ASSALAMUALAIKUM....
penatnya semalam... kek buah kukus dah siap nanti wani sharekan kat sini .. tak sabar pulak nak bercerita..ini satu lagi kek yang wani buat untuk raya.. kek ni memang nostalgia lah ...dari kecil sampai besar .. kek ni dah jadi hidangan wajib atas meja masa raya... ingat masa wani kecik-kecik bonda wani dulu siap tempah dengan kakak dia kek gula hangus ni.. tapi bila dah nak buat sendiri kek ni macam-macam benda dah jadi hihi ya lah macam-macam benda orang cakap ... dulu dah beberapa kali dah buat tapi tak dapat tayang kat blog. tapi itu resepi yang lain tak payah guna mixer apapun.. godek- godek jer.. wani kalau kek main mixer ni malas jugak sekali sekala hihi... tak silap resepi tu dari mat gebu entah tak ingat .. bakar api bawah saja.. ada sekali saja nak test perap lagi lama... siap perap lebih dari 8 jam ke adoi... bila bakar tu memang lembut sangat tapi agak berminyak bila terlalu banyak rongga-rongga yang telah terbuka.. maksud wani memang menjadi sarang la hihi...resepi yang tu bakar api bawah je... bila bakar api bawah ni sarang dia menjadi .. tapi wani syorkan tak payah perap lebih dari 5 jam.. hihi dah tahu dah kek gula hangus ni tekstur dia macam-macam kenyal -kenyal cikit.. tapi bila terlalu banyak rongga ni tak best jugak...
untuk resepi ni wani ambil yang lain saja nak tukar kelainan sebab resepi ni telur dipukul sampai kembang terlebih dahulu.wani perap dalam 4 jam setengah.. lepas tu bakar guna api atas bawah.. hasilnya lembut gebu jugak. bukaan rongga tu sedang -sedang je.. tak rugi jugak mencubanya.. tapi memang wani buat kek ni wani perap.. tak pernah tahu hasil yang tak perap macam mana... ada orang kata menjadi jugak entahlah...tercongok jugak menunggu bakar kek ni dalam pukul 1 pagi esok nak raya.. :D..nasib baik mata ni boleh bukak..
NOTA; wani pun bakar dalam 50 minit

KEK GULA HANGUS
SOURCE:RESEPI BISKUT
Bahan- bahan
1 cawan gula
1 cawan air panas
1 cawan tepung gandum
1 cawan susu pekat manis
2 camca teh soda bikarbonat
4 biji telor
2 camca besar mentega
Cara Membuat:
1. Masak gula dengan api sederhana hingga hangus. Masukkan air panas dan
kacau hingga cair. (hati-hati semasa memasukkan air, kena gula akan meletup2). Kemudian masukkan mentega, kacau dan sejukkan.
2. Pukul 4 biji telor sehingga kembang dan pekat. Masukkan susu pekat manis dan kacau sebati.
3. Kemudian ayak tepung dan soda bikarbonat. Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan telor tadi. Akhir sekali masukkan gula hangus tadi.
Kacau rata. Tuang adunan dalam loyang 7″x7″ dan perap adunan selama 3 – 4 jam.
4. Panaskan ketuhar dengan suhu sederhana 160 – 180 C dan bakar selama 45 minit ke 1 jam. (*saya bakar pada suhu 160 C selama 50 minit shj).

raya hari tuh adik ipar ada bawa...sedapp
ReplyDeletenak dapatkan yang macam ni susah kan..kena pandai buat
Post a Comment