ASSALAMUALAIKUM....
panasnya cuaca kat sini. kat tempat lain macam mana sama jugak dengan kelantan ke.semalam memang panas.. tapi sampai petang tu dah mula hujan ..lebat jugak.. biasanya kalau dah hujan lebat sangat semalam memang hari ni sejuk sikit.. tapi tak..panas sampai ke patang asyik bercakap pasal hujan je.. jemu kan.. hihi.. mother's day pun dah lepas kan .. baru je sehari tapi hari-hari, hari ibu tak specific untuk one day je .. fikir punya fikir memang wani ada nak buat something tapi nak buat yang senang-senang je. tapi bila fikir nak buat dessert western ni takut jugak, 10 kali fikir nak buat ke tak hihi.. takut tak termakan nanti.. bonda dan abah wani bukan boleh sangat makan benda yang bunyi pelik-pelik nanti tak termakan. nak buat macam mana .. bukannya lidah merasa selalu... bila dah makan ni macam-macam benda dah tanya... sampaikan ada la tinggal satu gelas lagi ,, ingatkan nak bagi abah wani makan.. dia tak nak dah dia kata muak haha..sekali makan dah cukup dah . alahai tak apalah ...atas orang jugak, tapi wani memang sukaaaaa sangat...
tiramisu ni memang dessert orang itali.. so kita malaysia ni kalau yang tak berapa sangat suka dengan susu, susah... wani lebih suka kalau letak banyak lagi serbuk koko. sebab tu ke letak serbuk koko tu nak bagi hilang rasa muak ke.. resepi ni wani ambil dari blog kak wan.. yang penuh dengan resepi- resepi yang hebat..sangat simple je resepi ni tak sampai sejam dah siap dah lepas tu masuk peti sejuk lepas tu boleh makan dah.. oklah, itu sahaja coretan untuk malam ni, nampak dah bunyi kilat kat luar tak lama lagi hujan la tu
TIRAMISU
SOURCE: RESEPI CITARASAWAN
Bahan-bahan
200ml thickened cream / whip cream
250 gm mascarphone cheese / krim keju (suhu bilik )
110gm gula kaster
2 sudu besar coffee segera + 1 cawan air panas (sejukkan dahulu )
Serbuk koko secukupnya
20 keping biskut lady finger
Loyang loose base tin/ springform atau gelas
Cara-cara
1. Pukul thickened cream hingga kental. Ketepikan
2. Dalam mangkuk lain, pukul krim keju dan gula hingga licin dan tidak berketul.Masukkan thickened cream dan kaup balikkan hingga rata
3. Celup lady finger beberapa saat ke dalam larutan kopi, susun di dasar loyang atau susun dahulu lady finger, kemudian tuang larutan kopi dengan sudu ke atasnya ( supaya biskut tidak patah sewaktu di susun dalam loyang )
4. Tuang adunan krim keju, ratakan, hentak sedikit loyang supaya rata
5. Ulangi langkah 4 hingga habis. Masukkan serbuk koko ke dalam penapis dan ayak di atasnya.
6. Simpan di dalam peti sejuk selama 3 jam atau lebih sebelum dihidangkan.
Post a Comment