KEK BUAH KUKUS

ASSALAMUALAIKUM....


selamat pagi... masih ada buat open house ke  syawal pun tah habis lagi kan.. ke ada pinggan mangkuk ,, balang kuih yang dah disimpan? baru-baru ini ada buat majlis open house ..panggil panggil saudara-mara datang .. riuh satu rumah ni macam tak cukup ruang bila terlalu ramai.. wani pun tak sempat tangan nak layan..keletihan yang amat... tapi dah dapat jumpa dengan baby amir 9 bulan tu dah ok dah happy sangat .. lama betul tak jumpa sepupu paling bongsu..ni...

sejak akhir-akhir ni mood asyik nak main baking je ..dah lama wani tak kukus kek sebenarnya... tapi bila terpandang kismis banyak sangat dalam peti lagipun kek buah ni kek kesukaan bonda jugak..wani bukan penggemar kek buah kukus tegar tapi cuba nak buat tu bolehlah untuk orang makan jugak hihi.. jadi wani ambil keputusan nak kukus kek sempena jugak dengan open house hari tu.alhamdulillah dah lama tak mengukus takot kek jadi meragam .. wani kukus kek ni dalam 3 jam .. dah orang cakap lagi lama kukus lagi lembap kek... ingat nak biar 4 jam.. tapi macam lama sangat dah... kat 3 jam sudah la hihi... sebelum tu, wani biar semalaman campuran mix fruits tu biar semua bahan serap masuk semua sebelum nak mula buat esok pagi.. dan kek ni semalaman dalam peti sebelum wani potong ..tak nak bagi berderai... cantik elok la bila potong tu kemas ... bila wani tengok dalam resepi tu banyak nya letak mix fruits 500 gm.. tapi yang ni pun letak tak main sukat pun kismis tu... nak kukus tu pun bungkus penutup periuk tu dengan kain tak nak bagi menitik atas kek nanti jadi lubang-lubang pulak...terima kasih sudi share resepi ni...


KEK BUAH KUKUS
Sumber: HANAMEMORIES
Sumber : spices journey.blogspot.com

Bahan-bahan

· 250gm butter @ seketul butter ( disarankan high quality butter)
· 350gm gula pasir
· 60ml air panas
· 500gm buah-buahan campuran - hana guna sultana dicampur dgn sedikit mix fruits
· 3 biji telur gred A
· 350gm tepung gandum*
· 1 sudu kecil cream of tartar*
· 2 sudu kecil soda bicarbonat* - hana letak 1 setengah je
· 1 sudu kecil serbuk buah pala/netmug* - hana x letak sbb xde stok
· 1 sudu besar susu pekat
· 1 sudu besar sunquik
· 1 sudu kecil esen vanila

Cara-cara
· Masak gula hingga keperangan dan masukkan air panas perlahan-lahan. Sebatikan. Masukkan butter sehingga cair kemudian masukkan buah-buahan campuran dan juga susu pekat dan sunquik. Kacau kemudian sejukkan
· Ayak bahan- bahan yang bertanda *. Masukkan ke dalam adunan mix fruits tadi sedikit demi sedikit menggunakan senduk kayu sehingga sebati.
· Mangkuk lain, pukul telur dan esen sehingga kembang dan masukkan perlahan ke dalam adunan 
  kek dan gaul sebati 
  menggunakan senduk kayu juga.
· Alas loyang 7x7 dengan kertas baking. Sapukan butter keliling dan tuangkan adunan kek ke 
  dalamnya.Tutup loyang dengan aluminium foil.
· Kukus selama 4 jam untuk mendapat kelembapan yang diinginkan. (boleh dikukus 2 jam shj)
Sejukkan kemudian potong ( pastikan kek benar2 sejuk seeloknya semalaman supaya kek dan buah tidak berderai dan padat ketika dipotong )

6 Comments

  1. salam kak wani
    mmg suka sgt2 dgn kek kukus..npk basah kek kukus yg kak wani buat ni...

    ReplyDelete
  2. salam wani..

    kek buah ni memang kegemaran sya..x kira la bkar atau kukus..kitorang sekeluarga memang hantu makan kek buah..heheh..

    ReplyDelete
  3. assalam wani..acik ambik resepi boleh..teringin nak mencuba..sebab tengok cantik je kejadiannya.acik selalu beli je..belum pernah buat sendiri

    ReplyDelete
  4. salam acik... x pe acik sila-sila .. kita share2 :)

    ReplyDelete
  5. Wani..ya Allah moistnyer kek ni...salam sayang dear...dan selamat hari raya..mieza datang sebab tak tahan tgk kek ni..moist sgt...kecur nya..sib bek tak preggy tau..kalau tak hari ni gi serang umah wani hahaha

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post