SIRA LABU

ASSALAMUALAIKUM....


selamat pagi.. ok teruskan apa yang nak dicerita.. dah bertahun wani tak sentuh labu..sebenarnya kan kan.. wani bukan boleh makan labu.. sebab labu ni sejuk.. tapi wani tak dengar kata follow jugak kata hati ni .. "cepat ambil labu" maka terambillah ..gatalnya tangan.. huhu..tapi bila buat,,, jamah sikit je.. takut perut kembung.. tu pun buat separuh, ada lebih potong tak ada buat apa.. abah dan bonda pun bukan boleh makan sangat.. rasa dah ambil paling kecik dah labu tu...sekarang ni memang la tak boleh langsung sentuh,, sebab wani pergi berubat ,,,dia pesan tak usah la makan labu ya... buah- buah sejuk tak usah makan lah...sensitif nya perut wani..huhu

wani saja nak try buat sira labu ni.. sira labu ni memang famous dessert la kat Kelantan ya terutamanya semasa kenduri kahwin.. kalau kat sini biasanya dapatkan labu ni dekat ladang kat Beris sebab situ tanahnya subur maka labunya pun subur jugak ..masa wani budak budak dulu ..arwah nenek wani ni suka simpan labu, maklumlah labu ni tahan lama jugak ..kalau tanya bonda ada la nak dekat 3 bulan kalau labu tu betul betul matang memang tahan lama la..yang ni tau tak berapa lama wani simpan nak hampir sebulan labu ni dok ceruk kabinet hihi... asyik jeling-jeling je tiap hari bila la nak sentuh labu ni... 

arwah nenek ,,suka simpan labu  dalam bilik pak long wani sampai penuh dengan labu.. sekali tengok macam bilik halloween pulak .. nasib baik tak ada gigi menyeringai.. macam labu halloween tu kan hihi 

oklah ya ini resepi copy paste dari secubit garam .. terima kasih... rasa ini dah kali terakhir wani buat sira labu...

SIRA LABU 
SOURCE: SECUBIT GARAM

Bahan-bahan:
1/2 biji labu
3 sb gula merah
3 sb gula perang/gula pasir
3 helai daun pandan
Air kapur

Cara-Cara:
Labu dikupas kulit dan direndam ke dalam air kapur selama 1-2 jam ( wani rendam semalaman )
Cuci bersih dan toskan labu
Susun labu ke dalam periuk dan taburkan gula merah dan juga gula perang.

Sukatan gula terpulang kepada citarasa.
Letakkan daun pandan yang disiat-siat.
Tutup periuk dan masak labu dengan api yang kecil selama 1 jam atau sehingga 

labu 
empuk

Note: Lina pg tidak meletakkan air dalam resepi ni sbb labu akan mengeluarkan 

air semasa proses 
memasak..Jika suka boleh letakkan 1-2 sb air selepas tabur gula

~ k.nor tak guna kedua2 gula spt yg dlm resipi di atas, sebaliknya k.nor guna 

gula 
nisan..

3 Comments

  1. Terima kasih sudi cube rcp ni...

    ReplyDelete
  2. salam kenal. singgah sini terus follow. jom sudi2 ke rumah saya dan follow sekali eh. maceh

    ReplyDelete
  3. salam wani..

    tak penah makan sira labu tapi Nampak menarik..

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post