalan sebab ada urusan jual beli. itu suasana biasa yang dapat dilihat di tempat-tempat macam ni. di Hudaibiyah sinilah tempat berlakunya perjanjian Hudaibiyah di antara Nabi Muhammad saw dengan orang Quraisy Makkah ... wani tengok masih ada lagi bekas bangunan walaupun dah separuh hancur. kedengaran para jemaah dari rombongan lain khusyuk mendengar ringkasan sejarah mengenai Perjanjian Hudaibiyah perjalanan wani diteruskan usai sahaja selesai solat sunat ihram untuk memasuki ke Kota Mekah. dalam perjalanan ke sana, sempat lagi Ustaz Ghani memberi ringkasan semasa lawatan kami sekejap ke ladang unta.. ustaz cakap unta adalah haiwan yang begitu setia dengan tuannya. kalau sembelih berdiri pun tak apa..eh terkejut wani sekejap. .
untuk gambar di bawah ni semasa perjalanan wani ke Masjid Hudaibiyah, ambil gambar dari dalam bus . dari jauh kiri kanan jalan dah nampak kandang unta di tengah padang pasir.keadaan padang pasir yang gersang macam ni ada buat kandang unta. tapi itulah kebesaran Allah unta ni boleh hidup tanpa minum untuk jangka masa yang lama.begitu unik dan istimewanya haiwan bernama unta. jadi tidak hairanlah kenapa unta mendapat jolokan " ship of the desert" begitulah serba sedikit cerita yang ingin wani kongsikan. masih banyak lagi yang ingin wani kongsikan sebelum memori ini lupa.. salah satu cara untuk mengingat lagi memori dulu adalah menaip. sehingga kita berjumpa lagi untuk entri yang seterusnya..

Post a Comment