CHOCOLATE MARBLE CHEESE CAKE

ASSALAMUALAIKUM....


sebelum terlupa sebab sebulan dah tak update, wani tengok ada pertambahan follower.. terima kasih sudi follow ya... kalau nak bercerita pasal raya, memang tak habis bercerita la jawabnya.so kita teruskan kepada resepi. raya pun macam biasa macam tahun sebelum ni..hidangan atas meja masa hari raya pun lebih kurang kalau bukan sate, rendang ayam..kalau tak pun nasi tomato .. nak main masak menu banyak-banyak pun biasanya hari pertama tu dah ada open house dekat rumah makcik .. so acara makan-makan kat sana la..   kek ni wani buat masa nak raya la.. lama sungguh bertapa dalam peti..dalam seminggu.. tapi lagi lama lagi sedap.memang berniat lama dah nak buat memandangkan sukatan kek ni agak banyak so wani simpan untuk buat hari raya nanti..memang dah kena jadi hidangan wajib atas meja pada hari raya ni...  dah ramai dah orang buat dah habis pulun tayang dah kat dapur orang.. wani baru kesempatan boleh buat kek ni...memang sedap la kek ni gebu dan lembut je.. permukaan kat atas kek tu dah bercampur dengan adunan coklat..macam ala-ala marble la kita buat ....resepi ni wani dari blog kak yatie ... terima kasih sudi share resepi ni...:))



 CHOCOLATE MARBLE CHEESE CAKE  

Sumber resepi:yatiememories
sumber:Rohaisha

Bahan A:

250 gm mentega
1 1/2 cwn gula halus (gula kastor)
5 biji telor gred A
1/2 cawan serbuk koko *
1 1/2 cawan tepung halus *{sy guna tepung gandum}
2 sudu kecil baking powder * {bahan * diayak bersama}
1 sudu kecil pewarna coklat / coklat emulco (wani tak letak )
1/4 cawan susu cair ( wani ganti dengan susu coklat ) 

Bahan B:

250 gm cream cheese
3 sudu besar gula halus (gula kastor)
1 sudu kecil esen vanila
1 biji telur gred A

Cara-Cara:

1. Panaskan oven pada suhu 160 drjh C. Lenser tin berukuran 8x8x3 inci. Alas 
dasar tin dengan kertas minyak. Ketepikan.

2. Putar mentega dan gula hingga putih.

3.Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang dan 
gula hancur.

4.Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit, berselang seli 
dengn susu cair hingga habis.

5.Gaul rata dengan spatula.Ketepikan.

6.Dalam mixing bowl lain yang bersih dan kering, masukkan cream cheese, 
esen vanila dan gula. Putar hingga sebati.

7.Masukkan telur dan putar hingga gula hancur dan adunan berkrim.

8.Tuangkan adunan coklat dalam loyang, ratakan.

9.Tuang pula adunan cream cheese dan ratakan dan buat selang seli hingga 
habis.

10.Tuangkan baki adunan coklat (akhir) dan ratakan.

11.Bakar selama 40 - 45 minit atau hingga masak. Sejukkan atas jaringan 
sebelum dipotong.

12.Cucuk dengn lidi untuk test sama ada kek sudah masak atau belum.Jika keluar licin bermakna sudah masak. Sekiranya belum masak, tambah sedikit 
masa lagi.

3 Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post