BAKED MACARONI IN MAGIC PAN

ASSALAMUALAIKUM.....


selamat pagi.. internet meragam lagi sabor lah wahai hati.. dah beberapa hari blog ni menyepi .. yang ni pun wani dah lama draft ..tunggu nak post je .. baca je lah ya hihi

TING!!!!! jadi tak.. tiba-tiba muncul baked macaroni dalam pemanggang ajaib. oklah ya ini percubaan wani nak buat makaroni bakar dalam pemanggang ajaib.. bila wani dengar makcik wani asyik bercerita dia dah buat macam-macam guna magic pan ni.. dari ke bakar ikan sampailah boleh keluarkan kek dari hanya magic pan..siap buat kek chocolate dalam magic pan ni.. macam tak percaya je..  tapi teruja nak cuba hihi.wani pun cubalah nak buat kira ini my first attempt just to experiment how's the result.. so inilah dia baked macaroni yang wani bakar... wani agak suka yang berkerak hangus tu .. saja bagi lama sikit nak bagi berkerak.. nak tunjuk baked macaroni masih ada dalam magic pan nanti ada orang tak percaya wani bakar dalam magic pan kan. hihi...

sebenarnya cuba search jugak dalam internet ..macam tak jumpa je .tak ada orang yang kongsi baked macaroni guna magic pan ni ..kalau ada pun ada gambar tapi tak ada resepi.. errrr ..walaupun agak senang je nak buat makaroni bakar ni main campak-campak je bahan apa yang ada kat dapur .. tapi saja nak tengok kalau ada orang buat ke tak... bila dah lama tak buat mula la teringin .. makaroni bakar ni memang dah family's favorite... so terajin la buat makaroni bakar ni walaupun penyediaan agak remeh sikit..

bahan-bahan yang wajib wani letak dalam penyediaan makaroni tak lari mesti ada shitake mushroom, daun bawang dan daun ketumbar ..kalau nak spicy sikit letak la cili.. itu yang wajib hihi dan yang lain tu main tukar bahan je kalau tak letak kari daging, guna kari ikan.dan bahan sampingan lain macam mayonis, atau pun guna sos lada hitam.hemm nampaknya oven tu pun dah tak berapa nak guna lah.. tapi masih lagi berguna untuk bakar kek chiffon hihi.. guna jugak ..



lupa nak cakap makaroni ni bila wani dah penuhkan dalam magic pan masih ada berbaki,so wani simpan dalam fridge yang dah siap digaul tu dan dibakar esok hari pulak..tak berani pulak nak main mampat bila dah penuh macam tu..


Ohh itu je setakat ini ..panjang lebar bercakap pasal makaroni bakar.. alhamdulillah nasib baik 2 hari je wani terbaring je atas katil gara-gara sakit kepala yang amat  .. dah pulih sepenuhnya :)) syukur...

BAKED MACARONI IN MAGIC PAN

BAHAN-BAHAN
250 gm macaroni  direbus al dente dengan garam dan air.  jangan overcook
400 gm  atau 1 paket ayam cincang atau daging cincang
3 sudu besar sos lada hitam
2 1/2 sudu besar serbuk kari ikan
2 ulas bawang putih dicincang halus
1/2 bawang besar didadu ( wani guna agak besar itu guna separuh )
4 biji telur
cendawan shitake yang dihiiris nipis dalam satu mangkuk kecil
5 tangkai lada burung dihiris
1 tangkai lada merah buang biji dan dihiris
garam dan gula secukup rasa
daun bawang dan daun ketumbar dipotong halus

UNTUK HIASAN
bawang goreng, sos cili dan sos mayonis secukupnya

CARA- CARA
1. tumis bawang putih sehingga wangi dan masukkan bawang besar yang didadu dan tumis lagi hingga wangi

2. kemudian masukkan ayam cincang ratakan sekejap dan masukkan serbuk kari gaul rata sehingga sebati masukkan air sikit, perasakan dengan garam dan gula. kacau biar agak kering sikit

3. masukkan daun bawang dan daun ketumbar, hirisan lada burung, lada merah dan cendawan shitake. kacau sebati. tak perlu lama.

4. sediakan mangkuk besar, masukkan bahan-bahan yang dimasak tadi  dan masukkan makaroni . gaul sehingga betul betul sebati. sebelum letak telur, boleh perasakan dengan garam untuk seimbangkan rasa.

5. pecahkan telur satu persatu dan gaul rata sehingga sebati. letak dalam pemanggang ajaib. ratakan sehingga penuh, mampatkan sikit. bakar dalam 25 minit dengan api sederhana. selepas 10 minit wani sendengkan ke kanan lepas tu ke kiri pulak nak suruh masak sekata. lepas tu baru balikkan ke sebelah lagi. bakar sekejap, pusing balik lepas tu buka la tengok jadi ke tak hihi...

6. lepas siap masak, boleh lah tabur bawang goreng dan picitlah sos cili dan mayonis kat atas tu.sedia untuk di makan.

Nota: untuk peringatan jangan lebih bakar dari 25 minit ya. sebenarnya wani bakar nak hampir 30 minit.. selepas 10 minit pertama ,wani sendengkan sebelah kiri lepas tu sebelah kanan pulak sekejap .. baru balikkan sebelah satu lagi.. bakar sekejap lepas tu balikkan cuba bukak..

3 Comments

  1. salam wani..

    wah, dah ada pemanggang ajaib ya..bestnya..macam-macam bleh buat dengan magic pan ni kan..

    ReplyDelete
  2. waa,.nak try nak try, tapi xda pemanggang ajaib la pulak...dah salin dah resepi kak wani..huhu ^^"

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post