Resepi Bingka Ubi Kayu Mudah Sukatan Cawan

ASSALAMUALAIKUM....


alhamdulillah hari yang cerah dan indah hilanglah jerebu syukur padamu ya Allah..dah 3 hari senyap sepi hari ni tayang bingka ubi kayu ya ... emm sedap rupanya ..hihi..lama betul tak buat bingka..masih ada lebihan parutan ubi kayu dalam peti so wani buat la bingka ubi kayu.. rupanya memang laku bingka ni.. ini pun atas permintaan abah wani dia suruh buat lagi.. kiranya kali ketiga akan buat nanti .. dulu wani ada pernah buat tapi tak puas hati dengan tekstur bingka kat dalam kasar dan tak halus mulus... memang ubi parut masih kasar walaupun lepas diparut..lagipun ada derhaka sebab bingka yang wani buat dulu ni berminyak hihi ..bila wani search terjumpa satu resepi tak guna cairan mentega banyak sangat , guna minyak je .. dalam 2 sudu besar sebab wani buat separuh adunan.  tapi kali ini wani blender terus semua bahan barulah dapat tekstur halus mulus ..nak bakar tu ,, wani panaskan dulu loyang yang dilenser dengan minyak di dalam oven terlebih dahulu dan barulah letak adunan tu.. dan seterusnya bakar dalam 1 jam.. nak bagi perang kat atas tu wani turun suhu sikit bakar dalam 8- 10minit je.sehingga nampak keperangan lah jangan bagi hangit sudah.... Pastikan betul betul sejuk baru boleh potong ..terima kasih empunya resepi yang sudi share resepi ni.


Resepi Bingka Ubi Kayu Mudah Sukatan Cawan 


Bahan - Bahan
4 cawan ubi kayu yang telah di parut (tak perlu perah airnya)
2 cawan santan
2 biji telur
1 cawan gula pasir
4 sudu makan minyak jagung untuk di campurkan dalam adunan
Secubit garam
Sedikit pewarna kuning
2 sudu makan minyak jagung untuk di sapukan pada loyang
loyang berlubang di tengah

Cara- Cara 
1. Panaskan oven 150'c selama 10minit.
2. Dalam sebuah mangkuk besar, campurkan semua bahan hingga sebati.
3. Tuangkan kedalam loyang yang telah disapukan dengan minyak jagung tadi.
4. Bakar adunan ini selama 1 jam atau hingga masak pada suhu 150'c. Saya ubah kepada api atas
sahaja 10 minit terakhir untuk lebih kerak di atas bengkang.

4 Comments

  1. suka sangat ngn bingka ubi kayu ni...sodapppp...nanti nk cuba buat la...

    ReplyDelete
  2. lama tak makan wani...
    sedapnya...

    ReplyDelete
  3. hai..salam wani..

    cantiknya kejadian bingka ubi kayu tu..dah lama x buat..em, sedapnya.

    ReplyDelete
  4. salam
    kuih bingka ubi my family fav...

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post