ASSALAMUALAIKUM.....
masih dalam mood cuti sekolah kan..mesti banyak planning cuti sekolah ni...nak bercakap banyak malam ni entahlah.. rasa mood melayang entah ke mana.. entah kenapa hati ni begitu sedih.. berbalik kepada resepi dah lama resepi ni masih dalam draft , baru berkesempatan nak post, selalunya resepi wani buat memang easy peasy sikit .. makaroni bakar ni pun agak senang jugak.semua ni kebetulan gara-gara nak habiskan stok makaroni yang masih berbaki.wani guna 1 biji telur je. so buat la baked macaroni yang simple.
SIMPLE BAKED MACARONI AND CHEESE
BAHAN-BAHAN
150 gm macaroni ( rebus al dente ,jangan overcooked )
1 biji telur
1 cawan susu ( wani letak 3 sudu besar susu tepung untuk 1 cawan susu )
2 sudu besar mentega dicairkan
1 1/2 cawan cheddar cheese yang diparut halus ( kalau letak banyak lagi sedap )
Garam dan 1 sudu teh lada hitam kasar ( coarse pepper )
Cendawan tiram yang dicarik nipis ( wani anggar je letak )
Daun bawang dan daun ketumbar secukupnya ( dihiris halus )
Cili padi dipotong serong 2 biji
BAHAN HIASAN
Bawang besar yang dipotong baji dan hiris nipis
Cili padi dipotong serong ( ikut suka nak letak banyak mana )
Lada hitam kasar secukupnya
CARA- CARA
1. Panaskan oven dan Griskan ramekin dengan marjerin jika bakar guna ramekin tak nak bagi lekat .
2. Makaroni di rebus al dente
3. Kacau telur, susu, lada hitam kasar dan garam secukupnya sehingga semuanya sebati
4. Dalam mangkuk lain, masukkan macaroni, cendawan tiram, adunan telur tadi, parutan cheddar cheese, daun bawang, daun ketumbar dan cili padi. Gaul mesra sehingga sebati
5. Masukkan ke dalam ramekin atau pun loyang yang telah digris. Tekankan sikit nak bagi padat dan taburkan bahan-bahan hiasan tadi.
6. Bakar pada suhu 170 C dalam 40 minit atau sehingga masak.
Note: wani bakar api atas bawah 40 minit lepas tu api bawah sekejap dalam 15 minit dengan suhu 160 nak bagi ada rasa berkerak sikit kat bawah.... Sekiranya dah nampak nak hangus semasa pebakaran 20 minit pertama, sila tutup dengan aluminium foil
salam wani..
ReplyDeletewah, rajinnya masak ya..nampak sedap pula tu..nsk skit..
Post a Comment